Bila baca kisah curang, aku teringat diri aku yang dulu.
Aku tahu, bila kau baca ni, kau akan benci aku. Dan aku tak salahkan sesiapa pun kalau semua orang nak kutuk, nak hina, nak panggil aku perempuan tak tahu malu. Aku layak. Sebab apa aku buat memang tak ada alasan.
Aku seorang isteri. Aku kahwin dengan lelaki yang baik. Tak kaya, tapi cukup. Tak romantik, tapi tak pernah abaikan tanggungjawab.
Dia jenis lelaki yang balik kerja penat-penat pun, sempat belikan makanan kalau tahu aku teringin. Dia percaya aku. Seratus peratus. Dan itulah yang paling menyakitkan bila aku ingat balik.
Aku jumpa semula lelaki tu (Si A) masa reunion sekolah menengah batch aku. Suami aku pun pergi sekali, dan dia kenal je Si A dari reuniion tu, aku kata dia ni best friend dulu. Saja nak buat dia jeles. Tapi suami buat nonchalant jela.
Tapi dari situ… kami mula mesej. Mula2 gelak-gelak. Then mula share benda peribadi. Bila suami aku balik kerja, aku buat biasa. Tapi dalam phone aku, aku tengah “berkawan” dengan dia. Konon kawan je. Tapi hati aku dah mula lari.
Long story short, kami kerap jumpa sampailah ke hotel. Dan bukan sekali. Aku tipu suami, aku tipu diri sendiri. Aku tahu benda ni salah. Tapi masa tu, syaitan pun tepuk tangan. Nafsu dah kalahkan iman.
Dan ya, semua tu akhirnya terbongkar. Cerdik-cerdik aku sorok mesej di telefon, cerdik lagi suami nak cari silap aku.
Puncanya, sebab ada satu ketika bila kami tengah makan malam dekat kedai, suami nak ambil phone aku atas meja sebab anak kami guna phone dia tengok youtube,
Tapi masa dia nak ambil tu, gesture tangan aku tepis tangan dia dan macam tak bagi phone tu dekat dia. So dia pelik. Aku pun bodoh waktu tu gabrah tetiba.
Malam tu juga suami aku ambil phone dan cek semua mesej yang aku lock. Bila suami baca semua mesej kami. Dia diam. Aku pun turut terdiam. Aku tak tahu nak cakap apa. Suami aku tak marah. Dia cuma tanya, “Kenapa? Abang tak cukup ke untuk sayang?”
Masa tu, aku rasa dunia aku runtuh. Bila Si A tahu, dia tu lari. Suami aku patah hati. Keluarga malu. Aku malu.
Tapi yang paling pedih… aku masih hidup. Aku kena terus hidup dengan dosa ni. Dengan memori ni. Dan dengan pandangan orang yang takkan pernah sama.
Akhirnya kami bercerai. Hak penjagaan anak dapat pada ex suami aku.
Aku rasa kisah aku dekat macam kisah cikgu SMK Ayer Keroh tu yang viral kat Threads, yang skandal dengan lelaki tu.
Ya, aku baca semua. Dan aku tahu ramai yang kata “benda ni biasa sekarang”. Tapi sebenarnya… tak. Ini bukan benda biasa. Ini penghinaan terbesar kepada seorang lelaki yang hanya minta satu benda iaitu setia.
Hari ni, aku tak mintak simpati. Aku tulis ni sebab aku tahu ada wanita lain yang tengah buat benda yang sama.
Mungkin kau rasa sekarang semuanya indah. Seronok main api belakang suami. Tapi percayalah, bila api tu membakar balik, tak ada siapa pun yang akan tahan bahangnya.
Kau akan hilang hormat orang. Kau akan tengok mata anak kau dan tertanya, “Macam mana kalau mereka tahu?” Kau akan pandang cermin dan benci diri sendiri.
Kalau kau rasa tengah “tersangkut” dengan lelaki lain, dan kau masih ada suami yang tak sempurna tapi setia, please berhenti sekarang. Sebelum semuanya musnah. Sebelum kau akhirnya akan jadi macam aku, seorang isteri, seorang wanita, yang hidup dalam penyesalan setiap hari.
Dan buat suami aku, kalau kau baca ni satu hari nanti, aku tak minta kau maafkan aku. Aku cuma nak kau tahu, aku menyesal. Sampai mati.
– Azza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apa la ko ni
Tah la kak. Nak cakap pun tak terkata dah.
Bagus akak kongsi pengalaman. Harap yg sedang membuat perkara sama rasa insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Seorang isteri yg curang selagi masih ada suami, laknat seluruh alam follow dia setiap waktu. Takutlah murka Allah.
Walau suami jahat sekalipun, banyak lagi jalan keluar yg boleh amek dan bukan dengan jalan curang.
Puan.. syurga dipenuhi dengan pendosa yang bertaubat. Semua manusia pernah buat silap dan tersalah langkah. Mohon ampun pada bekas suami dan pada Allah SWT. Mulakan hidup baru ditempat baru yang orang tak kenal. Dekatkan diri pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun.
Semoga dipermudahkan urusan