Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Aku meluah di sini bukan sebab aku tiada siapa nak luah, tapi aku tak rasa orang sekeliling aku dapat faham apa yang aku fikir.
Aku Miau, perempuan, umur awal 20 an, masih bergelar pelajar. Seperti tajuk di atas, aku tak rasa aku boleh commit untuk kahwin.
Mak aku perasan yang aku semacam tidak berminat untuk berkahwin, walaupun seringan-ringan berkenalan dengan lelaki (kawan aku panggil ‘talking stage’) atau pun berpasangan (bukan sebab nak menjauhi dosa zina yada yada…).
Ye, betul aku memang takde perasaan apa-apa pun pasal kahwin bagai ni sedangkan kawan-kawan sebaya aku yang lain dah mula mencari malah ada yang dah bersedia nak berpasangan.
Disebabkan umur aku yang masih di awal 20an di dunia yang dah modern ni, aku tak rasa masa untuk tu dah sampai.
Bila yang lain-lain dah mencari dan keluarga terdekat dah mula bertanya, aku macam “Oh, dah sampai masa ke?”. Sumpah aku rasa clueless sangat-sangat.
Kalau nak cakap aku ni masih berfikiran budak-budak, tak jugak sebab orang selalu cakap aku matang dan berdikari.
Kenapa aku rasa tak dapat commit dalam perkahwinan?
Aku sekarang seorang student university yang bila dah graduate nanti, peluang kerja tu insyaAllah cerah. Aku ada plan nak sambung lagi pengajian jauh ke luar negara lepas beberapa tahun kerja.
Aku seorang yang bercita-cita tinggi, banyak benda aku nak capai, lebih-lebih lagi bila bab nak banggakan parents ni. Tapi tu la, dalam pada terperincinya plan aku tu, aku lupa nak letak fasa kahwin dan ada anak tu dekat mana.
Aku ada tanya kawan-kawan aku, majority mereka nak settle down lepas dapat kerja dan kahwin, build a family diorang kata. Tapi aku tak berfikiran macam tu.
Aku rasa aku tak nak settle down, aku nak meneroka lagi, nak lagi banyak experience and knowledge for myself.
Salah satu sebabnya aku tak dapat cari peluang-peluang yang banyak masa aku sekolah dulu, malah di university yang aku duduk sekarang ni pun sama.
Aku tak boleh commit sebab aku terlalu fokus dengan cita-cita dan impian aku sampai aku reject semua distraction yang boleh buatkan aku hilang fokus, termasuk la aspek berpasangan.
Semua yang aku mahu, aku usahakan betul-betul. Biar apa yang tinggal hanyalah redha dan izin dari Allah.
Bayangkan bila aku dah kahwin nanti, tiba-tiba aku dapat peluang untuk teruskan cita-cita. Persoalannya, adakah lelaki tu akan terima? Anak-anak aku macam mana?
As a mother and a wife, I wanna be the best for them. Takkan aku nak tinggalkan diorang? Nak bawak sekali pun satu hal. Duit.
Korang mesti fikir aku ni overthinking kan? Ye la sebab bukan main dah plan itu ini dan dah fikir semua pros and cons.
Entah la, bukan aku tak boleh buang overthinking ni, tapi aku yang pilih untuk jadi begini. Aku selesa hidup macam ni, kehidupan aku lebih lancar dan tenang.
Bukan tak pernah ada aral melintang, trauma dan perit itu pernah cuma disebabkan aku dah fikir, jadi jalan keluar tu dah ada sikit-sikit.
Aku dah plan macam-macam, selebihnya biar Allah yang tentukan. Dia takkan beri ujian kalau hambanya tak mampu. (2:286)
Nak cakap pasal aku bersangka buruk pasal kahwin ni memang tak la. I’ve seen the best of marriage and the worst of marriage. Contoh the best, family aku. Contoh the worst, page KRT (dan sikit dari IIUMC). HEHEHEHE.
Nak cakap aku anti dengan kahwin ni pun tidak. Lagipun setahu aku, Islam tak ajar macam tu. Aku sejujurnya tak kisah kalau kahwin lambat sampai umur lebih 30-40 tahun pun. Tapi mulut orang kan
. Kalau aku lambat sangat kahwin, kesian pulak anak aku nanti. Kang kawan dia tanya masa aku hantar dia pergi sekolah “Tu nenek kau ke?” HAHAHA.
Belum lagi masuk pasal complications of pregnancy after the age of 35. Kesian la kat anak aku oiii…
Sebab tu bila difikir-fikirkan balik, dengan cita-cita aku ni dan kehidupan perkahwinan, penderitaan disebabkan aku terhadap orang lain tu lagi banyak berbanding kebaikan.
Untuk achieve the best for me and the best for them at the same time tu susah dan hampir mustahil dalam perkiraan aku.
Sebab tu aku ambil langkah selamat, biarlah aku seorang je yang susah. Aku yang pilih, jadi biar aku yang hadap keburukan jadi single sampai bila-bila ni.
Kalau nak suruh aku give up dengan cita-cita aku ni, memang tak la sebab aku lebih pentingkan diri aku. Biar pun cita-cita aku nanti mungkin tak kesampaian, aku tahu aku dah usaha. Hasil yang sipi-sipi pun jadi la. Asalkan bukan give up tengah jalan.
Entah la, aku macam dilema sikit kadang-kadang. Jangan suruh aku follow the flow, aku memang tak suka main follow-follow the flow ni huhu. Aku rasa macam, biarlah aku hidup ni cuma untuk berbakti dan banggakan mak ayah aku.
Balas balik jasa dorang yang susah-susah sekolahkan aku, support aku masuk university belajar course yang aku nak, sanggup habiskan banyak duit untuk aku walaupun diorang cuma kerja biasa-biasa.
Rasa sedih pulak bila diorang besarkan aku sampai berjaya, tapi kejayaan tu tak semua sampai ke mereka tapi dekat orang baru.
Sekian luahan, walaupun mungkin korang tak faham dan tak setuju. Aku hargai korang baca sampai sini. Terima kasih. (Komen la banyak-banyak, aku suka baca komen hehe)
– Miau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit