Aku Tak Nak Gaduh

Ohana means family. Family means the nobody gets left behind or forgotten. – lilo and stitch.

Salam, aku Anne. 29 tahun, tinggal di satu negeri sebelah negeri kelahiran aku. Seorang diri.

Sebelum ni aku pernah mendirikan rumah tangga namun perkahwinan aku tu tak kekal. Jadi aku tinggal seorang sekarang di sini atas faktor kerjaya.

2 hari lagi aku akan balik ke kampung selama 3 hari. Last aku balik Ogos 2020, itupun aku tak bermalam. Balik hari untuk menguruskan dokumen berkaitan rumahtangga aku.

Aku bercerai awal tahun ini. Jadi banyak urusan tergendala kerana PKP. Bulan Julai baru aku dapat uruskan penceraian.

Itupun melibatkan banyak perkara yang memaksa aku ulang alik balik ke kampung. Dalam masa aku tulis luahan ni, beratus kali jugak aku fikir sama ada aku patut ke tulis.

Tapi aku tak daya nak simpan dah benda ni, dan aku harap orang yang membacanya ambil iktibar atas apa yang aku lalui, terutama mereka yang bergelar ibu bapa.

Bismillah..

Pada kaca mata orang luar, mana-mana family normal. Maybe, apa yang akan aku ceritakan akan dilabel as normal thing pada sesetengah orang. Tapi pada aku, it is NOT.

Dan segala yang aku lalui ni telah meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa aku dan membentuk diri aku sekarang. Selama umur aku 29 tahun, amat jarang aku rasa dihargai oleh insan-insan yang bergelar keluarga.

Membesar dalam keadaan sentiasa dibantah, ditentang. Constant rejection. Term “tiada hak bersuara” wujud dalam keluarga aku.

Tapi, hanya aku je yang tak ada hak bersuara. Parent dan adik-beradik aku semua boleh dan kebanyakan ideologi mereka diterima tapi aku?

Tak ada orang ambil peduli kata-kata aku. Ibarat air dicurahkan ke daun keladi. Pendapat – pendapat aku hilang ditiup angin bayu.

Aku sangat sedar dengan kedudukan aku, jadi aku ambil inisiatif untuk undurkan diri daripada mencampuri urusan keluarga. For me, it went well for years.

Hubungan kekeluarga antara aku dengan family members yang lain tetap ada. Cuma untuk waktu bergurau senda, perkara-perkara yang tak serius.

Kesan dari itu, aku jadi semakin tidak banyak bercakap sebab bagi aku diam lah benda yang paling selamat, menyelamatkan aku daripada terluka dan menyakitkan hati orang lain.

Oh ya, berbanding anak yang lain, aku tak rapat dengan ayah. Kami jarang bergurau, bercakap.

Bila kami ditinggalkan berdua pun, apa yang aku rasa hanyalah another level of awkwardness. Hardly to describe. Fuhh!!

Aku jarang pandang muka ayah. Bukan tak sudi tapi tak boleh. Bila dia tidur, baru aku pandang dari jauh. Jadi untuk ada eye contact dengan beliau amatlah jarang.

Lain dengan ibu, beliau adalah typical type of Asian mom. Tapi aku dapat rasa ibu juga memendam luka yang dalam.

Dulu waktu remaja, aku selalu borak dengan ibu. Sometime aku layankan heart to heart dengan ibu. Most of the time, she cried. I can sense that’s the tear of sadness. Ibu tak banyak terbuka dengan orang lain. Personaliti ibu pun bukanlah orang yang sensitif.

Jadi bila beliau nangis waktu cakap dengan aku. Itulah sisi ibu yang orang lain tak tahu. Malahan, waktu awal perpisahan aku, ibulah orang yang banyak bagi nasihat.

Ibu juga pernah bercerai, jadi beliau paling tahu apa yang aku lalui saat tu. Aku doakan ibu dapat kebahagiaan yang beliau tak dapat kat dunia ni di akhirat kelak. Aamiin

Sampailah usiaku menginjak ke 18 tahun. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke matrikulasi utara tanah air. Yes! This is the time!

Itu lah titik permulaan bagi aku untuk explore dunia luar, untuk keluar dari sarang yang terkurung. Dari usia 18 tahun aku pilih untuk stay jauh dari family. Since aku belajar, memang aku jarang balik.

Kadang balik cuti sem je. 4-5 bulan sekali. Bila aku start kerja dah, aku balik lagi jarang. Tahun ni aku balik lagi jarang.

Waktu PKP hari tu aku beraya sendiri kat rantau orang, 11 tahun dah aku “keluar” dari keluarga. Sekarang mungkin orang cakap aku anak tak kenang budi. Tak rindu keluarga ke? Gila la kalau tak rindu.

Aku rindu, tapi lebih baik aku rindu dan dengar khabar mereka dari jauh je daripada aku balik, hati aku terluka dan hati mereka sakit kerana aku tak memahami mereka. A constant rejection, emotional neglected child macam aku takkan pernah dapat puaskan hati family.

Dari dulu, sometime aku putus asa dengan diri sendiri, penat fikir kat mana kurang aku sebagai ahli keluarga. Sebab tu aku ambil keputusan untuk pergi dan menjauh dari mereka.

Sedar tak sedar dah 11 tahun aku menjauh. Bila balik sekejap, sebolehnya aku nak yang indah-indah saja. Aku tak nak terluka, aku tak nak pun tengok flaw keluarga aku. Tapi apakan daya. Things happen.

Sekarang hubungan aku dan keluarga makin renggang. Sebulan tak call tu normal. Kadang aku call untuk tanya khabar itupun mesti ada gaduh at the end of perbualan.

Aku tak pasti silap aku kat mana. Aku tak ambil tahu pun pasal mereka, jauh sekali aku nak bantah or halang apa-apa. Tapi ada saja hal aku mereka tak puas hati.

Sedangkan susah payah aku kat sini takde aku cerita dengan diorang. FYI, Allah rezekikan aku bertemu dengan seorang lelaki yang bagi aku cukup baik, aku namakan dia Z. Sepanjang aku berada di sini seorang diri, Z dan keluarganya banyak ambil berat tentang aku.

Ibu Z cukup baik, pernah aku sakit tak boleh bangun, tapi ibunya masak dan keluarganya menjaga aku. Syukur aku dipertemukan dengan keluarga ni.

Ibu Z juga tak menilai status aku sebagai seorang janda dan sudi menerima aku. Sehingga sekarang ibu Z selalu tanya khabar dan kirim bekalan makanan untuk aku.

Layanan Z juga pada aku sungguh berbeza. Amat janggal bagi orang yang dari kecil halimunan macam aku untuk mendapat perhatian, segala keinginan dipenuhi, pendapat aku didengari, hati aku terjaga.

Berbeza sangat dengan layanan yang aku dapat sebelum ini dari bekas suami mahupun keluarga sendiri. Ketika mula mengenali ibu Z, aku selalu dengar ibu Z pesan dekat anak-anak dia, “jangan aniaya orang, jangan balas orang buat jahat dengan kita.

Biar tu urusan Allah, kita jaga diri kita ja, jangan ikut orang buat, kita buat”. Pernah juga aku dengar ibu Z cakap “biarlah kalau keluarga jahat, biar Allah uruskan. Kita buat je baik, jahat pun keluarga kita. Jangan derhaka”. Ibunya memang suka berborak, dan selalu selit nasihat.

Jujur aku cakap, aku bahagia kat sini, sebab aku seolah-olah ada keluarga baru yang tengokkan keadaan aku berbanding darah daging aku yang langsung tak tanya khabar aku.

Kini aku dalam proses belajar untuk jadi lebih baik. Tapi akan ada satu ketika aku ingat segala kisah silap aku, bagaimana aku diabaikan dari kecil.

Setiap kali memori tu menerjah fikiran, aku akan down, menangis, dan rasa worthless. Aku selalu berharap semua ni berubah dengan doa.

Confront hal ni dengan keluarga aku memang tak mampu sebab mereka tak pernah agree or listen. They just know how to reply, not to understand.

Sekejap lagi aku akan keluar shopping beras dan sikit barang dapur dengan Z untuk bawak balik kampung sebab ibu aku ada cakap sekarang ekonomi keluarga teruk sangat, aku harap sikit bantuan aku tu ringankan beban mereka.

Aku tak mintak mereka sanjung aku sebagaimana mereka sanjung adik beradik aku yang lebih berharta. Aku cuma nak kepulangan aku ni tak membawa kepada masalah dan pergaduhan.

Akhir kata, aku mengharapkan nasihat paling berguna dari para pembaca untuk aku hidup dengan tenang selama 3 hari disana sebab sepanjang aku jauh dari keluarga banyak sangat benda yang tak baik jadi antara aku dan family.

Walhal benda tu aku langsung tak aware, luar kawalan aku dan aku pun taktau macam mana lah boleh jadi macam tu.

Moga balik nanti aku takde gaduh dan aku pastinya akan invisible-kan diri aku sepanjang masa. Aku cuma balik nak tengok keluarga aku sekejap, peluk ibu aku puas-puas.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *