Aku Takut Miskin

Nama aku Salma. Umur aku 21 tahun, aku kerja sektor swasta. Hobi aku dengar lagu jiwang negara jiran, main CC dan menulis. Aku just nak cerita pasal masalah aku hadapi sekarang, sebab saje, sekadar nak berkongsi sebab dah biasa jadi silent reader kat iiumc ni. Biasa baca time kat tempat kerja, diam2 kat tab company. Siapa yang kenal aku siapa, tahulah. Aku just nak cerita pasal aku, sebab kat iiumc ni banyak pendedahan yang buat aku fikir, oh dunia ni banyak jenis orang rupanya.

Aku ni nak cerita pasal duit. Sebenarnya dari tempat kerja tadi aku dah terfikir nak post. Aku biasa baca iiumc ni untuk mencari ilham, untuk fikir oh, manusia ni banyak jenis isu dia. Bukan aku sorang je. Aku ni bujang. Ada banyak pakwe2 yang memberi janji palsu, jadi aku pilih sekarang untuk menyusur bait-bait hidup kali ni seorang diri. Tapi aku kawan ramai, kawan yang sanggup susah senang. Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Hidup.

Aku earn lebih kurang 2k, tambah tolak sebab aku makan commission. Allowance company aku banyak, walaupun basic 1.3k, tapi bulan depan insya Allah, aku dah confirm, tambah lagi seratus. Aku kerja service industry dah lama. F&B terutamanya. Sekarang aku belajar sambilan ambil STPM part time, time kerja biasa aku belajar time takda orang. Aku memang suka belajar orangnya tapi takda rezeki nak sambung diploma. Ada je tak kena. Tapi harini lepas aku dah meleret panjang pasal diri aku, aku nak cerita something pasal aku. Sebab aku rasa cam aku tak normal.

Aku ni nak beli tepon sebenarnya. Aku nak sangat beli tepon. Ada kawan aku tunjuk tepon dia, Honor 8X. Tepon aku OK je tapi model lama. Yang aku tak senang, sebab model lama, dia 16GB je. Nak pasang memory card pun, asyik kata takleh support la, corrupted la. Sekarang aku pakai P9 LIte, aku beli kat Pasar Karat satu masa dahulu. Tapi takat tengok youtube tu boleh la, tapi nak download something pun kena delete something else. Aku tak perlukan banyak memory space pun, sekadar tak payah nak delete pastu bila nak pakai, kena download.

Tu niat aku. Tapi masalah aku?

Aku takut miskin…

Kalau perspektif korang, korang boleh google Honor 8X, dia cam RM850 je. Gaji aku 2k tambah tolak, bapak aku bagi RM800 sebulan/RM200 seminggu. Aku tinggal hostel company, siap2 dah tolak dari gaji RM120 je, pastu aku infak kat ayah aku lebih kurang RM150. Mesti korang pelik kan? Apa point aku bagi kat bapak aku kalau bapak aku bagi duit belanja bulan2? Sebab time skola dulu, bapak aku kata kalau dah besar, ada gaji nanti, bagi mak ayah sikit pun takpa. Asalkan bagi.

Rasa cam takda beza pun kan? Aku bagi tu memang celah taik gigi je untuk bapak aku yang kerja bank dah berpuluh tahun, gaji pun dah berpuluh ganda dari aku dah sebulan. Tapi tiap kali aku bagi bapak aku kata ”huuu”‘, maksudnya dia hepi la. Pastu dia cite2 la kat kakak2 aku, gembira sangat dengan RM150 aku bagi tu. Bapak aku salah satu insan yang aku paling tak faham tapi kalau dia bahagia, aku bahagia.

Berbalik pada cite aku, aku ni takut miskin. Dulu, dua tahun aku diambang kedaifan. Siapa boleh teka kenapa?

Jantan…

Aku rasa banyak orang pun dah boleh teka agaknya. Aku dua tahun dengan sorang laki ni, kononnya tangkap cintun la. Habiskan semua duit aku, simpanan aku. Sanggup ikut dia kemana sahaja, kononnya atas nama cinta. Aku ni wanita biasa sahaja, banyak kekurangan. Dan aku alpa dengan cinta. Kerana dia, aku sanggup tinggal berdua dengan dia kat bilik di Chowkit, dengan pepijatnya, dengan foreigner, bilik kotak kasut (takda tingkap). Takyah cite pasal berkuap dia. Aku tak dengar cakap bapak aku, camnilah. Sanggup aku herdik bapak aku dulu time dia tak bagi duit tolong aku, aku cakap dia bapak yang tak guna.

Sampai sekarang, aku tau, bapak aku terasa dengan kata-kata aku. Dan tiap hari aku minta Allah ampunkan dosa aku. Tapi aku susah, sanggup berlapar. Kerja kuat tapi kadang sehari makan roti garden 80 sen. Kadang makan dua hari sekalii. Sanggup kerja teruk2 untuk dapat duit nak bagi makan dia. Dia dah la pemalas, baran, dayus, jenis yang nak duit cepat kat tangan, kaki betina. kalau kau google ciri-ciri lelaki tak guna, aku tak terkejut kalau keluar muka dia.

Semua yang aku bagi dia, dia balas dengan nista. Dipukulnya aku macam aku ni haiwan. Pernah lepas dia cekik aku time tidur, dia cakap kat aku, sehari dia tak nampak aku nangis, dia tak puas. Selagi dia tak pukul aku sehari, dia takkan puas.

Tapi aku dah move on. Macam mana aku lari dari dia, mungkin nanti aku cerita. Macam telenovela, kalau admin approve cerita aku yang ni la kan. Camne aku nak cite in the first place kalau awal2 pun tak dipublish.

Kalau kau kawan kerja aku, korang akan tau aku macam mana. Aku ni seorang yang sangat bersederhana. Baju aku sikit, pakai pun ulang2. Kalau aku beli pakaian pun, jarang dari kedai kat mall. Biasa baju aku semua cap bundle. Income aku bulan-bulan dikira 2800 kot, aku hidup sendiri takda tanggungan, tapi aseh, baju semua lama2. Tapi aku bukannya haji bakhil.

Kalau untuk orang lain, aku tak kisah. Takut miskin tapi bukan haji bakhil. Kalau siapa yang tak makan, yang tengah2 bulan takda duit, sesak, senang cite diorang cari aku. Sebab semua orang tau, aku je yang ada duit time tu. Account aku ada RM500 lebih tengah bulan, dah simpan duit dalam ASNB pun aku akan tengok, monyok takda mood satu hari fikir kat diri sendiri, makan megi la takda duit dah ni. Psycho kan? Aku tau.

Aku tak tau bila mentality aku nak berubah. Dalam otak aku, walaupun aku ada simpanan, aku sentiasa takut miskin. Aku takut something jadi, pastu aku tak cukup duit untuk selamatkan diri sendiri. Biasanya takda benda jadi pun, tapi otak aku sentiasa ada bisikan, ‘Kau tak takut ke, siapa nanti nak tolong kau?’

Aku sendiri takut dengan diri sendiri, kau tau. Still ada duit pun sanggup jalan pergi kerja, sebab tak nak isi minyak kereta. Sanggup makan megi je seminggu sampai pening kepala sebab takut tak cukup until gaji next month walaupun baki dalam account ada RM400 lagi. Bila aku rasional cam time sekarang ni, okay la. Aku masih waras. Tapi tengok la time duit aku tinggal RM300 ke RM400, korang tengok aku meroyan macam mana.

Namun begitu, aku dah tekad. Esok aku akan beli tepon RM800 tu. Aku nak try main PUBG. Aku tak nak hidup dengan bebas! Aku nak jadi wanita yang bebas! Bebas tanpa takut dengan kemiskinan. Aku nak try main PUBG dengan tepon baru aku.

Aku tak nak takut miskin dah. Aku tak miskin dah. Salma, kau tak miskin dah. Doakan aku ye, itu je aku minta. Jadi aku ni kurang psycho. Banyak lagi aku boleh cerita, liku hidup aku ni best juga, kelakar pun ada juga. Harap admin luluskan. Boleh cite lagi.

Assalamualaikum..

– Salma

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *