Selama ni aku tipu diri sendiri untuk terus jadi kuat. Tapi malam ni aku terus nangis sendiri.
Aku sakit. Tapi aku mampu hidup lama dengan rawatan setiap minggu.
Aku terus positif dengan semua yang berlaku. Sangat positif hingga aku abaikan kesihatan mental aku.
Aku terus jalani hidup tanpa toleh kebelakang. Segala kekurangan aku tolak ketepi. Walau tiada pendapatan tetap, aku mampu hidup walau tanpa bermewah.
Tapi sekarang aku letih. Aku rasa sangat letih. Sampai nak muntah.
Orang cakap aku kuat. Ceria. Berdikari.
Setiap kali berbual aku mampu buat orang ketawa.
Aku berjaya habiskan belajar walau aku sudah mula dalam rawatan.
Aku sara ibu bapa.
Aku mampu bersabar dengan semua rawatan dan ubatan saban tahun.
Tapi sekarang aku rasa tak suka dengan semua pujian tu. Aku harap mereka semua berhenti puji aku kuat.
Aku letih. Aku dah tak larat nak kuat seiring dengan pujian mereka.
Aku kerja sungguh-sungguh walau tidak mampu kaya. Aku abaikan kesihatan aku cuma untuk melihat senyuman mereka.
Supaya ibubapa aku rasa aku berjaya. Supaya ibubapa aku rasa aku sama seperti anak orang lain yang bergaji besar, mampu menyara mereka hingga tua.
Supaya ibubapa aku tidak rasa terbeban mempunyai anak sakit seperti aku. Yang tidak membantu. Hanya membebankan.
Aku cuba untuk sembunyikan semua keletihan dan kesakitan aku cuma untuk tidak merisaukan mereka. Sampai aku tiba-tiba rebah. Dan harus bercuti bekerja.
Aku bertambah stress. Dengan pendapatan kecil sebegini. Cuti sehari sahaja sudah mampu mengikis semua simpanan. Inikan pulak seminggu.
Siapa yang akan bantu aku kalau bukan aku sendiri bangkit membantu aku bangun berdiri.
Aku harap. Dengan luahan aku dekat sini, semua perasaan letih dan sedih aku akan cepat pergi.
Dan aku akan kembali esok menjadi aku yang sentiasa kuat dan ceria dia mata semua. Aaminn..
Doakan aku.
– Labu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sabar yaa. dunia ni sementara sahaja. syurga itu abadi
Awak jom masuk kerja hotel. Makan disediakan. Tinggal fikir transport jer. Nanti awak tengok laa mana2 hotel website lepas tuu join. Apply bahagian career.