Aku Tak Suka Budak Kaki MLM

Assalamualaikum.

Terima kasih admin sudi siarkan confession ni. Cerita agak panjang, semoga jadi pengajaran.

Saya perempuan sekarang telah grad hampir 2 tahun lepas. Kejadian yang paling saya tak dapat lupa sepanjang belajar di universiti ialah terjoin MLM. Sehingga saat saya menaip ni, saya ingat satu² wajah yang menyebabkan saya trauma dan menanggung hutang walaupun tak banyak tapi sebagai pelajar saat itu nilai wang terlalu tinggi.

Bermula kisah.
Masa saya online fb, ada seseorang add saya, lelaki nama F. Dalam hati oh dia ni, aku kenal ni satu sekolah. Terus approve tanpa was². Bermula chatting di fb, lama² dia ajak keluar makan. Ok, saya setuju memandangkan tempat makan tu dekat je dengan rumah saya, jalan kaki je. Masa jumpa macam biasa je, macam peramah tak seperti saya kenal dulu pendiam.

Ajak ke kedai kawan dia.
Dipendekkan cerita, suatu hari tu dia ajak pergi ke ‘kedai’ kawan dia. Saya percaya je. Dia cakap ada slot yang orang tempah tapi tak jadi. Tak nak bagi rugi dia minta saya ganti, free je. Bila tanya kedai apa, dia cakap kedai rawatan kesihatan nanti sampai tahu la. Ok, saya ikut je. Saya tak nak bagitau kedai apa tapi sebenarnya kedai tu ialah milik leader (MLM kan ada orang atas²).

Ajak buat bisnes sama².
Lepas je rawatan tu dia ajak lepak dengan kawan² yang mana masing² bawak ‘orang’. Diaorang ni semua peramah, senyum manis. Pandai berlakon ye. F ni bagitau la dia nak buka kedai macam ni juga, dan dia ajak saya jadi partner dia. Dia pon tambah lagi, ni bukan MLM tau sebab kita boleh buka kedai sendiri macam cawangan la. Saya ni dah la suka juga bisnes. Bila dia sentuh tentang parents, nak bagi duit la, saya jadi semangat (mungkin ni la brainwash).

Masuk perangkap.
Dan dia bagitahu lagi kalau saya setuju kena interview dulu dengan orang penting syarikat ni, orang ni sibuk, sekali je boleh interview, kalau gagal dah tak boleh interview (pandai psycho). Last² saya SETUJU ( kenapa la masa ni aku setuju :'( )

Interview.
Masa interview tu saya masuk bilik sekali nga F. Si penemuduga takde lagi, dalam 5 minit masuk la orang penting ni. Tup² orang tu ialah kawan dia juga yang selalu lepak lepas rawatan. Tapi karakter dah lain la, pakai blazer, muka garang, tak senyum. Lepas beberapa soalan, last dia tanya saya betul ke nak buat bisnes ni? Saya angguk je. Lepas tu dia minta saya sediakan RM3,300 dalam masa seminggu. Kalau saya lari, dia akan cari kat umah sewa dan akan terajang saya (ayat ni paling saya ingat). Sebab dia tak suka orang cakap kosong. Saya hanya angguk. :(

Pinjam duit kawan.
Dalam masa seminggu tu saya call kawan² untuk pinjam duit. Selama ni saya tak pernah pinjam duit sape². Kumpul sikit sorang dapat la kumpul RM1300. Lagi RM2k saya call mak saya nak pinjam duit. Mak saya bagi semua duit simpanan dia RM2k tu. :'(

Kena lagi.
Lepas transfer RM3,300, dia paksa saya bawa kawan² untuk ramaikan ahli. Saya ikut je, ada la 2,3 orang jadi mangsa. Yang mana semua selepas tu jauhkan diri dari saya. :( Hampir berminggu saya masih belum ada ‘prospek’. Saya mula bosan. Saya bagitahu saya nak bisnes bukan nak bawa orang. Dia cakap duit yang saya bayar tu pendaftaran ahli, kalau betul nak buat bisnes kena beli alat dia tu RM27k.

Kisah RM27k.
Rupa-rupanya F ni telah labur RM27k. Dan tiba masa saya pula, dia paksa saya untuk pinjam duit dengan ahli keluarga. Masa ni saya final exam sem4, saya tak fokus. Dalam kepala asyik nak bisnes je. Hati naluri ibu dia tahu, dia call saya suruh balik kampung sebab cuti semester saya tak balik. Untuk kali pertamanya saya tak dengar cakap mak saya.

Part sedih.
F mengeluarkan kata yang tidak enak bila saya gagal sediakan duit tersebut. Saya mula sedar saya dipergunakan untuk dia naik ke leader (mak saya cerita dia tak putus doa kat saya masa saya refuse tak nak balik kampung). Mungkin doa dari seorang ibu buat saya tersedar. Ibarat macam saya bermimpi tau. Bila tersedar saya terus tukar nombor telefon, block fb dan terus balik ke kampung. Saya malu dengan keluarga, saya balik terus menangis mohon maaf dengan mak.

Bangkit kembali.
Mak saya tak tahu saya banyak berhutang. Lepas naik semester 5, dapat duit pinjaman saya selesaikan semua hutang dan saya hanya ada baki RM200. Kalau nak tahu semester 4 pointer saya jatuh teruk. Semester 5 la saya mula kerja part time (family tak tahu), penat hanya Allah yang tahu. Belajar & Bekerja. Alhamdulillah walaupun kerja part time, tapi saya dapat dekan sem tu. Mak saya senyum je . :) Sampai saat ini saya benci dengar perkataan MLM.

Kepada kaki² MLM cukup lah gunakan pelajar untuk kepentingan diri. Saya benci MLM!!

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit