Aku Tak Tahan Sejuk

Aku ni tak boleh kena aircond. Mesti aku akan demam. Lepas tu sakit urat dan macam2 la.

Kalau naik kereta pun sama, aircond tak boleh direct. Mesti aku selsema, sakit tekak pastu demam.

Aku dah 2 tahun lebih dapat kerja kerajaan. Aircond tak yah cakap la. Dalam pejabat ramai orang. Aku kerap sakit sejak mari kijo sini.

Tak mungkin orang nak slow demi kita. Pakai tebal lagu mana pun sejuk sampai ke tulang.

Lepas tu kena pergi kursus. Kat sini la masalah bermula…

Biasa kerajaan kan satu bilik dua ore partner. Aku dapat dengan sorang kakak ni.

3 malam kena duduk sini. Masa tu musim hujan pulak. Sejuknya tak payah cakp la. Mengigil2 aku.

Aku memey ada bawak baju sejuk stoking semua lengkap. Pakaian memey tebal2.

Tapi hari tu aku cakap, akak boleh ka nak kurangkan aircond sikit. Saya tak tahan sejuk.

Dia pun cakap eh kurangkan la. Akak pun tak boleh sejuk. Dari 16 tu aku letak 20.Dia tak de cakap apa2.

Tu pun aku sejuk gila. Itu pun aku mintak tukar duduk katil belakang supaya aircond tu kena dia. Tak kena aku.

Hari kedua aku dah demam. Masih ada baki sehari nak habis kursus. Ada ja kawan2 lain tahu aku tak boleh sejuk.

Masa tu kakak tu cakap dah tutup dah aircond. Sampai aku ni berpanas demi dia. Aku tak tahu la kakak tu bergurau ka gapo.

Aku diam ja. Sebenarnya bagi aku, kalau tak puas hati cakap la depan2. Yang sedihnya dia pergi buat fitnah kata dia tak nak dah pergi kursus dengan aku atau satu bilik dengan aku.

Dia kata aku pentingkan diri, aku tutup aircond la 3 malam tu. Dia berpanas la. Tak dapat tido la.

Padahal boleh ke kita bernafas dalm bilik tu tanpa aircond. Kipas pun tak ada. Dah tutup semua mesti la panas. Nak bernyawa pun tak leh.

Tapi aku slow kan ja. Tak de pun tutup.Dia cakap aku tutup semua. Menipunya.

Aku sedih la. Padahal aku tak buat gitu pun. Aku ada tanya bak gapo akak kata gitu pasal kita. Dia gelak2 ja.

Dia kata betulkan. Aku kata tak betul. Saya kurangkan ja.Bukan tutup habis.Tu pun akak cakap tak po.

Dia cakap ala sama ja tu.Pointnya kau tak boleh sejuk. Padahal ore lain suka sejuk2.

Aku faham la. Aku ni sesuai kerja panas2. Tak boleh kijo sejuk.

Tapi tak kan la nak berhenti kerja kerana hal ni. Dah la kerajaan susah dapat. Aku nak tangung keluarga lagi. Aku stress saban hari kerana hal ni.

Akak tu pun sekarang rajin perli aku.

Ore sejuk mari doh. Sambil gelak2.

Bak gapo la pelik2nya ujian tuhan bagi kat aku. Ore lain tak dop masalah gini.Aku sore gini.

Masalah nampak kecik, tapi besarnya untuk aku. Ni keluar tarikh lagi kena kursus bulan 8 nanti.

Tapi yang tu aku sore ja dari jabatan kami..Tapi kena kongsi bilik dengan orang dari jabatan lain.

Aku dah runsing dah macam mana nak buat. Aku banyak kali tolak tak nak pergi kursus. Tapi lama mana kan. Tetap jugak aku kena pergi.

Aku pun tak tahu dah nak buat gimana dah la ni. Ada cara gapo2 tak supaya aku tak sakit kerana sejuk ni.

Ataupun supaya aku boleh tahan sejuk tanpa ganggu teman2 lain.

Aku akhiri dengan ucapan terima kasih. Maaf ayat campur2. Aku tengah sejuk. Susah nak taip.

– etok (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. beli la hot pack utk lebih rasa panas, sleeping bag utk kekalkan suhu.
    sebab kalau duduk berdua dlm bilik tu kena give and take jugak.
    xkn org lain nk berpanas 3 hari demi awak sbb dia suke keadaan sejuk.
    so mybe boleh standby barang2 tu utk diri sendiri tanpa susahkan org lain jugak.
    xdela org nk ngata awak lagi.
    kalau bajet besar, mintak je tukar bili lain tp bayar la sendiri, hehehehe

    • btui tu.. dah taw tak tahan sejuk,.. kena la prepare.. mcm2 ada.. jaket winter tu pon ada.. ubat bg padan badan pon boleh klu berani makan… mcm2 ada la ni.. ikut kesesuaian diri. la ni perli balik akak .. biaq dia lak rasa perli

  2. Di pejabat tempat saya kerja pon air-cond nya sejuk giler, dah lah ‘centralise’, bkn bole nk adjust2 sendiri, klaw panggil mantenance pon, diorang akn kta itu suhu yg dah ‘sesuai’, lgi pon computer dan mesin semua x boleh dlm suhu yg panas, bole rosak.. so, kitorang suma bwaklah baju2 tebal, sarung kaki, sarung tgn dll., masing2 mcm nk naik gunung everest je gaya nya, cuma x pkai topeng muka yg penuh tu je..! Mne yg mmg x thn sgt tu siap bwak ‘heater’ ats meja lgi, murah je bli kat shoppe*, (confessor disarankan utk beli yg ini..!) ada jugak yg kta, nt bil letrik opis naik la.. nk buat cne, sapa la sruh psg aircond kuat sgt.. klaw tgahari ramai la yg kluar opis, cari mknan panas di samping dpt hirup udara yg panas.. patut la kita x lahir n tinggal di luar negara yg sejuk tu, sbb Tuhan tahu kita x thn sejuk.. wallahu a’lam..

  3. Klau xtahan sejuk air ond ke, kipas angin ke, sentiasa pakai stokin. Klau pakai selapis pun tetap rasa sejuk, pakai 2 lapis. Selaingu pakai jg baju sejuk / baju tebal. Angah pun jenis xtahan sejuk jgk, stokin penyelamat. Jgn terasa sgt bila org perli2 atau bergurau ttg masalah awak x tahan sejuk ke atau ttg apa2 je, buat bodoh je la. Lama2 diaml la dorg tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *