Aku Tinggalkan Dia Dalam Kejahilan

Aku tinggalkan dia dalam kejahilan, konon hidup aku akan gembira lah bila kahwin dengan orang lain. Rupanya, aku silap.

Aku pernah couple 8 tahun, sejak habis sekolah lagi… Then kitorang decide untuk bertunang 2 tahun lepas. Tapi sepanjang 8 tahun couple tu, kitorang buat macam-macam dosa bersama. Solat pun ke mana-mana. Gaduh banyak kali tu normal.

Aku namakan tunang aku tu D lah ye… D ada perempuan lain sebagai skandal pun ramai yang kantoi dulu, tapi dah putus. Tapi dia memang layan aku baik betul. Ada je tiap masa diperlukan, dan sanggup tolong apa-apa. Dia nice sangat dengan aku sepanjang aku jadi gf merangkap tunang ni.

Sepanjang bertunang, kitorang dilanda masalah. Yelah, dia ada skandal lagi. Tapi dia memang suka-suka je ada skandal. Dia tetap layan aku baik. Cumanya banyak betul masalah waktu tu.

Ada la pergi bercuti beramai-ramai dengan kawan-kawan dia laki perempuan. Kantoi dengan aku. Tapi tula yang bagusnya, D akan protect aku dan pastikan aku tak terlibat mana-mana hal nakal dia buat.

Setahun dah bertunang, tiba-tiba aku terjumpa orang lain. Aku namakan dia R. Aku tak bagitau pun dengan lelaki yang aku baru jumpa tu, yang aku sebenarnya dah bertunang dengan D tu dan tengah tempoh bertunang lah tu.

First time jumpa aku takde niat apa, tapi aku tak pakai cincin tunang. Aku pun tak tau kenapa, sewel kot kepala aku ni. Time tu gaduh kecil dengan D kot. Tu yang tak pakai cincin.

Tapi sejak aku jumpa R, aku rasa dia yang terbaik lah berbanding D. Nampak dia je yang terbaik. (Kebetulan D kantoi ada sorang skandal.) Even aku dan D banyak buat dosa sebelum ni, tapi D still baik sangat-sangat layan aku.

Haa lepas dia kantoi tu, aku tak fikir panjang. Aku sempat kenal R 2 bulan (time tu aku masih tunangan orang) dan aku decide nak kahwin dengan R. Tinggalkan D.

Aku pulangkan cincin tunang kat mak D. Aku tak jumpa D. Time tu aku kecewa, asyik skandal je kerja dia.

D ada try nak jumpa aku, tapi ada je halangan, kereta dia rosak la, kunci terkunci dalam kereta la. Ada je halangan. Tapi time tu aku tengah manis bercinta la konon dengan R. Semua tak nampak apa. Kebaikan 8 tahun, tutup semua.

Aku nampak dosa aku yang terlanjur tu je, dan aku fikir ni cara terbaik untuk lebih berubah. Aku nampak dosa D buat dekat aku je. Hilang semua harapan D dan aku.

Dan time tu, aku nampak konon R lebih baik dari D. Dan niat aku kahwin dengan R time tu, aku nak seseorang jadi imam aku, yang lebih membimbing dan beragama la kononnya.

So total 2 bulan kenal + preparation kahwin 2 bulan lagi.

Kiranya aku kenal si R ni 4 bulan sahaja, pastu aku kahwin. Now dah 6 bulan kahwin, aku pun dah mengandung 6 bulan. (Banyak suka duka kahwin dengan orang baru kenal ni.) (Aku serious).

Tiba-tiba, lepas 6 bulan… D contact family aku. Dan D pergi melawat abah aku. (Dia memang baik dengan family aku.) D start mesej aku. Dan call aku, sekali jelah.

Dengar suara dia je, aku terus menangis. Sebab dulu dia jaga aku betul-betul. Time aku sakit, time susah, dia ada tiap masa dengan aku.

(Walaupun dia suka-suka je ber-skandal kan… even D tak suka keadaan/cuaca panas pun, nanti dia muka marah, dan kadang-kadang marah lah. Tapi D tetap treat aku nice.)

Berbeza dengan R layan aku. R baik jugak. Tapi tulah, sangat lain bila kenal lepas kahwin dan macam-macam kena terima. Dan takkan boleh challenge cara D jaga aku.

Aku sedih dengan perkahwinan aku. Dia macam tahu-tahu je aku tengah dalam gelombang badai ombak perkahwinan ciptaan aku.

D cerita lepas putus dia turun 10kg, dan sekarang dia lebih berterus terang dengan aku. Kan bagus kalau dia berterus terang dulu lagi. Bukan sekarang.

Aku terima je aku dah kahwin dan dah mengandung. Cumanya lepas kahwin, baru perasan banyak benda kita menyampah pasal pasangan kita.

Aku try belajar terima. Sikit-sikit. Baru la tau dia macam ni macam tu. Kalau dengan D dulu, dah memang tau dia macam mana. Senang hidup aku.

Suami aku (R) ni suka bandingkan masakan aku dengan mak dia. Sikit-sikit mak, mak, mak. Anak mak. Kalau dengan D dulu, senang aku nak jaga. Sebab aku memang baik dengan mak dia kan.

Pastu, hari tu dia kantoi tengok cerita xxxx dalam fon. Lagi la aku panas. Baru 6 bulan kahwin, dah macam tu.

Sebab dulu sebelum kahwin, dia kejut aku bangun solat malam hari-hari. Tiba-tiba ni, lepas 6 bulan susah jugak la nak tengok dia bangun malam dah. Ada bangun, tapi tak macam sebelum kahwin.

Aku bukan boleh masuk sangat dengan family dia. Aku pun tak tau kenapa… tak best dan bosanlah. Tapi aku buat normal jelah. Tak macam waktu aku dengan family D dulu.

Senang cakap, D nampak je kasar, keras semua. Tapi hati dia ada taman.

Yang R, baik la jugak. Cumanya tulah, kita tak sempat kenal betul-betul kan. Dan lepas bergaduh teruk, aku cakap apa aku nak dilepaskan after bersalin. Sebab aku tak boleh terima dah dia. Dan family dia.

Tapi lepas beberapa hari tak jumpa R, sebab gaduh teruk hal di atas tu…

So, D la yang make sure aku safe tidur dekat mana-mana aku nak. D yang tanya semua. D try buat lawak bagi aku gembira. Macam-macam usaha dia. Tapi D always ingatkan aku ni isteri orang dah. Dia taknak kacau isteri orang.

Aku sedih lagi, kenapa lah aku ni buat keputusan terkejut drastik sangat kahwin dengan orang yang baru kenal 2 bulan?

R tak carik aku sangat pun. Dia memang jenis camtu. Skema.

Lepas aku dah balik, kami berbaik balik la. Aku cakap, dia ulang salah dia dekat atas tu, tau la nanti.

Cumanya aku tak boleh cakap aku sayang dekat R, sebab memang aku tak ada perasaan tu. Aku ada perasaan kesian dan perasaan layankan jelah sebab dah jadi suami kan. Aku buatlah macam suka.

Tapi aku serba salah dengan D, sampai sekarang aku baru terfikir, aku buat salah jugak. Bukan dia je salah.

Time tu aku bertunang dah. (Walaupun ada bergaduh-gaduh, tapi aku patut jujur dengan R, yang aku ni sebenarnya dah bertunang.)

Aku terfikir-fikir, aku patutnya bagitau pada suami aku (R) yang dulu waktu first met, aku ni sebenarnya dah tunangan orang. Takde la R kacau aku kan. Aku tak boleh rasa kasih sayang aku untuk R. Aku cuma kesian. Tapi bukan sayang sebetulnya.

Aku percaya Allah bagi R dulu mungkin mengikut keadaan aku ketika itu. Ye aku perlukan R lebih dari D. Tapi bila lama-lama, aku tak perlukan orang lain selain D. Aku tau D boleh berubah. Kami boleh bertaubat.

Aku buntu. Aku dalam alam perkahwinan, tapi hari-hari aku fikir salah aku pada D. Dan hari-hari aku terfikir, kalau Allah izinkan aku bersama D satu hari nanti.

Aku sebenarnya terkilan, kenapa aku tak sama-sama tunggu D, kahwin dan berubah bersama-sama. Kenapa lah aku terus kahwin walau baru kenal sekejap dengan suami aku ni.

D baru balik umrah, dan dia semakin berubah. Yang suami aku pun consider nice. Tapi takkan boleh lawan cara D layan aku. Even D tu dulu kan banyak skandal.

So, korang rasa, apa hukum sebenarnya suami aku ni tackle aku waktu dalam tempoh tunangan. Tapi dia tak tau aku dah bertunang waktu tu. Apa hukum kat aku ni pulak?

Lastly bila aku fikir balik, mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Tolong doakan yang Allah tetapkan yang terbaik untuk life aku ni.

Kalau Allah izinkan, aku nak bersama D balik. Belajar terima time jahat kitorang, dan aku takkan tinggalkan dia sorang-sorang.

Untuk adik-adik tengah mencari jodoh tu, sabar-sabar. Pandang dari semua segi partner tu. Jangan nampak yang buruk je, bila yang cantik dah depan mata.

– Isteri vs Ex tunang. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *