Aku Tersepit Antara Suami Dan Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nama aku Mahu Kuat. Umur 30an. Sudah berkahwin, sebab tu tajuk aku tersepit antara suami dan ibu. Ada anak, tapi tak ramai.

Ibu aku baru je keluar rumah dia. Sekarang dia banyak tumpang rumah anak². Aku taknak cerita banyak sangat pasal kisah keluarga aku tu.. Cuma sekarang aku tersepit antara suami dan ibu ku.

Ayah aku dah meninggal. Sekarang ibu aku duduk rumah aku. Suami aku macam tak selesa.

Sebagai isteri dan anak. Aku tersepit. Layanan suami aku dah makin lain. Tak kan aku nak kata dekat ibu aku suruh balik.

Aku sedih… aku penat. Aku sayang ibu aku, tapi dalam masa sama tak kan aku nak jadi janda? Hahaha. Pepelik je ek aku fikir ni.

Korang doakan aku kuat boleh? Kalau ikutkan banyak sangat aku nak bercerita, tapi ni aku ringkaskan jela..

Banyak terjadi dalam hidup aku. Orang ingat aku hidup senang, kaya, dan happy. tapi itulah. Aku kena banyak bersyukur dan redha kot?

Tadi aku tanya sepatah, suami aku jawab sepatah. Entah lah. Mesti korang ingat remeh sangat kan masalah ni. tapi ni baru 5% dari cerita² yang aku pendam je.

Kalau ada yang nak baca nanti aku sambung lah. Nak mandi jap. Baru balik kerja.. tak kerja nanti kena hina je. Sobs sobs..

– Mahu Kuat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ibu ni 1 aje.Tak boleh dibeli lain di kedai serbaneka.

    Suami tu bila2 masa boleh lafaz cerai dkt kau.Takkan nak kena ajar pula benda mcm ni?

    Percayalah bila ibu ko dah takde atau mati..hidup ko akan rasa sepi sesepinya kosong dunia ni.

    Kalau ko rasa lbh syg suami berbanding mak sendiri yg bawa ko lahir ke dunia ni..ayuh…halau je mak ko duduk rumah org tua2…semoga mendapat balasan kelak anak2 plak buat ko benda sama….

  2. 1st try heart-to-heart dgn husband dulu tya kenape dia mcm tu. Mungkin ade perkara yg ibu sis buat dia kurang senang. Kalau ade sis kene tegur elok2 mak sis. 2nd klu mak sis lama sgt rumah sis pom xelok jugak, elok ajak adik bràdik utk gilir2 jaga mak sis. 3rd mungkin sis boleh cadangkan mak sis utk tinggal di Pondok pengajian agama. Byk skrg tempat2 mcm tu khas utk org tua belajar agama. Weekend sis boleh melawat mak sis atau kdg2 mak sis boleh stay umah sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *