Aku Terlalu Gopoh

Assalamualaikum readers. Terima kasih admin kerana post confession saya.

Serba ringkas tentang saya. Saya seorang wanita, hujung 20-an, orang utara, bekerja dalam sektor industri swasta, bujang dan sedang mencari jodoh.

Ya, sehingga kini masih mencari. Bukan terlalu memilih, tetapi lelaki yang pernah mendekati saya alhamdulillah sudah bernikah semuanya.

Tipu kalau saya kata tidak kecewa. Allah menjadi saksi kesedihan saya. Sejadah tempat saya melepaskan segalanya.

Saya redha dengan ketentuan Allah dan mungkin kerana bukan jodoh saya dengan mereka.

Dan hari ini, saya merasakan seolah-olah saya yang salah kerana terlalu gopoh.

Ceritanya begini..

Dalam pencarian saya mencari pasangan hingga syurga ni, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi cari jodoh yang agak terkenal. Lelaki tersebut tua dua tahun dari saya.

Sepanjang saya join apps tersebut dia lelaki pertama yang saya kongsikan nombor peribadi saya. Mungkin kerana hati saya juga terusik?

Entahlah..

Seperti biasa apabila mula berkenalan kami banyak berkongsikan info masing masing seperti mengenal hati budi, keluarga, pekerjaan dan sebagainya.

Ya dia baik dan dia juga mahu berkenalan secara lebih serius. Date to marry la kata orang.

Begitu juga dengan saya kerana bagi saya, saya hanya ingin mengenal hati budi dan terus ke step seterusnya which is bawa jumpa mak dan ayah dan bertunang.

Kami berjumpa beberapa kali seperti keluar makan bersama, bersiar-siar di tepi pantai, beriadah di tempat rekriasi untuk kenal lebih rapat.

Jangan risau kerana setiap aktiviti yang kami lakukan, saya akan membawa adik, atau kawan baik saya bersama kerana saya sangat malu dan takut keluar berdua dengan lelaki walaupun di tempat awam.

Sepanjang saya mengenalinya, saya merasakan dia serius mahukan saya.

Namun, panas yang saya sangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kerana saya merasakan saya telah ditipu olehnya.

Dia memberitahu saya bahawa dia bekerja di sebuah company dan berpangkat rendah. Saya terima seadanya walaupun pangkat saya lebih tinggi dan sudah tentu pendapatan saya sendiri lebih dari beliau.

Tetapi, saya agak curious kerana lelaki ini sepertinya tidak sesibuk dengan kerjanya seperti kebanyakan orang yang bekerja sama seperti beliau.

Suatu hari saya bertanya kepada beliau kenapa beliau free waktu itu sedangkan shift beliau belum habis. Katanya kerja tak banyak waktu itu jadi free untuk whatssapp saya. Tapi hati saya tidak sedap.

Sampailah suatu hari beliau mengaku yang beliau tidak bekerja di company tersebut. Dalam erti kata lain telah menganggur beberapa bulan kerana berhenti kerja di tempat kerja lama.

Beliau baru sahaja berjaya dalam interview baru-baru ini dan akan mula bekerja tidak lama lagi.

Saya berasa marah dan kecewa ketika itu. Saya tanya kenapa menipu?

Beliau beritahu jika beliau mengaku sedang menganggur sudah tentu saya tidak mahu berkawan dengannya. Dan beria-ria beritahu saya yang beliau baru mendapat pekerjaan baru.

Waktu itu saya rasa tertipu. Saya berasa kecewa kerana ditipu tentang status pekerjaan beliau. Dan saya mula tidak percaya lagi dengan beliau. Bagaimana saya hendak meneruskan hubungan tanpa kepercayaan?

Lalu saya beritahu beliau lebih baik hidup tidak berharta daripada tidak jujur. Kerana bagi saya kejujuran adalah akar sesebuah perhubungan.

Lalu saya meminta diri daripada terus berhubungan. Beliau meminta maaf berulang kali namu saya pilih untuk tidak menghiraukan beliau.

Ya, perkenalan kami hanya dua bulan dan saya menarik diri kerana rasa tertipu.

Namun, hari ini setelah sebulan saya menghiraukan beliau, saya rasa bersalah pula kerana tidak memberi peluang kedua kepadanya.

Betulkan tindakan saya? Adakah saya terlalu gopoh menyalahkan beliau? Atau perlukah saya menghubungi beliau semula dan memberikan peluang kedua?

Yang keliru,

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *