Assalamualaikum and Hai semua, nama aku Sirna (bukan nama sebenar), berusia 20an and happily married. Tapi belum ada rezeki anak lagi. Doakan aku ya.
Berbalik pada tajuk, aku dah kahwin. Mempunyai pasangan yang sangat baik dan memahami. Tapi kisah aku nie bukan berkisar aku dan suami. Tetapi kakak ipar dan suami.
Aku terpaksa bercerita disini sebab aku takut dan malu kalau orang kata aku nie “syok sendiri” “overthinking” tapi yang sebenarnya dah bertahun aku mengadap dan mengalami nya.
Suami aku mempunyai 4 orang adik beradik lelaki dan ya semua sudah berkahwin. Semuanya dalam keadaan normal dan serba serbi biasa sahaja kerna kami jarang berjumpa. Masing-masing tinggal di rumah sendiri
Tapi kami akan gathering 2- 3 bulan sekali. Saya tak tahu apa salah saya, akak ipar saya yang ketiga seolah tak suka kan saya. Suka yang fake tapi membenci dalam diam.
Saya tak tahu samaada saya pernah terguris kan hati beliau but im totally sure saya sangat menjaga perasaan beliau.
Adik beradik suami sangat rapat dan kami sering berbual atau bergelak ketawa bersama termasuk kesemua ipar.
Tapi ipar saya yang ketiga seolah takut kalau saya sering bergurau dengan suami beliau. Suami beliau seolah takut untuk bercakap dengan saya semasa keberadaan kakak ipar saya.
Kadang suasana akan menjadi sangat kaku bila kami berempat duduk dan berbual bersama. Beliau hanya berborak dengan suami saya and suami beliau.
Dan saya hanya gelak dan bermain phone untuk menghilangkan rasa terasing kerana seperti tak di involve. Dan ketika itu saya sangat berterima kasih kepada suami saya sebab tahu memainkan peranan.
Saya selalu perasan ketika ipar perempuan saya tidak pulang ke kampung bersama suaminya. Kami akan berborak dan bergelak beramai ramai tanpa rasa awkward.
Saya dan abang suami akan berborak dan bergelak tanpa rasa janggal. Dan ipar ketiga saya akan berborak sama seperti beliau berborak dengan kakak and adek ipar yang lain.
Sampai sekarang saya tak tahu apa kesalahan saya terhadap kakak ipar saya. Saya tak pernah pulak berbuat atau berbicara seperti ingin menggoda abang ipar saya,
Alhamdullilah saya dibesarkan untuk menjaga batas antara lelaki dan perempuan, ipar dan sedara mara.
Saya pun tak pernah berpakaian menjolok mata. Berbicara gedik dan yang membuat lelaki bukan ajnabi tergoda. Saya tak cantik tapi manis tu ada hahahaha.
Saya pun bukan bekerja dalam bidang yang wow.. Tapi kakak ipar saya memang bekerja dalam bidang yang hebat and bila kalian dengar pun mesti akan cakap “HEBAT”
Sampai sekarang saya masih mencari punca kenapa saya menghadapi situasi ini. Sangat terasa janggal bila kadang disisihkan. Sangat terasa hati bila dipulaukan. Beliau tak membenci tapi menunjukkan dari cara cara begitu and buat saya rasa sedih.
Saya tak nak kan laki dia. Saya taknak pun kehidupan dia. Saya taknak langsung apa yang dia ada. Hidup dia tak terlalu menarik bagi saya untuk berbalah dan bermasam muka. Saya terlalu menikmati kehidupan dan keseronokan saya bersama suami.
Macam mana yea saya nak menghadapi beliau. Saya tahu orang akan cakap “alaa biar je dia tu” “Biarkan jea dia mcmtu”.
Saya faham dan saya tetap biarkan tapi lama lama saya nampak kesan seperti ipar saya yang lain tak suka berborak dengan saya. Bukan tak suka sama macam ipar yang ketiga tapi lebih kepada diam.
Adakah salah dipihak saya? Adakah patut saya senyap tanpa berborak apa apa? Tapi saya suka berborak dan meraikan suasana. Saya sangat suka kan aktiviti keramaian.
Saya tak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan lagi dan saya hanya sebuah keluarga mertua yang normal dan aman damai. Moga tercapai suatu hari nanti.
Dan kalau suami saya baca confession ini. Terima kasih sebab selalu menyebelahi saya, terima kasih selalu mencuba menjaga hati saya, selalu caring dan tak pernah sisihkan saya bila dalam kelompok keluarga mertua.
Boleh bagi satu solution? Patut kah saya confront kakak ipar atau abaikan saja huhuhyhy
– SIRNA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit