Assalamualaikum first sekali aku minta maaf kalau ayat aku tidak berapa gramatis sebab umur aku baru 15 tahun dan yes, karangan BM pon dapat C.
Terima kasih yang sudi baca cerita aku.
Aku seorang yang sederhana tak terlalu kaya dan tak terlalu miskin, aku seorang yang introvert. Aku akan bicara bila perlu sahaja.
Nak dijadikan cerita, masa kecil aku manja sangat dengan ayah aku sebab aku takut dengan ibu sebab ibu aku terlalu garang.
Aku selalu ikut peribadi ayah aku dan aku tak sedar yang aku terikut sekali peribadi sebijik macam lelaki.
Aku main permainan lelaki tak suka pakai baju perempuan rimas. Aku suka baju yang simple macam lelaki.
Umur aku pon makin lama makin meningkat sampailah tahun 6 walaupon time tu perangai aku macam lelaki tapi at least time tu aku masih normal. Tak tahu pon suka sesama jantina tu apa.
Masa tahun 6 aku ada tersuka seorang lelaki ni tapi apakan daya cinta monyet disakiti banyak kali.
And aku balik rumah menangis menangis dan menangis sampaikan aku jadi benci dengan lelaki dan aku tawar hati nak bercinta dengan lelaki. Hmm astagfirullahaladzim.
Bila aku dah masuk form 1 aku jumpa ramai kawan, alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan seorang kawan yang baik yang selalu mengajak kepada kebaikan.
Aku namakan dia Adriana (nama samaran) aku berkawan rapat dengan Adriana.
Adriana ni ialah seorang yang pandai dalam bidang ilmu agama dan ayahnya seorang ustaz.
Bila aku dah rapat dengan Adriana aku mulalah belajar lebih mendalam tentang agama islam aku minat sangat nak belajar sampaikan orang kata aku macam ustazah.
Ouh lupa bagitahu time form 1 perwatakan aku bukan macam lelaki tapi dah berubah jadi perempuan.
Suatu hari secara tiba tiba dekat perasaan aku adanya rasa suka dekat seorang perempuan ni bernama Hannah.
Aku tak tahu yang suka sesama jantina tu salah, yelah sebab aku baru saja nak belajar ilmu agama hmm.
Aku ikutkan perasaan aku tu, aku pergi usha dia, aku beri hadiah dekat dia dan aku cari cara macam mana nak dekat dengan dia.
Bila aku nak masuk form 2 aku baru tahu yang suka sesama jantina tu haram dan berdosa besar Allahuakbar terkejut sampaikan aku hari hari menangis tengah malam.
Aku bertaubat kepada Allah. Aku menyesali kesalahan aku. Aku cuba untuk menahan nafsu untuk tidak lagi menyukai dia lagi. Cuba menganggap dia sebagai seorang kawan biasa.
Aku jujur aku suka dia sebab rupanya yang cantik. Aku tak minta pon nak ada perasaan ni. Aku faham ni ujian yang Allah berikan untuk aku.Aku terima dengan redha.
Sampailah sekarang umur aku 15 tahun form 3 ada lagi perasaan tu tapi aku still untuk kawal dengan iman dan berdoa.
Sesiapa dekat luar sana aku minta tolong sangat kalau korang ada perasaan suka sesama jantina cuba untuk tahan. Percayalah Allah akan tengok segala usaha kita.
Jangan biarkan dosa kita berterusan setiap hari. Kalau kau buat dosa taubat buat dosa taubat Allah terima jangan putus asa.
Kau dah usaha kau mampu trust me.
Memang susah nak keluar tapi kau dah usaha kan mana tahu kau usaha untuk keluar sampailah kau mati dan kau dikira mati syahid sebab kau tahan nafsu untuk tidak suka sesama jenis.
Untuk diluar sana tolong doakan kami yang berpenyakit suka sesama jeniS untuk kembali normal. Jangan hukum kami. Kami pon ada perasaan jugak.
Bantu kami untuk keluar dari lembah kejahatan ini.
– Zarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit