Aku Tak Suka Hari Raya

Assalamualaikum semua. Hari ni rasa tak tertanggung kesedihan masih berbaki dari hari semalam. Rasa useless, worthless.

Setiap tahun apabila Raya menjelang, satu perkara saja yang aku tak suka. Dicanangkan dekat telinga aku ni harta benda, kerjaya dan list kejayaan sepupu aku yang lain.

Tak lain tak bukan disampaikan oleh emak aku sendiri. Aku tak tahulah kenapa berkali-kali aku biar hati aku disakiti macam ni.

Aku dah kahwin dan duduk tempat sendiri tapi disebabkan kesian mak dah menghidap pelbagai penyakit, rasa nak melawat sekali sekala.

Tapi waktu tu jugak la mak akan canang kejayaan anak orang lain yang membuatkan aku rasa kecil, rasa macam kerja yang aku buat tu hina.

Memang aku ada degree dan aku hanya kerja kedai biasa saja.

Tapi bila mak sendiri cakap yang “awak yang tak nak cari” maksudnya aku tak usaha cari kerja yang hebat macam sepupu aku contoh kerja bank, kerajaan.

Padahal kalau aku nyatakan hasrat nak kerja jauh sikit, mula la mak akan buat sedih takde anak dekat dengan dia sebab aku ni anak tunggal.

Macam mana aku tak jadi overthinking kalau dengar keluarga sendiri, orang yang paling aku percaya dan rapat boleh cakap macam tu.

Banyak mana pun duit aku ada dalam bank kalau kerja aku tu busuk, tetap takde nilai di mata orang. Kerja yang status tinggi saja ke yang layak dipandang tinggi?

Aku akui aku mmg jauh ketinggalan dari kawan2 sepupu yang sebaya.

Mereka jauh lebih banyak capai goals kehidupan, anak, tangga gaji, kereta, rumah.

Aku bersyukur apa yang aku ada, aku cuba usaha walaupun perlahan. Emosi aku ok setiap aku jauhkan diri dari manusia begitu.

Tapi aku tak boleh terus putuskan hubungan. Dan perasaan tak guna ni muncul bila aku bergaul semula dengan manusia begitu.

Kenapa mak aku tak boleh nampak yang aku berkorban impian aku untuk sentiasa dekat dengan dia supaya dia tak rasa keseorangan. Sebab tu lah aku tak nak anak sebab aku tak nak jadi mak seperti mak aku sendiri.

Aku yakin yang aku jadi nobody macam ni sebab mak aku sendiri dan sebab nasib tak menyebelahi.

Aku salahkan mak aku sendiri dengan nasib yang aku dapat sekarang. Dan memang betul lah keturunan yang baik, cerdik kaya akan kekal begitu.

Sekali keturunan yang baik itu bersama dengan keturunan yang biasa hasilnya kan jadi biasa.

Segala masalah tak yakin diri anti-social yang aku hadapi semua disebabkan trauma waktu childhood dan parenting mereka yang fail. Aku salahkan parent aku dengan nasib hidup aku sekarang.

Kalau boleh diberi pilihan, aku nak pilih mak ayah lain atau pun lebih mudah aku tak perlu lahir pun. Sebab aku nobody.

Walaupun aku kerja biasa saja cukup2 umur 27 tahun baru dapat buat loan kereta yang selesa sikit, aku cuba membantu masyarakat dengan bersedekah dan jadi manusia yang lebih baik.

Tapi bila ada manusia yang tetap buat aku rasa tak guna,

Kenapa lah aku dilahirkan jika akhirnya aku mengecewakan mak ayah aku sendri aku tidak memenuhi keinginan mereka untuk kerja bagus supaya mereka tak rasa malu dengan saudara.

Kenapa sampai pada aku Allah uji dengan menahan aku dari dapat harta dan status dunia. Semua jadi berkaitan dan buat aku persoal semua benda.

Aku tak nak sedih, kalau boleh aku nak duduk sorang2 saja supaya orang tak tahu hidup aku dan aku tak amik tahu hidup orang.

Because it seems like everyone is having a better life than me.

Comparing is toxic for my mental health. Satu2 nya cara hanya lah dengan menjauhkan diri.

Segala komen2/ nasihat baik amat saya perlukan. Doakan saya kuat.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *