Aku Tak Sayangkan Anak

Hidupku berubah selepas ada anak. Bermula daripada aku czer, sepatutnya aku normal, tapi disebabkan aku tak kuat nak teran, aku emergency czer.

Aku macam tak dapat terima aku czer. Apa yang aku doa, yang aku amalkan sewaktu pregnant—mengaji Surah Maryam selalu—tapi Allah tak izinkan untuk bersalin normal.

Aku trauma. Hati aku belum cukup kuat untuk reda. Aku tahu kehendak Allah tu yang terbaik, tapi bila diri sendiri yang lalui, tak boleh nak reda.

Aku tak rasa sayang sangat kat anak aku. Aku mengharapkan aku dapat anak lelaki. Masa pregnant pun, instinct aku kata aku dapat anak lelaki.

Orang-orang pun tengok perut aku, kata laki. Baby kuat tendang, ingat lelaki. Rupanya perempuan. Aku jadi takut nak didik anak perempuan.

Lepas bersalin, aku langsung tak tahu jantina anak aku. Aku tak dapat tengok. Esoknya baru dapat tengok. Kadang-kadang aku terdetik, ni betul ke anak aku? Sampai rasa entah-entah tertukar. Tapi ni bukan drama. Aku tahu tu.

Lepas aku boleh discharge, wad pula, anak aku still kat wad. Aku tak nak jaga pada mulanya sebab aku takut. Susu aku belum keluar.

Aku positifkan diri aku since aku ni orangnya sangat positif. Masa jaga anak, aku tak dapat nak direct feeding sebab anak tak reti latch, nipple aku inverted. Lagi aku down, rasa macam mak yang tak berguna.

Dah jaga anak pula, waktu malam meragam. Aku tahu tu biasa je untuk baby. Nurse pula cakap, “Anak awak paling kuat nangis.” Lagi aku down.

Hari-hari aku doa masa pregnant, aku dapat anak yang mudah diuruskan. Nampak aku salahkan takdir, kan? Aku tahu tu semua tak patut untuk aku rasa. Aku hanya hamba.

Aku rasa Allah tak makbul doa-doa aku sebab aku banyak dosa. Aku tahu dosa aku setiap hari terlampau banyak. Aku jadi nak nangis sentiasa.

Aku tetap jaga anak sebaik mungkin, walau aku rasa aku jaga tu sebab kesian ke, sebab apa entah. Aku belum ada rasa sayang yang kuat untuk anak aku.

Setiap hari aku rasa ada yang berbisik, baik mati je la anak kau tu. Kau tu tak layak lagi jadi ibu. Kau tak kuat dari masa bersalin lagi. Dah balik rumah pula, aku sambung nangis, tapi sorok-sorok.

Aku rasa suami aku dah tak sayang aku. Suami aku sayang anak aku je. Sampai aku rasa nak je cakap kat suami aku, cari je la ibu yang boleh jaga anak ni. Tapi aku tak cakap la. Semua aku pendam, apa yang aku rasa.

Setiap hari aku rasa aku tak cukup kuat nak jadi ibu. Anak aku dah balik rumah, minggu pertama dan kedua tak banyak ragam. Waktu malam elok je tidur sebab dia kuning. Masuk je minggu ketiga, dia dah tak nak tidur malam, nak beriba je sampai aku penat.

Suami aku baik sangat jaga anak aku. Tu pun aku rasa jealous sebab suami aku sanggup bersengkang mata demi anak. Suami aku lebihkan anak.

Nampak kan aku tak bersyukur? Aku tahu apa yang aku rasa tu salah, tapi aku tak dapat deny apa yang aku rasa. Aku cuba untuk sayang anak aku. Ada perasaan sayang tu, cuma tak banyak.

Aku yang minta kat Allah aku nak anak. Allah dah bagi aku anak. Bila dah dapat, aku rasa aku belum layak jadi ibu. Aku tak bersyukur, kan?

Setiap hari aku fikir, apa aku nak buat untuk hilangkan rasa ini? Apa yang perlu aku buat untuk sayang anak aku sepenuh hati?

Aku DF, anak aku tak nak. Aku pump susu bagi anak aku minum susu aku. Aku nak anak aku sihat dengan minum susu aku, walaupun susu aku sikit. Aku campur susu formula nak bagi anak kenyang.

Setiap hari aku risaukan keadaan anak aku. Adakah tu rasa sayang? Tapi aku rasa aku kesian je kat anak aku.

Suami aku cakap dia nak tengok anak aku membesar. Lagi aku rasa serba salah kalau tak jadi ibu yang baik.

Bila teringat ayat tu, aku nangis. Sebelum ada anak, suami aku curahkan kasih sayang sepenuhnya untuk aku. Bila dah dapat anak, aku rasa kasih tu dah tak ada untuk aku.

Suami aku still sayang aku, cuma perasaan aku je yang rasa macam tu. Dia buatkan macam-macam untuk aku. Tapi bila dia lebihkan anak, aku rasa tak disayangi dah.

Aku tahu perasaan aku tu tak valid. Mula la akan terdetik lagi macam-macam. Baik kau mati je, takde orang dah sayang kau.

Bila anak kembung, suami aku cakap aku makan yang berangin. Bila ada tak kena sikit dekat anak, semua tala ke aku salahnya. Aku start rasa nak nangis balik.

Aku pun risau la kat anak. Aku pandang muka anak aku. Aku minta maaf kat dia sebab tak dapat jadi ibu yang baik.

Kadang-kadang aku rasa baik aku mati, nanti orang boleh jaga anak aku dengan baik, kan? Apa-apa pun, aku tahu apa yang aku rasa ni salah. Aku macam menyalahkan takdir. Aku tak bersyukur. Aku tak reda.

Apa yang perlu aku buat?

– Riri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Adik Riri, ketahuilah ini tidak normal – adik sakit dalaman sebenarnya

    “Postnatal depression (PND) is a mood disorder that can affect people who are pregnant or have recently given birth. It can range from mild to severe.
    Symptoms
    Feeling sad, hopeless, or worthless
    Crying episodes
    Anxiety
    Low energy
    Changes in appetite or eating habits
    Difficulty concentrating or remembering things
    Loss of interest in activities
    Feeling guilty or self-blame
    Feeling anxious about your baby
    Problems bonding with your baby
    Causes
    Physical changes
    Sudden drop in pregnancy hormones
    Broken sleep and exhaustion
    Emotional changes
    Social changes
    Genetic predisposition
    Psychosocial stressors
    Treatment
    Getting as much rest as possible, Accepting help from family and friends, Connecting with
    other new moms, Creating time to take care of yourself..”

    Tolonglah dapatkan rawatan dari KKIA -minta suami atau mana2 ahli keluarga untuk hadir sama menyokong. Insya-Allah yang baik2 sahaja untuk ibu dan baby

  2. Kamu dah start meroyan tu..
    Dpt kan rawatan psikologi di klinik kesihatan

    Dan bisikan2 itu semua demon demon yg ingin menjahanamkan mood

    Jgn layan fikiran buruk dan negafif tu.Lawan.
    Anak itu amanah Allah sis..

    Allah juga bukan kuli kita utk menurut shj kemahuan dan permintaan kita.Kita cuma hamba.faham tak hamba?
    Terserah Allah la nak bg apa…
    Kalau Allah bg kamu cacat anak lagi haru hidup.

    Banyakkan zikir..kurangkan fikir.Fokus kesyukuran.

  3. Riri if you read this. Send this confession to your husband. Kamu sakit. Seek help ya. Nanti time appointment baby dekat klinik kesihatan, bagitau nurse kamu nak jumpa Dr. Bagitau Dr. kamu selalu sedih rasa nak mati. Semua yg kamu rasa tu simptom postpartum lepas melahirkan anak. Boleh diubati. Janji pergi jumpa Dr. ya.. Hugs.

  4. You are so a girl’s mom. The fact that you wrote about your concern on whether the baby feel the love over how you care for the baby exactly shows why you are a girl’s mom. Because raising a girl is definitely about love over perfection.

    A girl needs to feel the love. Allah SWT gives what you can handle. You definitely emphasized on this. I read the story. It seemed that because now you have a baby, how you handle her defined who you are as a person. You are being hard on yourself when most mom also learned slowly on how to adapt to caring for a newborn (first time mom). We all went through the same thing.

    From what I read, it seemed like, if there is no baby, all these on whether you can care for her, can you wake up at night, whether you can feed her or not would not be in a checklist. Maybe this is why you are stressed out. Seemed like there is love in your heart (doesn’t matter you think it’s not much) otherwise you wouldn’t write the story here.

    I baby sit. Each children have different personalities.

    Raising a boy is different. Anak lelaki lebih lasak.

    Please seek help and get a doctor’s opinion. I have seen a mom with postpartum depression. The mom seemed like she could not tell the difference between a hall, a living room and a shower area. At times, she was definitely not able to even care for the child at all (other people has to take over).

    It is ok to bottle feed. If you still want to breast feed maybe need to think about proper place, clothes to cover self etc. Can try to do what is most convenient to you.

    You still can process your feeling. So a doctor is the right person to diagnose you.

  5. Ramai yg ‘concern’, amk la nasihat2 yg baik.. sbenarnya kamu ‘sayang’ je dgn anak tu, cuma x mau ‘admit’ secara jujur.. seorang ibu tu akn ‘automatic’ ada rse keibuan bla melihat ank yg dikandungnya selama 9 bln lbh tu kluar dari perutnya, (tak kira la cara normal or czer ke..) bla kmu mula mnyusukn dia itu pon ‘bonding’ ibu n ank, soal dia minum susu formula tu citer ln, but still u r holding her, rite..? Kisah ayahnya yg sayang dia lbh tu, actually indirectly dia tunjuk kasih sayangnya kpd u, indirectly.. sbb ibu tu akn rse bhagia bla suaminya tunjuk kasih syg kpd anak yg dia lahirkan.. so, bersyukurlah, doa semoga dia jd ank yg solehah, jd penyejuk hati kedua ibu bapa dan menjadi indan yg berguna bila besar nt.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *