Aku Tewas, Dan Mesti Bangkit Semula

Hi, namaku LinLin (bukan nama sebenar), perempuan, umur hampir 40 tahun, bujang, bekerjaya baik.

Semalam, 21 September 2021, aku didiagnosis oleh pakar psikiatri sebagai Mild Depression. Satu perkara yang aku sangat-sangat tak sangka. Rasa tertampar sangat di muka ini.

Lepas kena diagnosis, doktor meminta aku buat ujian electrocardiogram (ECG). Nurse yang buatkan ujian itu berkali-kali ulang ECG tersebut sebab bacaan tak cantik.

Mulanya ingatkan sebab smart watch yang aku pakai, tapi lepas buka pun tetap bacaan tak cantik. Nurse, doktor, pembantu perubatan semua hairan kenapa bacaan ECG aku macam tu.

Doktor buat surat rujukan dan rujuk aku ke Jabatan Perubatan pula. Sekarang sewaktu tengah menaip confession ni, aku sedang tunggu panggilan telefon daripada hospital untuk buat ujian selanjutnya.

Confession ini untuk aku luahkan apa yang terbuku di hatiku saja. Bukan untuk minta nasihat apa-apa. Bila dah luahkan ini, aku harap dapat berkuranglah sikit keresahan hati dan fikiran.

Aku malu. Yang tahu pasal diagnosis aku ni hanya seorang kakak angkatku yang sentiasa ada untuk aku. Aku tak beritahu keluarga, kerana nanti mereka terus judge aku banyak dosa.

Ya, keluarga aku akan cakap aku kurang berdoa, tak jaga solat, tak dengar ceramah agama, tak ingat Tuhan.

Pada mereka, orang sakit mental ni tak ingat Allah. Ayat-ayat ini dari dulu sampai sekarang asyik keluar dari mulut mereka, hanya sebab aku belum berkahwin. Sedangkan banyak doaku yang telah dimakbulkan oleh Allah. Betul, hampir semua.

Ibuku, walaupun sebenarnya dia cuma nak nasihat, tetapi ayatnya selalu buat aku sedih, sakit hati.

Dia selalu kaitkan situasi aku belum bertemu jodoh dengan kurang berdoa, banyak dosa, solat lewat. Sedangkan aku tak pernah beritahu sesiapa apa-apa urusan aku dengan Allah.

Sebab pada aku, ibadahku hanya antara aku dengan Allah.

Ya, aku solat awal waktu, sedekah selalu, baca al-Quran, berdoa tak kira waktu, berzikir, istighfar. Semua aku buat. Dalam fikiran aku, apa saja yang aku buat, aku kaitkan terus dengan Allah.

Sebab memang semua yang aku dapat, adalah daripada Allah. Tapi, disebabkan aku tak pernah bercerita apa ibadahku, aku dianggap banyak dosa, hanya sebab aku belum kahwin.

Di tempat kerja, sebelum ini aku terlalu banyak memberi pertolongan, sebab itulah sifat semulajadi aku.

Rupa-rupanya, bila kita terlalu banyak memberi pertolongan, kita lupa hendak tolong diri sendiri, menyebabkan aku suffer emotionally.

Kemuncaknya apabila aku diserang oleh satu manusia toksik sewaktu meeting, dan bos aku masa tu hanya mendiamkan diri dan tak backup aku. Sedangkan masa susah, akulah orang yang dicarinya, sebab orang lain semua unreliable (katanya).

Sejak itu, aku tarik diri daripada menolong apa-apa dalam jabatanku, dan aku berniat hendak tumpukan perhatian pada kerja-kerjaku sahaja.

Alhamdulillah, Allah kurniakan beberapa orang rakan sekerja yang sentiasa sedia membantuku. Cumanya, ada sajalah dugaan.

Dugaan yang buat aku geram, marah, sakit hati. Aku cuba bertahan, sabar. Duduk diam-diam dekat meja pejabat, fokus buat kerja sendiri.

Tapi di musim pandemik COVID-19 ni, memang banyak dugaan, terutama sekali urusan pembelian barang-barang import, yang membantutkan kerja-kerjaku.

Cerita tambahan: Aku berkawan rapat dengan seorang lelaki di tempat kerjaku. Ya, aku ada hati dengannya tapi dia tolak. Cuma, dia masih berkawan dengan aku.

Baru-baru ini aku menjauhkan diri daripadanya. Dia juga seperti tidak peduli. Tak apalah, aku reda. Heartbroken?

Yes, I admit it. Tapi, tak apalah. Aku reda. Aku anggap menjauhkan diri ini adalah peluang untuk aku re-empower diriku, ubah diri jadi lebih secure dan confident, dan fokus kepada sayang dan percaya pada diri sendiri. Self-love, self-care.

Aku fikir juga, bagus juga situasi ini terjadi, kalau tidak, aku masih tak sedar-sedar.

Cuma mungkin sebelum ini aku insecure dan obses dengan dia, menyebabkan aku suffer juga nak kawal diri sekarang ni. Tapi aku yakin aku boleh buat. I am persevere. I am worthy. I am amazing.

Berbalik kepada cerita semalam di Klinik Psikiatri, pada awalnya aku cuba tahan menangis. Pada masa itu, aku berjumpa dengan pegawai perubatan saja.

Kali kedua aku dipanggil masuk ke dalam bilik, seorang doktor pakar juga ada sekali. Entah macam mana doktor pakar ni tanya satu soalan, aku terus menangis teresak-esak.

Nasib baik pakai mask, kalau tak, mesti buruk rupa menangis, dengan hingus sekali. Aku tertekan sangat. Dah lama memendam rasa.

Doktor nak bagi ubat anti-depressant, aku cakap aku nak fikir dulu sebelum ambil ubat. Sebab aku tak nak bergantung pada ubat. Kalau boleh buat apa-apa homework sendiri dulu, aku sanggup buat, asalkan bukan makan ubat.

Bila tengok result ECG, doktor cakap jantung aku ada degup slow sikit tiba-tiba. Aku pun tak tahu. Ini pertama kali aku buat ujian ECG.

Sepanjang hidup, aku seorang atlet sukan. Sampai sekarang pun masih aktif bersukan. Cuma, kadang-kadang ada rasa macam pedih sikit kat dada kiri. Apa pun, aku tunggu panggilan daripada hospital dulu. Tengok macam mana.

Daripada pengalaman-pengalaman aku ni, aku dapat simpulkan bahawa aku lupa sayang diri sendiri. Aku juga insecure. Hasilnya, aku sibuk kejar orang, dan lupa fokus pada diri sendiri.

Mungkin ini juga adalah hasil doaku baru-baru ini, yang mana aku minta Allah bimbing aku untuk jadi lebih sayang, yakin dan hormat pada diri sendiri.

Aku ada belajar, bila kita fokus pada orang lain, orang lain itu akan fokus pada diri dia juga. Kita tukar fokus pada diri sendiri, nanti orang akan fokus pada kita. Kita sayang diri kita, love will come to us. Cuma, sayang tu macam mana? Entahlah… Aku penat.

Doakan aku…

Yang sedar,

– LINLIN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *