Aku Tak Tahu Cara Menegur

Aku mohon pada pembaca IIUM Confession supaya bantu aku bagi pandangan cara untuk aku menegur. Sebelum tu, aku start dengan mukadimah.

Aku ni ada satu kelemahan iaitu aku ni “berat mulut” sikit nak menegur kalau ada something yang aku rasa salah pada pandangan aku atau yang memang sesuatu yang memang dah salah pun.

Tak tahu lah kalau ada kait dengan personaliti. Sebab aku ni bukan lah introvert sangat. Ekstrovert pun tak. Tengah tengah je. Tapi aku bukan jenis outspoken pasal sesuatu.

Mungkin pembaca ada anggapan, apa masalah dia? Abaikan saja perasaan atau rasa macam tu.

Tapi kalau di biar, hati aku tak sedap. Tak tenteram lah senang cerita. Sangat gelisah. Tak tahulah kalau psikological problem benda ni. Aku ambil contoh dalam menegur. Menegur tu wajib dalam Islam.

Kalau tak mampu tegur melalui perbuatan, melalui lisan dan perkataan, kalau tak mampu, doa je dalam hati. Tulah selemah lemah iman. Dan itulah aku. Selemah lemah iman. Selalu tak mampu menegur.

Aku bagi contoh. Aku ada kakak yang ada ramai anak. Anak buah aku ni banyak betul perangai mereka yang perlu tegur. Seperti main handphone saja, tak reti buang sampah, tak bersalam dan lain-lain.

Kakak aku dan laki dia tak reti nak tegur anak tu. Cara parenting dia macam tu kot. Aku lagi lah, takde kekuatan nak guna kuasa veto sebagai pakcik untuk nak suruh mereka buat. Last nya, mereka jadi tak dengar cakap aku dah. Mungkin silap aku juga tu.

Nasib aku belum kahwin. Kalau jadi ayah nanti, tak tahulah macam mana aku besarkan anak aku nanti. Satu lagi contoh berkenaan menegur ni. Adik beradik aku ramai yang aku biasa nampak cara solat mereka macam tak betul.

Tak buat yang rukun Qauli dalam solat. Solat baca tak keluar suara langsung. Lama dah aku perhati dan dengar sebelah. Aku tak ada kekuatan untuk menegur sebab nanti aku dikatakan acah alim , macam bagus, suka menghukum.

Tapi dalam hati aku macam tak tenteram, mesti tak sah solat mereka sebab rukun sah tak ikut iaitu Rukun Qauli. Yang paling aku boleh buat aku doakan dalam doa aku agar mereka dapat petunjuk.Lemah betul aku ni.

Kalau aku nampak situasi kat luar ada orang bising tak tentu hala, tak bagi seat pada orang tua dalam kenderaan awam, cakap handphone sekuatnya kat public, aku masih tak ada kekuatan untuk menegur. Strangers pula tu. Aku doa je yang mampu.

Selain daripada doa, aku selalu guna cara psikologi, contohnya, perli secara bergurau, letak kat status berkenaan sesuatu isu. Tapi masih sama situasi nya.

Dan aku masih juga ada perangai takut, tak berani nak menegur sesuatu perkara. Aku harap aku tak dipertanggungjawabkan di negeri akhirat berkenaan ni sebab aku takut kalau sebab tak menegur ni, jadi asbab aku ke neraka.

Wallahualam.

– Orochimaru Sama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *