Assalamualaikum.. Ini kali pertama aku menulis confession di alam maya perihal diriku.. Jika ianya tersiar, terima kasih aku ucapkan..
Aku berumur 40 tahun dan merupakan anak ke 7 dari 9 beradik.. Aku berasal dari keluarga yang susah dan bapaku telah meninggal dunia 10 tahun lepas akibat serangan jantung..
Masa bapaku meninggal, aku tidak berada di sisi kerana 3 bulan sebelum tu, aku telah menerima tawaran kerja kerajaan di selatan tanahair..
Hibanya perasaan aku masa itu, Allah sahaja yang tahu.. Tapi aku harus akur akan takdirNya.. Moga arwah bapa ditempatkan di kalangan para solihin..
Pernah juga kehilangan abang dan adik kandung buat selamanya amat memeritkan.. Ok, habis part sedih keluarga aku..
2 tahun selepas itu, aku telah bertemu jodoh dengan suamiku sekarang.. Orangnya baik, sangat bertolak ansur dan memahami.. 3 tahun aku dan suami PJJ kerana aku bekerja di selatan tanahair manakala suamiku bekerja di pantai timur..
Tahun keempat kami berkahwin, syukur Alhamdulillah rezeki aku berpindah sama negeri dengan suami dan kami mula menyewa rumah.. Dalam tempoh kurang setahun, Alhamdulillah kami dapat membeli rumah kecil untuk kami berteduh..
Seperti pasangan lain yang berumahtangga, kami juga mengharapkan cahaya mata sebagai penyambung zuriat keturunan kami.. Kami telah berusaha tapi belum ada rezeki lagi..
Kami positif dan abaikan kata-kata negatif di luar sana yang tidak berada dalam situasi kami.. Aku pernah keguguran 3 kali, aku redha dan percaya.. Allah S.W.T tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan..
Dalam kami meniti alam rumahtangga yang pastinya ada pasang dan surut, suamiku telah diuji dengan pelbagai jenis penyakit,
Antaranya kencing manis, tekanan darah tinggi, hb (hemoglobin) rendah, buah pinggang gagal berfungsi dan perlu menjalani dialisis seumur hidup di usia 40 tahun..
Pernah suami tidak sedarkan diri beberapa kali akibat hb rendah, cepat-cepat aku panggil ambulans risaukan keselamatannya..
Pernah juga suamiku tiba-tiba terbangun dari tidur dan mengerang kesakitan (masa tu aku ingatkan suamiku migrain) dan hampir pitam..
Cepat-cepat aku panggil ambulans dalam keadaan kecemasan.. Pernah juga dalam kami berbual, tiba-tiba suamiku mengadu berasa sakit di ulu hati dan jantung bergerak laju..
Sepantas kilat aku bersiap dan membawa suami ke hospital untuk mendapatkan rawatan..
Pendek kata, aku kena bersiap sedia 120% menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang tak mengira waktu dan tempat.. Hospital bagaikan rumah kedua bagi kami..
Dalam keadaan aku yang bekerja waktu pejabat, aku pernah mengupah jururawat swasta untuk menjaga suami di hospital.. Juga meminta bantuan keluarga mertua untuk menjaga suamiku semasa aku sedang bekerja..
Setelah tamat waktu bekerja, aku terus bergegas ke hospital untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..
Aku bersyukur mendapat keluarga yang sangat membantu dari segala segi dan keluarga mertua yang baik dan sentiasa membantu menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan..
Banyak lagi sebenarnya ujian hidup yang aku dan suami tempuh.. Tapi cukuplah setakat itu sahaja yang aku coretkan..
Aku sekadar ingin berkongsi kisah dengan para pembaca, apabila kita menyerah seluruhnya kepada Allah S.W.T setelah berusaha, percayalah akan ada kemanisan di akhirnya..
Aku tidak kuat tapi aku mengutip semangat diri untuk menjadi tabah dan sabar atas ujian hidup yang mendatang..
Aku doakan para pembaca juga dimudahkan segala urusan dan diberkati selalu..
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit