Aku Tak Nak Jadi Gila

Apa yang perlu saya buat sekarang? Tolong jangan suruh saya fikir sebab saya tak tahu yang mana betul dan yang mana salah.

Penyakit mental dan meroyan ni penyakit keturunan ke bukan ye? Mak saya pun dizalimi suami iaitu ayah saya yang mana mereka masih suami isteri sehingga sekarang tanpa bercerai.

Mak dizalimi semasa waktu pantang nya, dipukul dengan penyapu oleh ayah dan dihantar masuk Hospital Bahagia. Selepas discharge mak ada kejadian mental yang sama beberapa kali yang saya boleh ingat.

Ayah saya orang yang tak ambil berat tentang anak2 nya. Jadi kalau semua anak rapat dengan mak masa kecil pun ayah tak rasa apa2.

Suami sangat rapat dengan anak saya yang sulung. Anak yang kedua ni suami kurang sikit, mungkin dah kurang perasaan excited tu.

Kisah tentang saya pula, saya masih dalam pantang 31 hari lagi. Berpantang di rumah mak saya, dan pada hari ke 30 suami kata saya tak boleh tengok dia duduk diam.

Duduk diam tu kadang2 waktu dia pegang telefon. Setakat pegang fon baring2 kan, maksudnya masih ada tenaga. Kalau betul penat, tidurlah saya tak akan ganggu.

Suami jadi marah. Puncanya saya mintak dia sediakan kelengkapan baby dan buat susu baby. Dia suruh saya buat, waktu tu saya tengah pam susu untuk increase supply saya. Ada baki lagi 15 minit macam tu.

Tak kan lah saya nak stop kan. Anak mak saya siapkan, dia cuma kena sediakan kelengkapan baby untuk mak saya je. Itupun macam2 alasan.

Sekarang ni saya dah balik ke rumah sendiri. Suami paksa. Tapi jujur cakap saya tak bahagia. Makanan semua takda. Nasi tak beli. Buah oren pun takda. Saya berpantang ceaser kali kedua. Milo pun takda kat rumah ni.

Paksa balik rumah tapi 3 benda yang saya perlukan ni pun takda. Kerja dia hanya cuci baju je di rumah ni yang dia asyik cakap penat saja.

Semalam saya sampai menjerit jerit stress dengan suami. Saya siap cakap ceraikan saya sekali. Saya tak tahan. Kami baru 2 anak. Umur suami 36 tahun dah tahun ni tapi masih ada pemikiran tak logik macam ni. Menangkan ego dia sahaja. Suruh jaga anak nombor 2 pun banyak alasan.

Harini appointment saya dan 2 anak di klinik. Dah cakap lama dah kat suami. Tapi suami tak ambik cuti sebab semalam dah cuti sebab dia bagi alasan saya mengamuk ngamuk semalam dia tak boleh tidur. Senang je cakap suruh tunda appointment tu. Saya sangat stress sekarang. Taip ni pun dalam keadaan menangis.

Saya dah tanya dia nak apa. Dia cakap ada rumah sendiri kan, duduk je di rumah sendiri. Dia dah penat nak tidur di rumah mak saya. Baju kerja dia saya tak iron, botol air kerja dia saya tak isi. Saya cakap saya ni menyusu badan, botol air saya pun mak saya isikan tau.

Anak newborn susu nak 2 jam sekali. Mana mau nak layan dia. Anak saya yang sulung belum sekolah lagi. Dari awal saya cakap waktu pantang 44 hari satu kerja rumah pun saya tak nak buat. Sebab tu saya nak duduk rumah mak saya.

Saya tak kisah suami tak duduk sekali, sebab mak saya boleh jaga saya dengan baik. Mak saya sampai nangis suami saya buat saya macam ni. Mak cakap tak habis lagi ubat tungku tu untuk saya bertungku.

Saya dah cakap ceraikan saya dia takda respon. Tapi dia paksa saya dan anak2 balik dalam keadaan yang saya rasa tak bahagia. Saya punya nak cepat baik sampai beranak pun kumpul duit sendiri beranak kat swasta dan memang beza kalini cepat sembuh luka luar saya.

Luka dalaman tu kalau tekan2 ke, anak tendang2 ke masa menyusu masih sakit lagi. Tapi saya memang nak rehat betul 44 hari ni. Suami pulak tak sabar2 nak suruh saya iron baju dia, sediakan makan minum anak. Benda ni yang buat saya stress.

Harini nak kena pergi klinik, saya cakap siapkan anak sulung dan letakkan stroller siap2 dalam kereta. Dia boleh tak buat. Sampai tahap mana lagi dia nak dera mental saya.

Semalam bergaduh anak saya boleh cakap kenapa ibu marah ayah. Ibu marah ayah yang anak saya nampak, yang ayah dia dera emosi saya anak saya tak nampak. Anak saya baru 3 tahun jadi saya tak salahkan dia. Dia pun mungkin tak faham lagi.

Harini dia dah pergi kerja. Tinggalkan saya dengan anak kat rumah yang lantak lah situ nak pergi klinik ke tak. Dan dari malam tadi dia biarkan lampu dapur dan lampu ruang tamu terbukak. Selalu dia akan tutup sebelum sebelum ni. Tapi sekarang ni tak. Dia akan biar semua lampu bukak saja nak bagi saya mengamuk.

Bil api memang dia bayar, tapi kalau bil api lebih dia akan kurangkan duit lauk. Jadi macam macam mana pun tetap saya yang rugi nanti dan menanggung akibat. Dia tak kan cari kerja tambahan untuk tampung mana yang tak cukup tu.

Semua benda ni buat saya makin sakit kepala. Susu pun saya tak pam dah. Sebab dia ingat bila pam susu saya ni dok rilek je. Bagi susu badan pun saya takda semangat dah. Saya tak suka alami hidup takda semangat macam ni, tapi apa yang suami buat pada saya ni buat saya rasa hidup kat rumah ni tak happy.

Masa anak pertama saya pantang cukup 44 hari sebab masa ni kami menumpang rumah mak ayah saya sampai usia baby 3 bulan. Anak kedua kami dah ada rumah sendiri yang lebih besar dari rumah mak ayah saya. Mestilah suami rasa tak selesa. Tapi inikan waktu pantang saya, saya memang nak rehat betul2.

Cuti bersalin berbaki lagi kurang 2 bulan je lagi. Kehidupan rumah tangga kami separuh duit suami separuh duit saya pun suami masih lagi berani dera mental dan emosi saya.

Bolehke bantu saya bagi cadangan apa yang saya kena buat? Saya tak nak anak saya nampak saya buruk. Saya tak kan menjerit sebelum ni tapi semalam saya dah macam tak tahan sangat. Saya tanya elok2 dia tak nak jawab.

Saya jerit baru dia nak jawab itupun sepatah sahaja. Suami bukan jenis orang yang akan reponse pada mental breakdown saya.

Betul2 suami jaga saya dengan elok 5 hari je. Sebab 5 hari ni saya masih tak boleh bangun katil sendiri, perlu bantuan orang. Pemikiran dia bila nampak saya boleh bangun tu maknanya saya dah sihat.

Saya nak siap pergi klinik sekarang. Mohon sangat pembaca dapat bagi idea yang bersesuaian.

Suami masih bagi nafkah bulanan dan bayar rumah even separuh bayaran sahaja. Sebab dia kata rumah ni saya yang pilih. Dia mampu sewa rumah sahaja, saya yang cadangkan beli rumah. Jadi saya rasa susah nak fight dari segi nafkah.

Bantulah saya para pembaca. Saya dah hampir nak jadi macam mak saya masa dulu. Saya takut.

– Jasmine (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Perangai suami mcm ni tapi kenapa saudari masih nak menambah anak? Klu dah x thn saya cadangkan saudari cari peguam dan buat aduan di mahkamah syariah. Bina hidup baru dgn anak2, klu dimasa depan nak kawin lgi tolong fikir dlm2 & pertimbangkan keselamatan & kebahagiaan anak2 dan diri saudari. Jgn sbb org lain nak kawin kita pon nak berlaki juga, sudahnye dpt jantan keparat yg menyusahkan hidup saudari & keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *