Salam/hi. Terima kasih buat team IIUMC & semua yg sudi membaca perkongsian ini. Travel? Macam mana aku bermula? Aku seorang perempuan biasa dan alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang tapi 1 je yang buat jiwa & diri aku kosong. Ye kosong. Aku masih sendiri. Dan yang banyak menginspirasi aku untuk keluar dari comfort zone dengan travel adalah The Vocket & Hadhinah Felice. Aku follow, baca dan amik semangat setiap post yang dikongsi. Terima kasih!
Aku, usia aku dah lewat 20an & beberapa langkah lagi nak jejak ke usia 30. Aku masih bujang & kebanyakan kawan2 seusia aku dah lama berumahtangga dan punya anak. Aku masih sendiri. Bila aku bercerita dgn kawan2, semua tak percaya yang aku tak ada siapa2 dan jujurnya sepanjang hidup aku, aku tak pernah bercinta walau sekali. Dari zaman sekolah ke zaman universiti hinggalah ke alam pekerjaan.
Sehinggalah pada satu waktu tu, aku terbaca sesuatu berkaitan travel. Dari situ aku mula tekad nak berjinak2 dengan travel untuk mengisi jiwa yg kosong ni. Aku mulakan pengembaraan aku secara solo keluar dari Malaysia utk beberapa hari. Dari situlah aku mula terjebak dengan on-off travelling.
Pada Ramadan yang lepas, aku travel lagi dan berpuasa di tempat orang tapi kali ni lain sedikit. Aku pasang niat kali ni aku nk travel sambil cari jodoh. Aku doa sungguh2 supaya Allah temukan aku dengan jodoh aku (amik berkat bermusafir di bulan ramadan). Maka kisah pengembaraan aku di bulan Ramadan lalu bermula.
Sesampai di destinasi, aku ditakdirkan bertemu dengan sekumpulan traveller dari Malaysia (group lelaki). Dari sini aku start berkenalan dengan mereka, tambah kenalan traveller. Inilah untungnya berkelana ke tempat asing. Dari strangers boleh jadi sebaik2 kawan. Aku banyak habiskan waktu di sana dengan mereka, berkongsi pengalaman masing2, perihal travel dan macam2. Banyak ilmu aku dapat dari otai2 traveller ni.
Aku, antara perempuan yg berhati keras, sebab itulah kot sampai sekarang tak ada lelaki yang berkenan. haha! Oklah, alkisahnya bermulalah bibit2 hati. Selepas beberapa hari kat sana, aku tersuka pada salah seorang dari geng traveller ni. Banyak benda terjadi sewaktu pengembaraan aku di sana. Dah lama aku tak rasa macam ni. Aku cuba tepis dan nafikan perasaan ni. Aku yakin ini hanyalah perasaan ‘crush’. Aku tepis sedayanya. Aku sendiri keliru dengan diri sendiri, awal2 aku doa semoga ditemukan jodoh tapi bila hadir perasaan ni, aku sedayanya nak nafikan.
Sehinggalah aku pulang ke Malaysia dan ditakdirkan flight balik kami sama & setibanya kami di Klia2, semua dengan haluan pulang masing2. Sehingga ketemu lagi. Secara fizikal ya tapi hati? Aku serabut. Aku doa minta Allah tunjukkan aku adakah dia ni jodoh aku. Andai ya permudahkanlah & jika tak, jauhkanlah dia dari aku. Hari demi hari, dia seolah tak hilang dari benak fikiran dan hati aku. Aku menangis berdoa pada Allah sebab dah tak tertanggung dah perasaan yang tak berjawapan ni.
Aku teruskan kehidupan seperti biasa tapi dia masih tak penat menjengah di fikiran dan hati aku. Aku yang penat menanggung perasaan ni. Aku tak tahu apa perlu aku buat. Mulakan langkah? atau terus diam dan berdoa? Ya tuhan, aku kusut sangat. Mohon semua pembaca doakan yang terbaik untuk aku ye. Terima kasih sudi baca dan doakan aku.
– Nur (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit