Aku Tempah Neraka Sendiri

Salam semua. Aku nak buat satu pengakuan. Sebab aku rasa bersalah sangat. Tahun 2020 ni amatlah memberi dugaan padaku. Mungkin iman pun tak sekuat mana. Jadi terjatuhlah aku ke lembah dosa.

Ye aku sedar dengan setiap apa yang aku buat semua dalam keadaan waras. Maaf kalau content ni hambar dan menjijikkan, boleh skip kalau tidak suka. Aku pun tak suka diri aku sendiri.

Aku seorang perempuan dan wife kepada sang Suami-Epal. Selama hidup aku tak pernah aku curang. Baik sebelum aku kahwin, masa bercinta monyet pun tidak pernah aku terfikir nak buat benda alah ni.

Walaupun aku ramai kawan tapi jujur tak pernah aku curang dengan pasangan aku. Tapi aku selalu saja di curangi berkali-kali dengan ex aku. Cuma dengan Epal memang tak pernah dia curang. Sebab tu aku proceed terima lamaran dia. Sebab aku rasa he is the one and only.

So far kehidupan aku dengan Epal baik-baik sahaja. Pergi kerja balik kerja, dating everyday (no rezki babies) dan house chores pun sama-sama buat.

Boleh aku katakan dia adalah “husband material” yang ramai wanita dambakan dan aku lah the luckiest wife dalam dunia ni. Betul aku tak tipu. My parent sangat sayangkan Epal dan takut bila aku cakap nak cerai.

Orang tua-tua kata 5 tahun pertama fasa dugaan tu berat untuk orang baru kahwin ni. Jadi aku dalam kategori ni lah. Ade dua tiga kali aku minta cerai. Tapi Epal tak nak.

Dia guna cable bapak aku lah. Memang bapak aku basuh aku cukup-cukup. Yang menang of course menantu kesayangan dia.

Aku minta cerai pun bukan sebab apa sebab aku tak tahan dengan family in law. Memanglah betul kata bapak aku yang Epal tak pernah bersalah dalam segala masalah yang kami hadap ni tapi tu kan family dia.

So consider dia being apart lah dalam masalah keluarga dia. So tempiasnya kat aku. Aku tak rasa kalau korang kat tempat aku korang boleh tahan dengan perangai “materialistic” in law aku ni.

Aku tertanya macam mana rasanya ada mertua. Sebab aku tak dapat rasa semua tu. Aku rasa no point perkahwinan ni sebab ibarat macam aku nak anak dia saja tapi family dia aku taknak. Padahal aku ni sayang ni dengan family in law aku pada awalnya.

Tapi dorang selalu bagi bad experience pada aku. Setiap apa yang dorang buat semua masih segar dalam ingatan aku. Ini jugak point aku setiap kali gaduh dengan Epal. Aku rasa penat nak hadap family dia yang entah apa2 suka menyusahkan.

Selalu aku bandingkan cara family aku santunin dan layan Epal sebagai menantu dan ipar. Lain pula yang aku dapat dari family Epal. Bagi dorang aku ni orang luar saja.

Aku ni dah berkali kena hina tak boleh mengandung dengan adik beradik Epal. Mak dia apatah lagi, tumpang sekaki. Tak faham. Wanita dengan wanita ni masih tak boleh jaga hati sesama sendiri ke? Yela kalau tak ada baby lagi of course lah perempuan yang di aim dan di salahkan.

Kot aku saja yang kena korang tak lagi. Sakit tu ya Allah…makan hati saja tau. Epal yang problem actually, tapi bila aku ajak buat rawatan di tangguh2nya.

Ego lelaki pula kan, aku faham. Tidak lah aku pressure dia. Tapi yang kena hadap ni aku saja. Sebab aku sayangkan Epal lah aku terima saja apa orang kata.

Tapi silap aku satu ni, aku curang dengan Aqil. Ye aku curang. Dengan orang satu taman aku pula tu. Setiap hari aku chat, kalau ade masa free video call dan sometime tu pergi makan sama-sama.

Aqil tahu saja aku isteri orang. Dia pun pernah saja jumpa Epal. Masing2 memang agak selalu terserempak. Aku pula selalu sorang2 sebab Epal kerja shift aku kerja office hour.

Aku ni sedar saja aku nak hilangkan bosan nak lupakan masalah aku cari Aqil. Tak kurang dengan Aqil, sama juga kan niat dia lagipula dia bujang merantau di kota Kuala Lumpur ni tak ada saudara mara di sini.

Aku taktahu lah kan kalau dia betul2 ada perasaan kat aku. Yang aku tahu kami rapat. Perkataan i love you tu murah sangat. Macam dah tak ada meaning kat aku.

Basically kami ni tahu batas nye sampai mana. Aqil pun tak ada ambil kesempatan dekat aku. Korang faham sendiri lah eh. Aku dengan Aqil just texting, ada bila perlu saja.

Dari sebelum PKP aku dengan dia. Tahun ni lah pertama kali aku curang. Aku pernah saja nak stop buat semua ni sebab aku ni dalam keadaan sedar tau. Aku tahu benda ni salah. Tapi entah, tak sampai sehari dua kami akan contact balik.

Aqil pernah saja tanya bila nak cerai sementara belum ada baby lagi. Aku tanya balik kalau aku cerai kau nak kahwin dengan aku ke? Lepas tu dia kata ya sebab dia dah sayang dan aku ni lain dari perempuan lain.

Aku tak faham sebab Epal pun selalu cakap macam ni kat aku. Aku tak tahu apa yang lainnya. Aku akuilah Aqil ni kira stabil juga dibandingkan dengan Epal.

Mana tak nya Epal tak stabil2, in law aku tak habis2 ganggu kami kan. Percaya atau tidak, aku masih tiada simpanan. Sebab simpanan aku semua di korek nak bantu renovate rumah lah segala macam.

Dalam tahun ni juga aku pernah cakap kat Epal aku dah tawar hati. Kalau jadi apa2 kt rumahtangga kita ni jangan salahkan diri awak, semua sebab family awak saja. Sebab aku dah tak tahan sangat dengan covid19 lagi semua pressure tau.

Dengan aku tak ada simpanan langsung. Aku risau sebenarnya. Duit aku nak buat rawatan dengan Epal pun sikit2 di gunakan bagi family dia. Takkan aku nak loan dekat bapak aku saja kan.

Lepastu Epal nangis2 minta maaf sebab dia tak sedar aku ni makan hati dan pendam dah lama sangat sampai nak meletup. Dia janji nak berubah, nak kuatkan pendirian lah kononye tapi semua tu sementara saja. Lepas tu family dia berjaya saja bolosi pendirian Epal tu.

Alasannya nanti jadi anak derhaka. Isteri boleh di ganti. Taktahu aku nak react apa dengar macam tu. Aku pula berjaya melihat dan sambung makan hati. Sebab tu lah aku bertahan lamanya dengan Aqil ni. Aku macam takde perasaan dah.

Aqil dengan Epal masing2 good looking. Dulu aku rasa tenang dengan Epal sekarang kalau dengan Aqil aku rasa perasaan tu.

Entahlah, aku rasa macam dah tak redho nak bantu Epal. Aku taktahu macam mana nak selesaikan masalah toxic keluarga dia ni. Memang patutlah ibu mertua aku tu kena cerai dulu dengan bapak Epal.

Aku fikir kalau 10 tahun aku dengan dia takkan 10 tahun aku nak hadap benda sama setiap hari.?

Kalau korang tanya aku, aku masih sayang ke tidak dekat Epal… jawapannya masih. Kalau korang tanya boleh tak aku nak lepaskan Aqil?

Jawapannya boleh. Aku tak harap kat siapa2 pun.

Sekarang ni aku masih dengan Aqil. Aku pernah saja tanya Aqil kenapa tak sentuh aku yela orang macam aku ni lah buaya senang nak ambil kesempatan kan.? Dia kata dia tahu aku ni baik dan semua jadi pun bersebab. Bukan aku yang nak kan.

Dia pun tahu posisi dia kat mana. Sebab masa dia dapat contact aku pun lama juga nak try minta. Mesti aku bagi pun bersebab. Kalau dekat mata orang aku dengan Epal mmg loving couple.

Aku taktahu lah dosa aku ni di ampun kan ke tidak… Aku sayang rumahtangga ni aku cuba nak baiki tapi kalau aku saja yang ada effort tu susah juga.

Sekarang ni ibu mertua dengan aku dah macam ada silent attack. Of course lah Epal jadi mangsa sini bini sana mak. Mak dia dah start buat tak layan Epal. Ya Allah dugaan apa ini.

Aku cadang nak stop relationship dengan Aqil tapi tak tahu juga nak start dari mana. Sebab dah terlalu selesa. Kalau aku jujur dekat Epal taktahu lah apa jadi nanti.

Eh tiba2 aku pening sendiri dengan masalah yang aku cipta sendiri. Btw aku dah slow jumpa Aqil. Banyak alasan aku bagi harap dia bosan lah dengan aku. Hish apa lah nak jadi dengan aku ni!

– Lemon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *