Aku Tidak Sendiri

Assalamualaikum.

Aku kembali nak jawab beberapa persoalan yang aku tengok dekat komen. By the way, aku dari Aku Bukan Anak Tunggal (ABAT) dan terima kasih sangat-sangat atas semua komen kalian. Aku rasa terharu, dan rasa macam, ‘Aku tak sendiri.’ Terima kasih banyak-banyak. :’) moga Allah rahmati kalian.

Jadi, bila aku baca komen-komen tu, ada yang tanya mak aku kerja guru ke, kenapa macam banyak duduk rumah je. Bila sakit macam ni, kebiasaannya doktor akan bg MC, dan terus kepada next appointment untuk tengok keadaan pesakit semula. Cuti mak aku kira dah berlanjutanlah sekarang. Kawan-kawan sekolah dia semua tak tahu pasal sakit dia ni kecuali beberapa orang pentadbir. Dan aku dapat tahu, pentadbir dah minta mak aku fikir untuk ambil cuti tanpa gaji sebab lama sangat dah cuti. Aku jadi sedih, tak semua orang boleh terima dan faham kan bila jadi macam ni? Orang akan cakap mak aku mengelat… sebab tu aku nak meluah, harap dengan permintaan aku minta kalian doakan mak aku, insyaAllah akan ada berkat dekat situ dan mak aku segera sembuh macam biasa. Jadi sekarang mak aku ada dekat rumah ni, tengah cuti. :)

Ada yang kata sakit ni sebab jadi guru ke? Nope. Mak aku dah lama sakit ni, sebelum kerja lagi. Kadang-kadang ya, jadi guru, akan alami stress yang melampau dengan lambakan kerjanya, anak muridnya (tahu je lah sekarang budak-budak macam mana…huhu), dengan kehadiran teknologi macam-macam. Mak aku slow sikit bab2 teknologi ni. Tak nafikan, jadi seorang guru memang stress. Jadi, guru-guru jangan stress2 okay? Ingat, besar pahala mendidik dan mencurah ilmu.

Ada juga yang ckp mak aku bukan BPD sebab based on apa yang aku cerita. She diagnosed with BPD by doctor. Long time ago. Kan aku ada sebut kena elektrik, cucuk ubat penenang semua tu? Semua mak aku kena dulu. Adalah kisah-kisahnya. Contoh, bila mak aku jadi marah melampau habis semua barang-barang dalam rumah dipecahkan, diterbalikkan almari. Ini baru sikit, aku tak rasa perlu cerita semua. Cuma kali ini je mak aku macam slow sikit, tak ada mengamuk tak tentu hala. Just mak aku punya behaviour yang menunjukkan she’s not in the right state of mind. Dan kadang2 boleh tengok tiba2 mak aku bercakap entah topik apa. Secara tiba2 je, ini bahaya. Sebab kita risau dah pada tahap halusinasi. Pernah dgr kan kes orang berhalusinasi kata ada orang suruh bunuh lah itulah? It’s real guys. Berhati2 okay. Kalau ada saudara yang macam pelik kelakuan dia, tolong bawa jumpa doktor. Tolong. They need help. Jangan biar.

Ada yang bagi cadangan untuk aku dengan ayah aku jumpa doc juga kan, insyaAllah, aku masih boleh kawal diri. Dan ayah aku, bila jadi macam ni, memang nampak penat pendam perasaan, tapi dia luahkan dengan Allah. Banyak zikir, mengaji, pergi kuliah, semua-semualah. Aku je dulu sebelum nak dikatakan ‘matang’ pernah fikir nak suicide. Serius aku tak boleh nak handle masa tu. Baru-baru ni bila aku frust sebab mak aku tak sembuh lagi sebab dah 2 minggu, 2 kali jumpa doc, aku kurung diri dalam bilik. Satu hari. Then ayah aku datang pujuk aku, ayat ayah aku cuma, ‘Tak kesian ke dekat ayah nanti nak kena jaga dua orang pula sakit. Cukuplah mak sorang.’

Aku kurung diri aku sebab nak elak aku dari memberontak, aku takut bila aku terlalu pressure nanti aku tertinggi suara dekat ayah dengan mak aku. Hehe. Alhamdulillah aku berjaya kawal diri. Serius aku rasa aku sendirian sangat. Sebab dengan ayah aku, biasanya waktu malam, kami lepak duduk depan tv, tengok cerita. Tapi bila mak aku sakit ni, ayah aku kena spend time dengan mak aku lebihlah. Jadi aku rasa sorang. Bila aku cerita macam ni, lepastu baca komen, kurang rasa sendiri aku tu. Terima kasih.

Then, aku baca lagi, ada cakap aku matang dan tabah. Terima kasih. Tapi semua ni dari pengalaman. Nak tau pengalaman aku? Haha. Salah seorang adik-beradik aku pun sama, ada sakit macam mak aku. Masa dia kena sakit ni, aku tengah nak hujung-hujung sem. Orang panggil hectic weeks lah bagi student. Penuh dengan esaimen, presentation semua. Dia dah kahwin, tapi suami dia masih tak reti nak kawal, jadi ayah aku jugaklah yang akan korbankan masa tenaga semua untuk jaga dia. Aku namakan dia C lah ya, mudah sikit. Aku ingat lagi, C ni ada dekat rumah aku, ayah dengan mak aku kerja. Tapi nak kena jaga yang C ni, malam waktu orang lain tidur, ayah aku kena berjaga. Takut si C ni buat benda bukan-bukan. Lari keluar rumah ke. Jadi orang kata, ayah aku tidur-tidur ayamlah. Aku masa tu tak ada dekat rumah, dekat kolej, hujung minggu je ada. Tapi itu pun ayah aku tak bagi aku berjaga sama, sebab ayah aku tahu aku banyak kerja nak kena settle dan tak nak aku letih dan runsing. Sayang kan ayah dekat aku? :’)

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, ayah aku call. Time tu aku dekat kolej. Ayah aku cakap boleh tak balik, ayah aku nak guna kereta. Aku dah pelik dah, kenapa apa semua. Rupanya ayah aku accident. Tak ada orang yang tahu, kecuali aku dengan abang sulung aku. Sebab ayah aku call sulung dulu nak minta tolong, tapi macam tak boleh, aku tak ingat sebab apa. Aku dapat call tu, lepas ayah aku suruh balik, terus aku rasa macam menggigil badan. Aku keliru, sebab aku ada discussion penting dengan kawan2 aku. Aku ws sorang2 kawan aku beritahu, ada yang reply okay and so on lah. Bila otw back, ayah aku call minta pergi balai polis ambil dia untuk urus hal accident tu. Sampai je dekat balai, wallahhi, aku tergamam teruk tengok keadaan kereta. Tapi bila tengok ayah aku berjalan biasa je, hati aku sungguh2 ucap syukur. Kenapa semua ni berlaku? Bila aku tengok muka ayah aku, aku dapat rasakan, ayah aku tak cukup rehat. Kena jaga si C, nak jaga mak aku (masa ni mak aku tak sakit, tapi kena berhati2 takut mak terpengaruh.)

Minggu tu sangat2 hectic bagi aku, ulang alik dari tempat belajar ke rumah, tolong hantar ayah aku. Menangis aku. Lagi-lagi bila kawan2 semua macam pandang serong dkt aku. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana keadaan keluarga aku masa tu. Tapi apa yang aku belajar, ayah aku sangat2 tersangatlah tabah. Sungguh, aku tak tahu mana nak cari lelaki macam ayah aku. Dari situ aku kumpul kekuatan untuk terus bertahan…ini pengalaman aku, yang menjadikan aku yang sekarang. Jangan berkira bila babitkan soal ayah dan mak sendiri. Korbankan semuanya. Aku redha. Alhamdulillah result aku sem tu berjaya peroleh dekan walaupun dengan keadaan esaimen, group work kucar-kacir… :’) yakinlah dengan Allah, ini aku pegang bila aku dah berserah tawakkal sangat-sangat dengan apa jadi.

Kalau kalian seronok membaca, aku terfikir untuk cerita pengalaman bila berhadapan dengan si C dan serba sedikit cerita tentang wad psikiatrik. Ingat, pesakit sebegini mereka tak gila, jangan labelkan mereka gila. tolong, its gonna hurt really bad their feeling. Mereka cuma tak mampu kawal emosi dan fikiran hingga menyebabkan mereka didiagnos sedemikian.

Sebelum aku sempat habis type ni pun, aku baru berhadapan dengan situasi mak aku tadi. Trust me, orang yang seperti ini kadang2 boleh menjadi comel dan manja macam budak2. Contohnya mak aku kalau nampak motor ice cream terus mak aku beli. Biasanya mak aku suruh ayah aku je beli, tapi ni beli sendiri. Comelkan tengok mak sendiri makan ais krim kon? ^^,

Sekali lagi, terima kasih atas respon semua. Aku sungguh-sungguh rasa disayangi masyarakat yang langsung tidak kenal aku. Betullah, Islam itu bersaudara, dan kerana ini kita semua bersaudara dengan saling berbagi kasih dan sayang. Semoga Islam terus Izzah.

Macam biasa, mohon doa kalian untuk mak aku kembali sembuh. Aku dah rasa aku tak tunggal sebab aku ada kalian. Doa sekali semoga jika ditakdirkan aku berkahwin (sebab ada komen ckp jgnlah sampai tak nak kahwin, hehe), pasangan aku nanti dapat memahami keluarga ni, yelah, sebab dah makin bertambah usia ni. :)

**nama aku bukan Qamariah, aku cuma suka bulan, sebab, bulan bila tiada akan dinanti manusia, bila ada akan disayangi. Aku suka menulis, jadi alam menjadi taruhan aku untuk jadi ilham menulis. Doakan aku dapat publish buku satu hari nanti. Jazakallah. Uhibbukum Lillah.

– Bulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit