Aku Takut

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Nama aku Maya (nama pena). Aku terdetik untuk tulis confession setelah aku sedar yang aku makin keliru dengan diri sendiri asbab masalah yang membelenggu diri aku.

Secara ringkasnya, aku ada masalah apabila aku terpaksa berhadapan dengan orang. Aku akan ada rasa malu, takut dan kurang selesa bila aku perlu berjumpa orang. Boleh dikatakan aku ni introvert. Aku memang takkan cakap sepatah pun bila aku kenal orang yang baru, tapi bila aku dah mula rapat dengan orang tu, boleh lah jugak bawa berbual.

Itu dulu, masa aku masih tinggal di tempat di mana aku dilahirkan dan dibesarkan. Ditakdirkan yang aku perlu berpindah, which means aku terpaksa berpisah dengan kawan kawan aku. Waktu ni lah aku mula rasa aku bermasalah dengan diri aku sendiri. Aku lebih suka buat hal sendiri, duduk sendiri tanpa orang kacau. Dulu pun aku macam ni, tapi sikap aku tak pernah datangkan masalah.

Namun ia jadi masalah bila aku tak dapat nak blend in diri aku dalam suasana yang baru bersama orang yang aku tak kenal. Ya, aku tahu yang aku perlu sesuaikan diri dengan tempat baru. Itu tak mengapa. Tapi bila aku kena berhadapan dengan orang yang belum pernah aku kenal, macam macam aku rasa. Setiap kali aku perlu bercakap, aku tak tahu topik apa dan apa yang perlu aku cakap.

Aku sedar yang aku harus cari kawan baru. Cuma itulah masalah aku. Aku mula jadi lebih malu daripada sebelum ni, aku lagi takut, aku akan terfikir sama ada mereka akan suka aku atau tidak, apa pandangan mereka tentang aku, aku takut yang aku ni membosankan, aku takut yang mereka akan abaikan aku, aku takut yang aku akan bawa masalah, aku takut aku akan terbuat silap yang boleh lukakan orang. Aku akan takut mengenai pandangan orang tentang aku. Jujur aku katakan, aku amatlah takut kalau apabila aku mula baik dengan orang, aku akan ditinggalkan.

Semua tu ada kaitan dengan kisah silam aku. Dulu aku ramai sangat kawan yang rapat dengan aku. Macam macam aku buat dengan kawan aku. Tapi, aku pernah ditinggalkan dan diabaikan oleh kawan kawan aku tanpa aku tahu sebabnya sedangkan aku tak pernah buat sesuatu yang boleh menjadi asbab mereka tinggalkan aku. Aku letak kepercayaan dan kasih sayang aku pada kawan aku. Tapi dalam sekelip mata mereka biarkan aku keseorangan. Bukan sekali tapi berkali kali. Ramai sangat yang pernah sakitkan aku.

Setiap kali aku cuba untuk pulihkan keadaan, aku akan minta maaf kalau aku buat silap tetapi semua tu tidak berikan kesan langsung. Selepas kejadian tu, aku bernasib baik yang aku jumpa kawan yang lebih baik. Cuma aku rasa bagaikan aku ni penyibuk. Bila kawan kawan aku yang baru tu mula bualkan tentang sesuatu atau berkongsikan sesuatu, aku ni macam diabaikan. Bukan aku tak berani untuk bertanya atau cuba untuk lebih eratkan hubungan, tetapi aku akan ada rasa risau, takut, gerun yang aku akan buat mereka tak selesa, guriskan perasaan dan tersalah cakap.

Serius selepas semua yang aku alami tu, aku semakin takut untuk kenali orang baru, aku terasa yang aku tak layak untuk dijadikan kawan. Aku takut nak letakkan kepercayaan pada orang, sebab setiap kali aku percayakan orang, dengan mudahnya orang akan hancurkan kepercayaan tu. Aku nak sangat ada kawan yang setia macam orang lain, tapi aku serik untuk hadirkan orang baru dalam hidup aku yang aku boleh jadi erat. Sejak hari tu, aku tak pernah mulakan sesuatu perbualan mahupun menegur orang terlebih dahulu melainkan mereka yang akan tegur aku dulu.

Aku harap sangat yang aku boleh jadi lebih mesra dengan orang. Aku dah pernah cuba tapi end up tiada apa apa yang istimewa. Malah aku jadi lagi nervous nak kenali orang dan berhadapan dengan sesiapa secara face to face. Kalau ada yang boleh tolong aku, aku nak sangat. Aku pernah terfikir, sampai bila aku akan jadi macam ni. Sikap aku yang begini boleh jejaskan potensi aku, lebih teruk lagi aku akan susah untuk survive dalam society. Mungkin dari luaran aku nampak okay, tapi dalam fikiran aku, sangat serabut memikirkan sikap aku sendiri.

Semoga ketakutan aku tak bertambah teruk lepas ni. Mungkin aku takkan ada kawan. Hidup bersosial susah bagi aku. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Maya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *