Aku Tidak Mahu Menjadi Isteri Yang Nusyuz

Terima kasih IIUM Confession kerana menerima luahan hati saya untuk disiarkan.. saya cuma ingin berkongsi dengan pembaca budiman mengenai kisah hidup saya.

Saya berumur 33 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak serta seorang lagi masih dalam kandungan.

Alkisahnya saya seorang Doktor.. sebelum saya berkahwin dengan suami saya yang merupakan pilihan keluarga, saya telah jatuh cinta dengan rakan Doktor sehospital dengan saya pada ketika itu. Memang dia memiliki ciri-ciri yang sangat menjadi idaman saya.

Dia seorang yang sangat menghormati orang tua dan pesakit, seorang yang sangat komited dengan tugas, mudah mesra dengan sesiapa sahaja, suka bersedekah, bersemangat, penyayang.. pendek kata, semua ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dirinya.

Sebagai seorang wanita, saya berasa agak malu untuk meluahkan perasaan padanya. Namun saya cuba beranikan diri menghantar mesej berbaur ‘hint’ yang saya suka padanya. Namun agak sekian lama, rasanya cinta saya tidak berbalas kerana tiada respon darinya.. saya terasa agak hampa..

Sehinggalah suatu hari, ketika saya rasa sudah bersedia untuk menjalani kehidupan berumah tangga, ada kenalan yang datang ke rumah kami berjumpa dengan ibu. Dia ingin perkenalkan adiknya yang merupanya seorang guru dengan saya.

Oleh kerana berfikiran cinta saya tidak kesampaian, maka saya berusaha buka hati saya untuk orang lain yang belum pernah saya kenali sebelum ini.

Setelah istikharah, saya dihadirkan mimpi seorang doktor yang saya tidak nampak rupanya, berkata dalam mimpi saya, ‘saya akan menerima dan menyayangi keluarga awak seperti saya menyayangi keluarga saya sendiri’..

Seketika bangun dari mimpi, hati saya menetapkan, jika setiap keadaan ini dipermudahkan, maka saya terima siapa sahaja jodoh saya.

Saya menghubungi semula orang perantaraan kami dan berkata kepadanya, seandainya ‘dia’ betul-betul serious mahu jadikan saya isterinya, dia boleh datang ke rumah ibu dan ‘proceed’ untuk step seterusnya.

Akhirnya segala perjalanan pernikahan kami dipermudahkan.kami tidak bercinta seperti pasangan lain, tidak berdating dan sebagainya, tapi Allah permudahkan pernikahan ini. Alhamdulillah..

Walaubagaimanapun, semasa saya menjemput rakan-rakan untuk menghadiri majlis pernikahan saya, ketika itu barulah saya tahu bahawa Doktor yang menjadi lelaki idaman saya sebelum ini juga turut mempunyai rasa hati yang sama terhadap saya.

Dan dia tidak menyangka bahawa saya akan berkahwin dalam masa yang terlalu cepat itu.

Namun, saya percaya pada takdir. Seandainya kita baik, Allah pastikan hadirkan orang yang baik juga untuk kita.. sama juga dengannya, saya doakan dia juga akan dapat jodoh yang baik juga suatu hari nanti..

Berbalik kisah dengan suami yang saya kahwini, Alhamdulillah… Di awal perkahwinan kami sememangnya sangat indah.. saya bersyukur pada Allah kerana walaupun tidak pernah mengenalinya selama ini, namun, cinta selepas kahwin itu sememangnya indah..

Suami saya seorang yang baik, menjadi imam setiap kali kami solat, sentiasa menolong saya membuat kerja-kerja rumah, mengambil berat serba serbi tentang diri saya, menyayangi diri saya seadanya..

Sehinggalah kami mendapat 2 orang cahaya mata, dia memang seorang ayah yang baik.. semua kerja kami lakukan bersama-sama. Mendidik anak-anak, urusan rumah tangga dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dia juga ada kekurangannya yang saya masih belum boleh menerima sehingga kini.. sejak dari berkahwin, saya sangat menyayangi keluarganya, seperti saya menyayangi keluarga saya sendiri..

Setiap kali ke rumah ibu mertua, saya akan menyuruh ibu mertua saya berehat dari kerja-kerja rumah. Saya akan melakukan segalanya dari masak, mengemas rumah dan sebagainya ketika saya pulang kekampung..

Duit bulanan untuk ibu bapa mertua saya juga sama banyak saya hulurkan dengan suami seikhlas hati saya. Apa sahaja hadiah untuk ibu saya yang saya belikan, saya akan bagi benda yang sama untuk ibu mertua saya, cincin, duit, kasih sayang dan sebagainya.

Sumpah saya tidak pernah berkira dengan keluarga mertua saya hatta ipar duai anak saudara. Jika mereka datang ke rumah kami, kami muliakan mereka dengan tempat tinggal yang baik, serta makan minum yang sedap hasil air tangan sendiri.

Wallahi, saya tidak pernah berkira dengan keluarga mertua.. sama juga dengan suami, walaupun perbelanjaan rumah seperti makan minum, anak-anak serta pakaian kami,

Semuanya saya tidak pernah berkira walaupun ternyata saya yang membelanjakan lebih dari suami kerana suami bersifat cermat dan suka menabung.

Namun, lain pula di pihak keluarga saya sendiri.. 7 tahun saya berkahwin dengan suami saya, sehingga kini dia belum boleh menerima keluarga saya sepertimana saya menerima keluarganya sendiri. Dia tidak sukakan bapa tiri saya yang merokok (sedangkan abangnya jugak seorang perokok).

Dia tidak suka saya melayan atau melebihkan anak-anak saudara saya, sedangkan saya tidak pernah berkira dengan anak-anak saudaranya.

Dia selalu mendiamkan diri di meja makan atau di rumah keluarga saya untuk menunjukkan dia tidak suka mereka sedangkan saya tidak pernah melayan keluarganya sebegitu rupa.

Dia selalu merungut jika saya menolong ibu saya membuat jamuan sedangkan dia tidak pernah bersuara untuk meminta saya berehat dikala saya amat kepenatan menguruskan jamuan-jamuan yang ternyata lebih kerap diadakan disebelah rumah keluarganya.

Dia selalu memprotes jika saya membelanjakan ahli-ahli keluarga saya yang datang bertandang di rumah kami sedangkan dia tidak pernah bersuara jika saya mengeluarkan belanja yang sama untuk keluarganya.

MasyaAllah.. banyak lagi yang dia tidak suka berkenaan keluarga saya. Saya faham keluarga saya mempunyai kekurangan di sana sini juga.. tapi keluarganya juga mempunyai kekurangan yang sama, namun saya tidak pernah membenci mereka.

Keluarganya juga mempunyai porak peranda jugak, namun hasil usaha saya cuba merapatkan silaturrahim mereka ipar duai dan mertua semuanya, Alhamdulillah mereka semua saling menerima satu sama lain.

Namun, lain dipihak keluarga saya. Jika dulu saya sangat menyayangi keluarga saya, kasih yang tidak berbelah bahagai untuk ibu, adik beradik dan anak-anak saudara.. Setelah berkahwin dengan suami saya, hubungan kami agak semakin jauh..

Kadang-kadang terjentik rasa di hati tidak sukakan anak-anak saudara saya kerana kerenah mereka membuatkan suami saya tidak sukakn keluarga saya, terjentik rasa di hati tidak sukakan ibu akibat ‘termakan’ hasutan-hasutan suami yang tidak suka sebahagian perangai ibu saya..

Allahuakhbar.. ya Allah.. saya tidak mahu hidup seperti ini. Banyak kali kami berbincang dan banyak kali juga saya menangis serta meluahkan pada suami saya, supaya dia berubah dan cuba menerima keluarga saya seikhlas hati seperti saya menerima keluarganya sendiri.

Namun sehingga kini, dia tidak berubah..

Ya Allah.. saya banyak kali menangis dan bersabar. Jika dia tidak mahu menerima keluarga saya, macam mana saya mampu bertahan untuk hidup dengannya.saya tidak ingin menjadi isteri yang nusyuz..

kerana setiap kali balik ke kampung sebelah keluarga saya, kami akan bergaduh kerana saya menegurnya untuk tidak bersikap dingin.

InsyaAllah selagi mampu bertahan, saya akan cuba bertahan untuk hidup bersamanya.. kerana dia sememangnya suami yang baik, cuma tidak dapat menerima kekurangan keluarga saya.

Untuk pengetahuan semua juga, doktor yang saya nyatakan dulu yang pernah menjadi idaman saya, tidak pernah berkahwin sehingga sekarang dan lepas saya berkahwin, saya tidak pernah menghubunginya.

Seandainya dia ada terbaca luahan ini, saya mohon agar dia melupakan saya juga (seandainya masih ada) dan doakan semoga pernikahan kami bahagia.. dan untuk suami saya, sayang harap abang boleh berubah.. demi Allah, sayang sayangkan abang,

Tapi jika abang tidak boleh menerima keluarga sayang, sayang tak tahu selama mana lagi diri ini mampu bertahan.. sayang tidak mahu menjadi isteri yang nusyuz..sayang ingin menjadi isteri yang solehah untuk abang..

Sekian, terima kasih..

– Insyirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *