Salam semua. Thanks admin jika approve. Aku dah kenal si dia dalam 4 tahun lebih. Dia boleh faham perangai aku. Aku selesa la bila dengan dia.
Aku ni pon bukan baik sangat. Tapi cuba berubah kepada kebaikan.
Aku keliru sangat. Umurku makin meningkat. Keinginan nak kahwin mesti ada. Dan aku dah ada calon. Tapi aku taknak kahwin dengan dia sebab aku takut dia tak boleh bimbing aku ke jalan yang benar.
Si dia dah bawa aku jumpa parents dia, family dia. Kita orang memang dah kenal tapi tak berapa rapat la. Kenal macam tu je. Just tahu sape kakak dia, abang dia, adik dia macam tu je la.
Point kat sini aku nak bagi tahu dia ni tak “SOLAT”. Ni yang paling aku risau. Sampai bila nak macam ni kan?
Dah 4 tahun still takda perubahan pon. Bila gaduh je aku cakap kat dia “ORANG TAK SOLAT MEMANG PERANGAI MACAM NI. MOVE ON LA”.
Bila aku bagi tahu macam tu kat dia, melenting la dia. Dia kenekan aku balik. Dia kata kau tu bagus sangat ke nak cakap pasal agama kat aku.
Okay fine. Aku terus senyap la bila dia kata macam tu. Aku memang tak perfect tapi at least solat aku tak tinggal.
Kau bayangkan la surah lazim tak tahu, baca jawi tak pandai, doa qunut tak tahu.
Dia memang sangat rapat dengan family dia. Aku pelik kenapa family dia tak pernah nak suruh dia solat, especially ayah n ibu dia la.
Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku pernah tanya kat dia, kalau subuh takda orang kejot ke. Dia kata takda.
Lelaki, biasa la kan. Tidur lambat dan bangun lambat.
Kadang-kadang terlambat pergi kerja then aku yang kene marah. Kata aku tak kejot dia. Eh mintak penampor je dia ni. Aku dah masuk office dengan keje berlambak mana sempat nak kejot dia.
Tolong bagi cadangan kat aku macamana aku nak tinggalkan lelaki ni. Aku tak nak kahwin dengan dia. Biarlah parents aku carikan jodoh. Aku tak sanggup !
Aku tak mengharap lelaki yang alim semua tu. At least solat tak tinggal dan ada ajaran agama sikit pon jadi la.
– Sis Dilema (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dah tak nak kawen dgn dia. Mtk jelah putus. Kalau dia tak faham bahasa, ghosting je. Tukar no fon.
At the same time, solat lah hajat n istikharah so Allah mudahkan proses tinggalkan dia dan gantikan dgn org yg lagi baik.
All the best.
kau boleh tak buat satu ja keputusan dan firm dengan keputusan kau,jangan stuck in between , klu kau rasa ok dengan lelaki tak solat dan sanggup nak hadap org yg kau dah kawin x solat , then kawin ja .Klu kau tak sanggup nak hadap , buat satu firm keputusan utk tak mau kahwin ngan dia .Klu aku , aku akan pikir waras tak mau dkt dia , sbb masa sebelum kawin pun kau dah terseksa dengan keadaan dia tak solat , apatah lagi selepas kawin , kau bukannya rehab center
pleasela dik, sementara belum kawen ni. sila la buat pilihan bijak, dh terdesak sgt nk kawen ke apa ko ni? biar menyesal skrg dr menyesal kemudian. ketahuila, sesungguhnya seumur hidup tu pjg perjalanannya, jd org perempuan ni bukan main tgkp muat je. ko baiki diri ko jgk, jgn nk harapkan org bentuk hidup ko, pimpin ko, sdgkan diri ko sendiri pon tak boleh nak pimpin diri sendiri.
Cadangan mende kau nak dik? 4 tahun couple pun tak jumpa idea langsung ke???
Putus – tukar no. – jgn contact balik
Ke kau nak go on je sampai kawen beranak pinak..lepas tu ulang balik confess sini mintak cadangan lagi.. ha.. repeat la cycle tu sampai dapat cicit 😒
Boleh terima lagi lah kalau dia mengakui kejahilan dia dan ada usaha nak berubah, tapi bila 4 tahun pun tiada improvement, siapa yang tak risau kan.. Cuma TT ni pi ‘provoke’ dia cakap ginilah perangai orang tak solat tu, memang dia melenting lah on the spot.
Cadangan macam mana nak tinggalkan dia? Cakap kat dia ‘maaf saya nak break. Sebab saya nak suami yang jaga solat. Saya sedar saya pun taklah alim tapi dalam bab solat ni biarlah suami yang pimpin.. Contoh macam boleh bangun sendiri untuk subuh.. ‘
Dah fullstop jangan provoke2. Pastu pulangkan apa2 pemberian dia balik. Pastu block aje. Kiranya dia tak faham TT lah, so macam tak kena dengan ayat ‘ TT selesa dengan dia sebab dia faham perangai TT ‘.
Dan takde alasan lah takde sapa kejut subuh. Zaman dulu yelah kot tiada jam loceng. Kena bergantung kepada sekumpulan orang taman ronda kawasan perumahan ketuk kompang sebab nak kejut untuk subuh. Zaman sekarang pasang jelah alarm clock kat HP tu. Ni satu lagi pet peeve saya; orang yang tak manfaatkan HP sebaik mungkin. seperti guna alarm clock, reminder, notes. Scroll social media 24 jam pandai pulak. Eh geram, sebab HP ni dah macam barang yang selalu di sisi kan.
betul la, dh nampak redflag dia, ko belah je la, tunggu apa lagi, takyah nk membawang bagai, keluaq ja dr relation camtu.