Aku Terciduk Pelaburan Kripto

Salam kepada semua pembaca IIUM Confession, aku nak luahkan kisah aku tengah rugi dalam pelaburan matawang kripto agar menjadi panduan kepada semua.

Kripto ialah matawang atau aset digital, yang paling popular ialah Bitcoin.

Pada bulan Jun 2020, aku telah masuk satu group di facebook yang banyak share pasal pelaburan.

Pelbagai pelaburan yang dikongsi oleh ahli-ahli seperti Wahed Invest, Best Bank Islam Invest, Raiz PNB Invest, HelloGold, ASB, saham dan sebagainya.

Namun yang paling banyak dikongsi ialah berkenaan dengan pelaburan kripto kerana paling menguntungkan.

Ramai join pelaburan kripto setelah BNM melalui Suruhanjaya Sekuriti benarkan dan patuh syariah jika menggunakan platform tertentu, ada 3 platform kripto yang BNM iktiraf.

Aku join fb group tu sejak Jun 2020, tapi aku tak labur apa-apa.

Tetapi pada awal tahun 2021, aku tertarik apabila ramai orang yang share diorang dapat keutungan yang sangat banyak apabila melabur dalam kripto, profit 1000% adalah normal, jutawan adalah normal.

Apabila kripto mula mencatat keuntungan luar biasa, ada yang mula perli sesiapa yang melabur dalam instrumen lain seperti ASB, Tabung Haji, Wahed Invest dan sebagainya.

Malah, sesiapa yang beli saham di bursa juga mula diperli kerana pulangan sedikit berbanding kripto.

Akhirnya aku decide untuk melabur dalam pasaran kripto pada April 2021, aku telah join satu group telegram seorang sifu kripto.

Dia telah bagitahu beli kripto sekian-sekian yang berpotensi naik harga, dia juga share screenshot ramalannya sebelum ini semuanya tepat 100%.

Yakin dengan sifu kripto, aku pun melabur duit simpanan aku.

Mula-mula untung. Apabila pasaran menurun sedikit, sifu kripto ini telah sarankan untuk topup untuk beli lagi banyak kerana harga yang murah.

Sifu kripto ini juga aktif promote referral untuk kripto – kripto baru yang dalam proses pembangunan dan akan masuk dalam pasaran dan mengatakan fundamental sangat kuat.

Sifu juga kata ramai akan jadi jutawan kripto nanti di Malaysia jika beli kripto-kripto berkenaan. Aku pun beli banyak lagi kripto yang akan masuk pasaran ini.

Namun, semuanya berubah pada pertengahan Mei 2021, apabila pasaran kripto merudum, 99% peratus kripto jatuh harga gila-gila, aku rugi berpuluh ribu ringgit duit simpanan aku.

Sifu kripto kata jangan jual, teruskan menyimpan, nilai akan naik nanti. Sifu kripto suruh topup sebab harga rendah sekarang, boleh beli banyak lagi.

Pada masa yang sama, Sifu kripto mula promote coin lain pula yang berpotensi naik harga.

Apabila aku fikir balik, aku rasa orang yang beli kripto awal sangat bertuah terutamanya sifu aku, dia masuk pelaburan kripto peringkat awal, sebab tu sekarang dah jutawan.

Lepas tu ada networking lagi, followers beribu, referral bonus dan affliate boleh buat modal. Jadinya aku tak boleh banding diri aku dengan keuntungan sifu aku, kena realistik.

Sehingga ke hari ini 9 Jun 2021, pasaran kripto makin menurun, rugi aku makin bertambah.

Sifu mengatakan pasaran kripto akan pulih bulan Jun ni, aku harap apa yang sifu ramalkan kali ini menjadi kenyataan.

Tolong doakan semua.

– Jefri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *