Assalamualaikum.. sekadar nak bercerita. Aku dibesarkan dalam family biasa2 sahaja. Ayah aku kakitangan kerajaan. Ibu aku surirumah. Aku anak sulung. Ibu aku selalu pesan belajar rajin2.. dapat kerja bagus2 dan pegang duit sendiri. Jangan jadi macam dia yg tak bekerja. Harapkan duit ayah bagi. Dia juga selalu highlight nasib dia baik sebab ayah aku baik dan tak berkira. Jadi ibu aku nak, apa2 pun aku mesti kerja & ada pendapatan sendiri. At least dah secure kat situ sebab ibu aku cakap nak dapat jodoh macam ayah aku belum tentu lagi.
Aku jarang buat kerja rumah & dapur. Aku buat kalau parents tiada kat rumah je. Masak pun aku tahu yg aku suka makan je. Pernah jugak aku try2 nak tolong tapi mesti ibu aku macam tak payah la tolong. Biar dia je buat semua. Aku just kena fokus study je.Aku pun lama2.. ok takpela macam tu. Tak lama lepas tu aku pun jenis yg akan masuk dapur kalau xde orang je. And of course skill memasak aku pun tak berkembang, haha.
Long short story, aku dah dapt kerja bagus kat company bagus & aku dah tunaikan permintaan parents. Dilema bermula bila aku dah kahwin. Selama ni aku tak ambil berat sangat masakan favourite pasangan aku. Sebab bila tanya dia selalunya takde jawapan yg khusus & dia tak cerewet. Tapi aku tahu pasangan aku suka masakan kampung. Yang ada gulai2 tu..which is benda aku tak makan. Aku sejenis orang yang makan sup, kuih air, tomyam & seangkatan dengannya..dan ak tak boleh makan seafood. Pasangan aku kontra habis dengan aku kalau bab makan.
Nak masak benda yg aku tak makan..susah sebenarnya. Tapi aku belajar..aku google resipi tengok youtube. Sebab satu je. Nak ambil hati pasangan aku. Tapi dia jarang komen. Cakap sedap jauh sekali. Tapi dia makan je.Kadang macam tak terusik pun. Aku kecik hati juga kadang2. Aku tahu maybe tak sedap. Tapi apa salahnya hargai susah penat cuba masak tu dengan makan sedikit? Sebab aku rasa takdela teruk sangat, huhu.
Kalau family dia datang. Aku susah hati sikit. Sebab aku takut nak masak. Aku masak nasi je. Lauk beli. Sebab aku dah melalui beberapa siri kejadian yg masakan aku di reject terus ke laut dalam tanpa apa2 alasan. Tapi kalau mak ke kakak die masak melangit puji. Padahal bila aku rasa macam lebih kurang aku buat je. Aku pernah buat gulai ayam kt fmily pasangan aku..pastu pasangan aku cakap tak payah masak dah gulai..hanya dia je yang boleh telan gulai aku tu. Kecik hati aku masa tu tuhan je tau. Aku macam..atleast appreciate la aku buat..Yang aku hairan elok je family dia makan. kalau aku masak kan kat family aku pun habis je. Semangat aku nak masak. So tu yang aku pelik apa yang tak best sgt pada masakan aku.
Kalau aku balik kg dia pun, memang aku fobia sikit masuk dapur. Aku lebih suka basuh pinggan or kemas2. Orang cakap takpe tak pandai masak asalkan rajin. Tapi bila rajin macam ni juga. So aku buat conclusion masakan aku bukan taste pasangan aku. Tapi ada je yg dia makan kalau aku masak.
Sekarang ni aku still lagi cuba2 resipi baru. Tapi kalau nak hidang kat orang selain family aku jadi low confidence sikit. Aku takut nanti tak sedap, pasangan aku juga yang malu. Kadang2 fikir juga ibu aku dulu nak aku pandai belajar tu dah bagus..tapi itulah aku jadi kurang pandai bab ni pulak, huhu.
Sekian.
– Ara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit