Aku Tak Nak Jadi Penyond0l

Hi semua, beberapa kali aku cuba menulis confession di sini. Tulis padam tulis padam, dari awal perkahwinan dia sehingga hari ini yang mana perkahwinan dia sudah menjangkau setahun setengah.

Aku tak pandai menulis membuat ayat tapi aku harap pembaca dapat fahami cerita yang terjadi dalam hidup aku.

Okay seperti tajuk di atas, AKU TAK NAK JADI PENYONDOL. AKU adalah aku dan ini yang terjadi dalam kehidupan aku. Dia kini suami orang yang aku kenal sebelum dia berkahwin.

Aku berkenalan dan dia semasa bekerja sekali. Dalam beberapa bulan aku bekerja covid-19 melanda di negara kita yang mana sekatan berlaku, syarikat ditutup dan gaji dipotong.

Hanya menggunakan surat pelepasan dari syarikat untuk bekerja sebagai tiket untuk pergi kerja. Hubungan aku dengan dia bermula dalam tempoh tersebut.

Hari demi hari aku dengan dia rapat serapatnya. Dia menggunakan surat pelepasan bekerja yang boleh merentasi daerah untuk datang berjumpa aku (aku berlainan daerah dengan dia), membawa makanan dan kami hanya berborak di dalam kereta sambil makan.

Aku nampak kesungguhan dia, cara dia respon untuk aku, banyak topik dan terlalu random perbualan kami sampai tiada noktah.

Dari berjumpa, text, oncall, videocall or apa-apa tiada satu pun perasaan rasa bosan dan blur untuk berborak dan bergurau. Aku dengan dia satu kepala, selesa yang teramat selesa sehingga aku tak perlukan orang lain.

Pagi aku bermula dengan dia, bersiap pergi kerja oncall, dia drive pergi kerja videocall, sampai tempat kerja benda pertama dia cari adalah aku.

Habis waktu kerja, keluar bersama sampai malam. Oncall videocall malam sampai tertidor itu sudah menjadi rutin kami tanpa tertinggal.

Weekend wajid aku keluar dengan dia dari pagi sampai malam. Tujuh hari seminggu luang masa bersama, setiap masa sehingga tiada ruang untuk berkenalan dengan orang baru.

Hidup aku hanya dia, hidup dia hanya aku sehingga terdetik di dalam hati aku, hidup aku tiada ujian langsung.

Aku merasa cukup semua, gembira senang hati tapi aku tahu tiada ujian itu tanda ALLAH tak sayang. Aku sedar tapi aku abaikan, aku lebihkan penting manusia dari Allah.

Aku dan dia banyak tinggal perkara wajib dan kami dah hampiri zina dengan jadikan perkara ringan seperti pegang sentuh, ciuman dan pelukan seperti suami isteri cuma tiada yang berat.

Aku tak usaha langsung untuk hentikan semua itu walaupun aku tahu salah, aku hanya berdoa Allah yang hentikan aku.

Dan Tuhan menjawab doa aku dengan memaksa aku untuk menjauhkan diri dengan dia. Ianya seolah-olah mimpi yang mana bila aku bangun berharap perkara itu tidak berlaku.

Tiba-tiba tanpa aku siapkan hati aku untuk terima perpisahan itu. Tuhan hentikan aku dengan perkahwinan dia yang tiba-tiba. Aku tak mampu hentikan tapi ALLAH hentikan aku seperti yang aku minta.

Disebabkan perubahan status dia, aku terpaksa belajar menerima dan aku hanya berharap pada Tuhan untuk lenyapkan segala rasa perasaan aku masa tu.

Aku sedar ALLAH tak nak aku jauh dari DIA, tak nak aku lupa DIA yang hakiki, manusia hanya pinjaman DIA untuk aku kenal dunia yang sekejap ini.

Perkahwinan dia terjadi dalam tempoh dua minggu sebelum aku dapat tahu. Dua minggu sebelum tu dia balik kampung.

Sebab aku tahu, aku rasa ada yang tak kena, aku tak tenang gelisah tapi dia tiada perubahan dari segi layanan, rutin harian sama. Masa untuk aku masih tidak berkurang, tapi naluri aku kata lain.

Perkara itu membuat aku serkap jarang dan aku sengaja membuat onar tapi dia hanya cakap apa-apa yang terjadi dia akan ada untuk aku, tak akan tinggalkan aku.

Aku sengaja cakap dekat dia, balik kampung hari tu, bincang tarikh kahwin ke, bila nak langsung. Dia senyap, aku dah dapat jawapan bila dia minta maaf dengan aku. Aku tak menangis tapi jantung laju selajunya, tangan ketar bibir aku menggigil.

Dia peluk aku dan cakap dia tak akan tinggalkan aku walaupun dia akan berkahwin. Otak aku jam, dia gila ke aku yang gila. Tak terluah dalam kepala aku, aku hanya kaku tanpa ada tindak balas.

Aku nak hadam dengan perkara dia nak kahwin dalam masa terdekat. Dia tiada niat nak bagitahu aku langsung ke kalau aku abaikan naluri aku, dia tak fikir perasaan aku ke masa dia buat keputusan sepenting itu.

Tapi hanya dalam kepala aku, its his choice not mine and i am not his choice.

Dia kahwin dan aku tak mampu nak ucap tahniah. Aku block dia dari hari dia bagitahu aku.

Walaupun aku dapat abaikan dan jalani hidup aku macam biasa. Tapi aku tak kuat, semangat aku hilang dan aku hanya berpura-pura aku okay di depan keluarga dan kawan-kawan.

Aku hanya mampu menangis di sejadah, semasa nak tidor dan di bilik air. Selepas tu, aku senyum semampu aku boleh, aku cuba tidak membuat orang sekeliling aku risau dan merasa kesian terhadap aku.

Ego aku mengatakan jangan tunjuk, kuatkan kaki untuk berdiri seperti biasa, senyum seperti aku tak sakit.

Tapi tubuh aku aku tak mampu menerima perasaan aku.

Disebabkan semangat aku dah hilang, mental aku lemah dan badan aku kerap demam sakit, aku tak boleh telan apa-apa makanan dan aku berharap dengan minuman sahaja. Apa-apa makanan masuk dalam tekak aku, aku muntah.

Berbalik dengan dia, selepas perkahwinan dia, aku elakkan bertemu dengan dia, jika bertemu aku tak mampu nak buka mulut bercakap dengan dia. Hari-hari dia text walaupun aku tak membalas. Aku block unblock dia setiap hari.

Suatu hari dia datang berjumpa aku dan tarik aku dalam pelukan dia, aku cuba lepaskan diri tapi dia memeluk aku dengan erat sehingga aku berhenti meronta dan aku menangis.

Aku lega, aku rindu. Aku dengan dia sama-sama menangis. Mula dari hari itu, hubungan aku dengan dia seperti biasa walaupun status dia tidak sama macam dulu.

Tapi tidak lama, aku memberontak, aku mudah mengamuk walaupun hal kecil. dia seperti biasa, tetap layan aku dengan sabar. Dia biarkan aku mengamuk, lepaskan kata-kata dekat dia.

Dia sabar sesabarnya dengan aku, cuba penuhkan semua aku nak, tunjuk yang dia selalu ada untuk aku. Tak pernah cakap apa-apa hanya mendengar. Dia ada tapi kenapa rasa tiada. Bila aku okay, kami normal dan bahagia.

Aku rasa ada yang tak kena, aku tak suka perasaan ini, perasaan bersalah. Dia ada isteri, aku siapa. Aku nak hentikan tapi dia tak nak. Aku lega dia ada tapi aku tetap serabut.

Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja yang aku sangat sayang. Aku tetap salah dalam hal ini. Aku sayang tapi dia lelaki. Benda boleh dua kenapa nak satu. Sejenis pentingkan diri sendiri.

Fast forward aku bekerja di tempat lain. Aku block semua apa-apa yang melibatkan dia, tapi dia masih mencari aku. Aku rindu dia, tapi aku jahat jika aku teruskan. Dia tiada usaha nak jauhkan diri dari aku, dia tetap tunjukkan aku yang dia ada.

Macam mana suatu hari, aku mementingkan diri aku tanpa fikir perasaan wanita lain iaitu isteri dia yang sah. Macam mana jika aku di tempat dia, mesti aku sedih.

Aku tahu kifarah itu wujud. Mungkin aku bahagia sekarang tapi bagaimana selepas itu, bahagia ke hidup aku dengan merampas. Dapat tidor lena ke aku kalau pentingkan diri aku.

Sekarang pun aku masih rasa bersalah, tak kan seumur hidup aku nak hidup dengan perasaan bersalah. Dia hanya pentingkan diri, dia yang tak tahu dia nak apa dalam hidup dia.

Dia yang buat pilihan sendiri, dia yang tak pilih aku. Aku bodoh kalau tunggu dia. Walaupun hati kecil aku nak dia, tapi aku tak nak hubungan dia dengan isteri dia musnah.

Aku nak hilangkan semua perasaan yang ada ini, tapi aku tak tahu. aku mati rasa dengan orang lain, aku tak boleh terima sesiapa. Aku hanya nampak dia.

Dalam aku berperang dengan akal dan perasaan, aku teruskan seperti biasa walaupun dah pindah tempat kerja. Sebab aku ikutkan perasaan dan abaikan akal aku. Akal dan perasaan aku masih tak selari. Bodohnya aku.

Hubungan aku dengan dia on off. Hari aku tak okay, aku block semua. Hari aku okay, kami bahagia seperti tak pernah berlaku apa-apa.

Aku kesiankan diri aku. Aku sedih hidup aku macam ni. Aku lega dia ada tapi aku tak nak macam ni. Hanya aku boleh tolong diri aku bukan dia.

Aku buat keputusan balik kampung tanpa beritahu dia dan tukar nombor telefon. Aku hanya buka nombor lama bila aku rindu. Aku nak dia cari aku, tapi aku taknak dia cari. Aku rasa aku dah gila. Hari-hari melawan perasaan.

Bulan ni dah masuk bulan kelima aku tak jumpa dia sebab jarak. Kalau dekat, aku tahu mesti aku keluar jumpa dia. Pilihan yang tepat aku balik kampung tapi gaji cukup-cukup makan.

Sekarang sekali sekala aku buka nombor lama. Dia masih macam dulu, masih memujuk aku untuk jumpa, berbincang dan bertanya aku ke mana,makan minum,buat apa tanpa miss setiap hari.

Dia bagitahu, aku ada dalam kepala dia setiap masa, sangat kesian isteri dia.

Aku? Masih ada rindu tapi aku dah okay bila tak jumpa dia. Masih ingat tapi aku dah boleh teruskan hidup seperti biasa. Sedih tapi lagi sedih isteri dia kalau dia tahu. Aku siapa, aku manusia biasa yang diuji tanda ALLAH sayang aku.

Yang pasti aku tak nak jadi penyondol. Im way too good at goodbyes maybe.

Tak selamanya aku terus ada perasaan ini kan? Pasti hilang ditelan masa or bila dah berjumpa seseorang yang baru? Tuhan mesti tak kan biarkan aku begini selamanya kan?

Terima kasih sudi membaca coretan ini dan doakan aku bertemu jodoh yang tepat.

– Eunoia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *