Aku Tak Pernah Fikir Aku Disihir

Assalamualaikum semua. Harapnya confession approved. Maaf kalau bahasa rojak ye. Dan maaf jugak tajuk agak pelik.

Tapi betullah tu. Aku tak perasan dan tak terfikir aku kena sihir.

Serius aku ingatkan kalau orang kena sihir ni efek dia jelas dan nyata macam dalam TV tu.

Kau akan kena rasuk atau tiba-tiba nampak hantu duduk tepi kau ke atau tetiba muncul bawah katil ke malam-malam atau dengar orang bisik suara pelik2 ke (bayangan aku macam tulah kalau kena sihir, pengaruh movie kan).

Tapi tak. Aku tak alami semua tu.

Jadi ini kisah macam mana aku discover pasal sihir ke atas diri aku.

Semuanya hanya start dengan firasat tapi tanda2 tu macam dah lama ada cuma aku je yang tak sedar. Yelah sebab aku ni jenis yang skeptikal and ambil mudah semua benda kan, silap sendiri.

Okaylah meh nak citer apa yang aku alami.

1. Lebam-lebam

Aku selalu perasan aku mudah ada lebam lebam dekat badan (memang dah lama dah sampai aku lupa bila lagi start dapat) tapi tulah, bilamana check dekat klinik result normal takde apa sangat. So aku buat dek jelah.

Housemates aku pulak yang risau lebih sebab sehari kalau takde lebam lebam kat badan, tak sah.

Tapi aku jenis yang jarang nak menggelabah kalau benda tak affect hidup aku sangat. Adalah musykil awat banyak sangat lebam tapi setakat curious jelah, malas nak fikir panjang. Jadi aku teruskan hidup macam biasa.

2. Sakit Pinggang & belakang

Okay yang ni dah lama dapat sejak tingkatan 2. Aku ingat aku start dapat masa tengah basuh baju (guna tangan) sebab dekat asrama kan. Jadi ingatkan benda biasa lah lenguh dekat tulang kipas/scapula ni.

Sakit pinggang pulak akan jadi kalau aku berdiri lama. Sakit ni berterusan sampailah ke uni pun. Aku siap mintak tolong roomate aku untuk duduk atas pinggang aku kot, sambil aku baring sebab lenguh sangat. Tahap macam tu punya sakit.

Terfikir jugak kalau muda2 dah macam ni macam manalah agaknya kalau aku tua nanti. Umur 40 dah nenek kebayan kot?

So aku avoid berdiri lama2 and aku memang selalu sediakan minyak panas nak sapu kat belakang kalau kalau sakit pinggang/ belakang aku datang.

Okay bilamana benda ni selalu jadi dia buatkan aku pun immune and malas nak fikir pelik pasal benda ni. Boleh faham tak? Adalah aku complain dkt kawan and family tapi setakat tu jelah, lepastu malas nak fikir panjang. Ye ye aku memang simple minded. Aku mengaku.

3. Sakit kepala

Yang ni teruk tapi ni tak berpanjangan. Maybe masa sem2 atau sem 3 dalam 3-4 bulan je kot and timing dia random bukan tiap tiap hari.

Biasanya jadi lepas habis kelas lah starting pukul 6 petang keatas. Sakit kepala yang ni lain macam sikit. Dia jadi berat kepala & berdenyut teruk dan dia mix dengan pening. Kalau orang tua cakap macam masuk angin pun ada.

Masa sakit kepala ni aku memang takleh study langsung, nak fikir banyak2 pun tak boleh.

Biasanya aku try makan, telan panadol, and gigihkan diri tunggu solat maghrib lepastu memang kena tidur dalam gelap. Totally tidur mati, kalau cakap pengsan pun boleh. Sedar2 dah pagi. Biasanya terbangun 4/5 pagi, lepastu terus solat isyak.

Kadang tu aku sampai tak sempat tunggu solat maghrib sebab sakit kepala sangat2. End up pukul 6pm dah tidur mati and sedar2 dah pukul 5 pagi. Alarm yang aku set pun kelaut tak dengar. Teruk jugaklah

Pelik tu pelik tapi aku fikir maybe aku stress lah kot, sebab lepas bangun tidur aku okay balik and sebab benda ni jadi dalam 2-3x je seminggu dan bukan tiap2 hari so aku takdelah menggelabah teruk overthinking aku ada tumour ke apa.

Aku takut jugak kalau study aku affected dgn sakit kepala tu, tapi Alhamdulillah la lepas 3-4 bulan dah jarang sakit kepala and now memang dah takde. Syukur sangat

4. Perubahan sikap dengan parents

Aku jarang balik rumah, balik pun masa cuti sem macam tu tapi aku rasa part ni lah yang buat aku start ada firasat ada benda tak kena ni.

Aku pelik bilamana aku tatap je muka parents aku, aku jadi cepat nak marah, sakit hati, panas hati. Padahal diorang tak marah aku ke apa. Tapi aku yang tiber jadi super moody. Pelik kan? Semua benda jadi tak kena.

So lastly aku takde mood sangat nak cakap dengan diorang and aku banyak diam. Bila diorang tanya aku jawab sepatah sepatah sebab annoyed. Tapi bila aku masuk bilik aku sedih kenapa aku jadi kurang ajar macam tu.

Kalau kat uni aku selalu rindu nak balik rumah and kalau call aku boleh je cakap manja-manja dengan diorang tapi kalau depan mata aku berubah drastik sampai aku sendiri pun pelik dengan diri aku. Macam double personality.

Dari situ, hati kecil aku macam cakap ‘something is wrong’ (haa ni lah firasat aku) tapi aku abaikan. Ye still abaikan lagi masa ni sebab aku tak selalu kat rumah kan, jadi aku boleh tepis rasa tak enak kat hati tu dengan mudah. Haa bodoh disitu.

————————————-

Dipendekkan cerita,

Dah habis uni life, aku duduk lama kat rumah. This is where things started to get worse.

5. Senggugut kuat

Senggugut aku jarang nak teruk eventho daripada started akil baligh period aku tak teratur, tapi nk dapat senggugut memang jarang.

Sebulan kat rumah aku start dpt period pain yang sakit nak mati. Rasa macam ada orang ramas-ramas rahim sampai aku kena berguling-guling kat lantai.

First time masa ni menangis sebab period pain. Menggigil-gigil badan aku. Tubuh pun panas rasa macam nak demam. First time jugak aku ambik painkiller yang kuat utk senggugut.

Makanya sebab senggugut kuat tu, aku prepare mental physical lah kan, mesti next month sakit macam ni jugak. Haaa jeng jeng jeng. Tidak. Surprisingly senggugut kuat tu tak datang next month.

In fact next month tu takde senggugut langsung. Aku boleh menari-nari lagi masa heavy days. Aku baru nak tarik nafas lega tapi…haa tulah orang cakap jangan happy awal2 kan. Dia buat comeback on the next month pulak. Another sakit teruk namati.

Lepas 3x selang seli period sakit nak mati, aku decide pergi jumpa pakar sakit puan. Result ultrasound and blood test semua okay. So lastly dr cakap hormon and stress je.

6. Masalah pencernaan

Hmmm senang cerita aku sembelit. Dan dapat buasir. Iya both senggugut kuat dgn sembelit & buasir ni start jadi bilamana aku stay kat rumah.

5bulan kat rumah aku dapat buasir. Biasanya kalau kita dengar pasal buasir/hemorrhoid ni orang fikir yang berdarah banyak macam air paip tu kan?

In my case tak.

Aku punya buasir ni lebih kepada yang jenis sakit (external hemorrhoid/ buasir luaran).

Kalau yang jenis berdarah banyak lepastu muka jadi pucat sebab hilang darah byk tu jenis tak sakit (internal hemorrhoid/buasir dalaman).

Jadi bila pergi kat dr, Dr diagnose aku dapat hemorrhoid tahap 3. Teruk lah tu and dia suruh ubah diet makan banyak fiber dan makan ubat buasir tu.

Okaylah ditakdirkan satu hari, masa tengah period yang senggugut sakit tu, perut aku pun buat hal nak jugak membuang.

Sembelit lagi. Hadoi. Dahla sakit senggugut, membuang pun sakit. Eh ni lepas membuang tu lagi sakit bontot tu. (Maaflah kalau geli) Nak jalan pun sakit, nak kentut pun sakit (maybe sebab luka lah kot, sembelit kan).

Bila duduk tu nak kena duduk senget tak boleh duduk straight, rasa macam ada jarum menusuk dekat situ tuttt. Padahal kan ubat buasir dah telan, painkiller telan, ubat suppository yang tahan sakit masuk ikut bontot pun dah letak, dengan gel tahan sakit pun letak, still sakit mencucuk-cucuk tak kurang.

Yes, lepas membuang lagi sakit daripada semasa membuang.

Masa ni aku dah start fikir balik firasat aku yang something is wrong tu.

Tetiba masatu aku teringat yang ada kawan parents aku bercerita pasal sihir. Dan dia cerita yang dia ada pergi jumpa this ustazah.

Jadi bilamana parents aku bising nak kena pergi hospital buat pembedahan apa semua, aku diam. Hati aku nak try usaha benda lain. Rasa macam something is wrong tu kuat. Sakit pun tak hilang walaupun banyak kali pakai painkiller.

Jadi aku cakap kat diorang, yang aku nak jumpa ustazah yang rawat kawan parents aku tu.
Parents aku pun jenis skeptikal jugak.

Kalau perubatan alternatif, diorang more kepada nak cari akar kayu ke tumbuh-tumbuhan nak rebus untuk aku minum untuk sembuhkan hemorrhoid tu tapi aku berkeras jugak nak pergi dekat ustazah tu buat masatu.

Nak rebus akar kayu ke apa lepas tu. Tak kira.

Tulah, firasat. Plus degil.
—————————————

Sampai je rumah ustazah tu, dia suruh duduk kaki lurus dan dia membelakangi aku. Ustazah tu tanya nama aku dan terus baca ayat2 suci al-quran. Lama jugaklah.

Aku cakap dalam hati takde apa ni, cuma aku nak pastikan takde apa sebab tu aku datang jumpa dia. Kira macam nak sedapkan hatilah kan.

‘Ada orang buat ni’

Keluar je ayat tu daripada mulut ustazah tu aku rasa macam kepala kena jirus dengan air. Rasa macam orang cakap ‘hah terkejut keee?’

Ye. Terkejut Terkejut yang amat.

Dia tanya aku period memang tak teratur and sakit senggugut ke? Aku angguk. Aku explain yang senggugut jadi makin kuat bila duduk rumah. Tu pun selang sebulan sakit.

Ustazah tu tanya lagi. ‘Ada pernah mimpi pelik ke akhir-akhir ni?’

7. Mimpi pelik I

Masa tu baru aku teringat. Aku ada mimpi nampak muka mayat wanita dah mati.

Memang muka dia betul2 menghadap muka aku. Tapi mata tutup lah, mayat kan, takde cliche dia nak bukak mata tunjuk mata merah ke apa. Tu movie.

Aku just nampak muka mayat mata tertutup rapat macam tu, yang dah mula nk mereput. Muka macam nak biru gitu.

8. Mimpi pelik II

Satu lagi aku pernah mimpi nampak ada orang balik daripada kubur sambil mengheret mayat tengah-tengah malam buta.

Tapi tulah aku tak anggap benda tu serius sangat sebab ingatkan mainan tidur.
Jadi aku bagitau ustazah tu macam tu.

—————————————-

Lepastu ustazah tu pun mula explain, dia cakap dia nampak macam aku disihir gunakan benda drp mayat dan jugak benda tajam.

Lepastu orang tu jugak gunakan buah kelapa. Buah kelapa tu diibaratkan dubur aku. Jadi ada dua pisau halus dipacakkan dekat bawah buah kelapa tu, dia cakap kalau bayangkan permukaan dubur tu bulat mcm jam, tempat yang dicucuk tu pukul 12 dgn pukul 6. Gitu

Sekali lagi aku terkejut beruk.

Selama ni memang aku sakit kat situlah kalau nak point lokasi yang tepat. Tapi aku tak cakap lah kat ustazah tu apa yang dia cakap tu kena dengan apa yang aku rasa.

Satu lagi ada 2 keris dipacakkan dekat rahim aku. Haah. Thats why senggugut kuat.

Ustazah tu cakap inshaallah sakit yang teruk tu akan hilang tapi kesan luka tetap ada dan sakit.

Jadi dia memang rekemen lah makan air akat kayu, painkiller atau apa2 yang boleh memperbaikkan keadaan aku.

Satu lagi ustazah tu cakap sihir ni pun ada tujuan nak buatkan aku jadi makin jauh drp family aku. Macam nak suruh bencikan family. Haa yang ni pun aku kaget. Jadi betullah firasat aku pasal aku cepat moody depan parents aku tu.

Terperanjat tu terperanjat jugak. Tapi perasaan aku waktu tu more pada sedih.

‘Sampai hati’

Haah. Aku fikir sampai hati ada orang buat perbuatan terkutuk ni semata-mata nak tengok aku sengsara.

Aku tak boleh fikir siapa yang bermusuh dengan aku. Ustazah pun tak bagitau. Hmm biarlah dia. Manusia.

Bohonglah kalau nak cakap aku tak percaya sebab alhamdulillah lepas balik daripada berubat tu sakit macam ada pisau mencucuk kat bontot dah hilang dan senggugut aku pun tak teruk sangat dah.

Tapikan,

Bohong jugak kalau aku cakap aku percaya 100%. Skeptikal masih ada.

Dan oleh sebab tu, sekali dengan ustazah tu, total dah 5 orang pengamal perubatan islam aku jumpa. Yang latest darussyifa. Semua cakap ada gangguan jin dan kena sihir.

Dan aku perlu amalkan ayat untuk protect diri aku. Sebab yelah sihir kau boleh buang tapi dia boleh hantar balik. So last2 aku kena ada protection sendiri.

9. Mimpi ular hitam

Salah sorang ustaz yang aku jumpa cakap aku pernah mimpi ular, so dia suruh aku ingat balik bila.

Maka fikir2 balik aku pernah mimpi kena patuk dengan ular hitam dekat kaki. Lupa dah kaki mana and lupa jugak bila.

Tapi point is ustaz tu cakap mimpi ular hitam tu adalah gangguan jin dan kalau kena patuk tu memang starting point dia kat situ.

Lepastu mak aku pun ada mimpi aku dibelit berpuluh-puluh ular hitam. Seram betul.

10. Gastrik/ pedih ulu hati

Ustaz tu pun ada tanya selain sakit belakang, lebam-lebam ada tak penyakit gastrik? Time tu aku angguk sebab dalam masa terdekat ni aku memang cepat rasa payau kat mulut macam isi perut pergi balik kat kerongkong tu. Faham ke?

And rasa macam pedih ulu hati.

Benda ni pun jadi lepas aku dah stay kat rumah tapi aku ingatkan aku baru nak kena gastrik.

Ustaz tu explain katanya buasir yang sakit atau ada pendarahan, sakit perut dan pedih ulu hati sering dikaikan dengan sihir yang ditujukan di usus & perut. Tapi elok check dr jugaklah katanya.

—————————————-

Sampai sekarang aku masih belum tahu siapa yang sihir aku. Aku pun macam takdelah nak tahu sangat. Suka hati dia lah. Nanti jawab kat akhirat.

Dan sekarang ni aku masih dalam rawatan.

So far pedih ulu hati dan sakit tulang kipas dah hilang. Lebam-lebam pun tak sebanyak dulu. Sakit pinggang pun cuma ada masa period dan senggugut aku pun tak sesakit dulu.

Rasa annoyed kat parents pun dah kurang tapi adalah sikit2 lagi. Setakat PKP ni rasanya tak pernah lagi mimpi pelik-pelik. Mintak jauh lah akan datang kan.

Buasir aku masih tak sembuh lagi. Kalau ada yang nak rekemen akar kayu ke daun apa2 untuk buasir, silakan. Selagi ada alternatif aku usaha. Masih sakit lagi walaupun tak sesakit macam ada pisau dulu tu, tapi kalau sembelit masih pedih.

Dan kalau ada yang nak share ayat pendinding diri yang kalian amalkan, amatlah dialu-alukan, terima kasih.

Setakat ni untuk ayat pendiding, aku disyorkan ustaz2, ustazah untuk baca surah al-baqarah ayat 102 & surah yassin ayat 9 selain drp ayat kursi dan 3kul.

Kawan aku juga syorkan untuk baca Ayat Tujuh. Tu paling pendek. Ada lagi Ayat 15 dengan Ayat 33. Aku tgh nak istiqamah baca ayat 7. Tu pun dah panjang. 15 & 33 lagi panjang.

Okay setakat itu sahaja perkongsian. Firasat yang lambat take action. Itulah kan, silap sendiri. Sebab benda subtle so aku tak fikir mendalam.

Aku harap kalau korang ada dapat benda sama yang aku ada, selain daripada jumpa doktor, elok jugak amalkan ayat-ayat alquran untuk perisai diri.

Kita tak tau siapa yang suka kita. Dan orang tak semestinya happy kalau kita happy. So hati-hati.

Yang penting jangan pulak kita pergi sihir orang yang sihir kita. Kalau tak ape je beza kita dengan dia, kan?

K bye! Harap perkongsian ni bermanfaat.

– Cakerawala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *