Luahan isi hatiku kali ini ialah aku tak suka rakan sekerja lelaki di tempat bekerja.
Walaupun aku seorang lelaki aku tak suka mereka kerana mereka kebanyakannya suka memperlecehkan wanita.
Aku bukanlah seorang lelaki yang baik di masa silamku seorang kaki enjoy dan clubbing. Arak pada zaman silamku perkara biasa beer, liquor, vodka, black label, chivas dan cocktail. Semuanya aku mengenalinya.
Aku walaupun pada masa silamku kaki enjoy tetapi aku tak seperti lelaki di luar sana yang pernah ada awek atau isteri tetapi masih lagi ada perempuan lain.
Pernah juga ada perempuan yang kawan aku kenalkan walaupun liar dan kaki clubbing tapi aku bukan seorang lelaki yang mengambil kesempatan sehingga mengajak ke bilik seperti lelaki di luar sana.
Malah aku menghantar mereka walaupun mabuk di rumah dan selepas itu aku balik seperti biasa.
Ceritanya aku tak suka dengan mereka ini di tempat bekerja ialah suka memperlecehkan wanita dan perempuan. Sama ada di WhatsApp group atau di tempat bekerja.
Malah memandang fisik wanita di tempat bekerja sebagai objek bahan seks walaupun perempuan itu tak seksi, nampak biasa, bertudung, baju tak sendat, badan kecil,tak cantik (di mataku), macam budak sekolah dan entahlah rasa biasa je.
Bahkan jika perempuan tersebut bergelar janda lagi mereka ini (rakan sekerja lelaki di tempat bekerja) rasa ghairah untuk menjelekkan mereka.
Aku pernah teman kawan sekerja perempuan naik kereta sekali dengannya untuk pergi ke majlis hari lahir rakan sekerja perempuan yang lain,
Dan keesokan hari diketahui oleh mereka (rakan sekerja lelaki) dan menganggap perempuan rakan sekerja mereka juga tersebut dengan menggunakan ayat lucah dan tanya aku “ada ajak main tak ?”
Aku rasa tak selesa dengan ayat lucah mereka terhadap perempuan. Aku marah tetapi tak boleh melawan kerana ini ialah tempat bekerja.
Ada seorang rakan sekerja lelaki ini seorang berbangsa India selalu memanggil aku loser sebab tak ada awek dan dia juga ada tunangan tinggal di Johor dan mempunyai ramai awek.
Dia suka awek melayu dan selalu tunjuk padaku yang dia pernah main dengan awek-awek melayu ini.
Bahkan remaja perempuan umur 15 tahun dia juga pernah cuba dan memecahkan daranya sambil bercerita denganku. Aku nak melawan tapi tak boleh sebab di tempat kerja.
Yang ini pula ada seorang lelaki rakan sekerja berbangsa melayu ada isteri di rumah tetapi ada scandal di tempat kerja dan mempunyai perempuan kenalan di omi dan mengenalnya ketika isteri masih mengandung anak pertama.
Aku walaupun masa silamku kaki enjoy clubbing tapi tak pernah memperlecehkan wanita seperti itu.
Lama kelamaan aku rasa fedup dan rasa macam nak berhenti kerja walaupun dah 10 tahun kerja di sini. Hari ini aku buat hal aku tak datang kerja aku tak angkat call. Lantaklah unpaid leave pun unpaid leave.
Aku berencana nak kerja di Singapura dan tinggalkan negeri kelahiranku ini tempat asalku. Supaya aku sibuk dengan dunia kerja sebenar dari dunia toksik pekerjaan di sini yang suka memandang fisik wanita setiap hari sebagai objek seks.
Bagi aku Singapura hanyalah dunia yang sibuk betul-betul dengan pekerjaan dan tak seperti rakyat Malaysia yang toksik di tempat kerja.
Singapura ialah negara pertama aku bekerja dan berhijrah. Mungkin 3 – 4 tahun supaya aku boleh kumpul duit untuk pergi negara lain dalam planning untuk bekerja dan berhijrah juga seperti new Zealand dan Switzerland.
Yang aku paling suka negara yang aku nak berhijrah ialah jepun kerana sana ialah dunia introvert dan aku seorang introvert.
Aku tak suka dunia kerja di Malaysia yang toksik, lelaki suka menganggap semua perempuan objek seks dan perempuan suka memperbodohkan harga diri mereka untuk lelaki.
– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bro, ko nak hidup dekat jepun? Lelaki dekat sana pun 2×5 je. Dorg lagi treat perempuan macam sampah, naive betul if kau pikir they are better.
Org lelaki dekat sana, cheating is acceptable as long as kau bagi nafkah dkt bini/anak. Itu belum cerita pasal adult industry dengan benda pelik2/fetish pelik2 dorg.
Yes, Malaysian men byk yg perangai jijik cm dalam confession kau, tp kalau ko kata org negara luar is better, then you are dead wrong.
Sila banyakkan membaca, dan travel kalau mampu, then you’ll see the harsh reality
Saya setuju, until part “Singapore negara betul betul sibuk dengan pekerjaan” – NOPE. pace Singapore 2x – 3x pace cara Malaysia bekerja in some part or maybe whole part industries. They still have time for that.
As for Japan, tak setuju. Culture kerja sana tak sihat. Budaya kipas, dan treat wanita teruk juga.
Been working in US and Switzerland, I’d agree with Switzerland. Good luck in your life career