Pernah dengar tak artikel tentang,
“Tidak sah pernikahan itu sekiranya pernikahan itu berlangsung semasa wanita itu sedang hamil.”
Pernah?
Soalan saya: Bagaimana pula sekiranya wanita itu tidak mengetahui tentang kewujudan janin di dalam rahimnya.
Memang tidak tahu.
Barangkali ada antara kalian yang akan tanya/kata,
“Mana mungkin kau tidak mengetahui tentang kewujudan janin di rahim-mu sendiri. Period bulananmu bagaimana?
Sekurang-kurangnya tidakkah kau melakukan urine test yang dijual dengan murah di farmasi berdekatan?”
Si empunya diri telah melakukan urine test, namun negatif.
Telah ke klinik, doktor memberikan ubat, namun tidak berlaku apa-apa.
Period tak mari juga.
Ya, loya, mual, banyak petandanya, namun bila dilakukan lagi urine test tetap negatif.
Dia fikir mungkin cuma gastrik yang menyebabkan dia mual muntah-muntah kerana sering lambat makan.
Period tak ada mungkin kerana hormon yang tak stabil.
Masih tidak tahu diri sedang hamil.
Namun kerana rasa bersalah telah terlanjur, dia bernikah dengan lelaki itu.
Setelah semuanya selesai, berlarutan lagi segala ketidakselesaan si isteri.
Ke klinik lagi dengan segala kemusykilan.
Positif hamil.
Check usia kandungan – 14 minggu.
Pelik! 2 kali check sebelum itu semuanya negatif.
Kemudian tersebar info berkenaan pernikahan yang tidak sah sekiranya sedang hamil.
Persoalannya: Wanita itu tidak mengetahuinya? Bagaimana?
Bolehkah kiranya saya mahu dalil Qur’an untuk anda kemukakan jawapan anda.
Persoalan kedua: Benarkah wanita yang mengandungkan anak luar nikah ini ditarik rasa sakitnya, ditarik juga pahalanya ketika bersalin tidak seperti wanita lain?
Adakah itu bermaksud sekiranya wanita itu mati ketika melahirkan anaknya, dia tak mungkin mendapat ganjaran mati syahid seperti wanita lain?
Saya mohon jawapan anda berserta dengan dalil, malah juga diikuti dengan cara apa yang harus dilakukan olehnya.
Manusia ini pernah berbuat kesilapan, dan mahu diberi peluang untuk menjadi yang baik pada Allah.
Mohon bantu…
– mystake (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit