Assalamualaikum pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudah sudi membaca luahan hati aku disini.
Aku merupakan seorang pekerja dalam sektor awam di Malaysia, berpengalaman cuma 2 tahun.
Aku sudah berumah tangga selama 2 tahun 6 bulan dan baru dikurniakan seorang cahaya mata tahun lepas.
Pada mula perkahwinan kami, suami yang bekerja dalam sektor swasta memperolehi pendapatan yang cukup untuk menyara aku dan keluarganya.
Memandangkan dia anak sulung, jadi dia bertanggungjawab untuk mencukupkan keperluan ahli keluarganya.
Masalahnya bermula ketika aku baru masuk kerja. Memandangkan kerja di sektor awam, berpendapatan permulaan 2k, suami mula kurangkan perbelanjaan terhadap aku.
Sampai satu tahap, dia tidak langsung memberikan nafkah dari segi wang ringgit untuk aku belanjakan.
Pada mulanya aku berdiam diri, berfikir, mungkin suami tidak mempunyai kewangan yang kukuh memandangkan syarikat yang dia bekerja semakin merosot penghasilan jualan.
Mungkin juga suami tidak lupa akan tanggungjawabnya dan perkara ini hanya berlaku dalam jangka masa sekejap.
Setelah beberapa ketika, aku dapat tahu rupanya suami sudah melabur banyak dalam satu unit pelaburan saham dan 60 peratus gajinya habis disitu.
Ya, aku masih mampu mencuba untuk paham dan sabar ketika itu.
Tahun lepas, aku mula mendapat jawatan tetap di jabatan aku. Pada waktu itu, kami mula mencari rumah.
Kebetulan ada rumah yang dalam range kami mampu untuk membayarnya. Kami pun bersetuju.
Salah aku, letakkan expectations. Aku expect mungkin suami akan mula mengurangkan komitmennya dari membayar segala expense rumah (kami duduk dengan mertua).
Mertua juga mengharapkan suami aku membayar yuran pengajian adik bongsunya (tidak ambil ptptn).
Aku buntu, aku tahu aku ada hak untuk bersuara. Aku beritahu suami supaya adik bongsunya mengambil ptptn. Sekurang-kurangnya kurang sikit belanja yang keluarganya tanggung.
Suara aku dipandang sepi. Tapi tidak mengapa, aku masih bersabar dan cuba paham.
Kini, aku sudah melahirkan seorang putra, belanja kos kelahiran kami minimakan.
Segala keperluan, suami lengkapkan tapi sesen pun tidak dia keluarkan. Ayah aku bagi wang untuk kos beli peralatan.
Aku ralat. Sepatutnya suami yang bertanggungjawab. Sehingga kini, hampir semua kos untuk anak (susu, pampers, baju) semua wang dari aku.
Aku buntu. Aku mahu meminta dari suami. Tapi aku tahu dia juga terdesak. Duit gajian aku 99 peratus habis untuk kehidupan aku, anak dan rumah.
Duit makan untuk ditempat kerja juga aku tidak punya. Hari-hari aku gagahkan diri masak, bawa bekal. Duit minyak ke tempat kerja juga aku jimat-jimatkan.
Aku buntu, terdesak dan kecewa. Mungkin ini takdir. Mungkin ini ujian.
Tapi satu pengajaran bermakna yang aku peroleh, dalam hidup ini jangan letakkan ekspektasi pada sesiapa.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit