Assalamualaikum IIUM Confession’s followers. Aku harap korang sihat semua dan aku harap admin post jugak apa yang aku tulis ni walaupun aku akan menulis mengenai soal hati. Tapi atas sebab aku SANGAT MEMERLUKAN PANDANGAN DAN NASIHAT dari semua pembaca, mohon admin approve.
Seperti pelajar UIA normal yang lain, aku terfikir untuk mendirikan rumah tanggaku sendiri setelah segulung ijazah berjayaku genggam. Aku sedar yang aku pernah gagal dalam episod percintaan yang lalu.
Sejak baru-baru ini, setelah suatu perkara yang amat tidak aku jangka berlaku… aku dapat merasakan suatu perubahan yang ketara dalam diriku.
Aku mudah bangun malam untuk solat sunat, baca quran dan dhuha. Aku pernah mengalirkan air mata pada malam hari lantaran mengingati segala dosa yang aku lakukan sebagai manusia diatas muka bumi ini.
Perkara sebegini tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Aku yakin, ini lah hidayah dari Allah untukku dan aku mohon doa semua yang membaca agar Allah mengurniakan aku istiqomah dalam apa yang aku lakukan sekarang.
Aku harap korang tahu bahawa aku bukan lah seorang lelaki yang suka memainkan perasaan wanita. Aku sedar peritnya perasaan ditinggalkan, setiap episode percintaan yang berlaku sebelum ni pun bukan aku yang minta. Oleh hal yang demikian…perbuatan mempermainkan perasaan wanita adalah suatu yang dilarang dalam kamus hidupku.
Diatas aku ada sebut episod cintaku yang terputus ditengah jalan disebabkan oleh salah faham kedua pihak bukan? Ya. Walaupun sudah bertahun kami tidak berhubung, aku gagahkan diri untuk menanam kembali perasaan itu. Aku rasakan ianya suatu yang mustahil. Mungkin dia sudah ada yang punya? Atau dia sudah membenciku? Peluang untuk aku adalah ZERO.
Segala persoalan timbul. Aku gagahkan juga untuk melakukan solat istikharah selama beberapa malam. Pada hari kejadian, aku cuba menghubungi dia melalui kenalan sekolah ku yang tinggal berhampiran dengan rumah si Dia.
Jawapan yang ku terima adalah seperti yang dijangka. Dia tidak mahu menerimaku semula. Aku pasrah. Namun, pada satu petang…aku menerima 1 sms dari si Dia yang bertanyakan tentang penjelasan salah faham apa yang aku mahu dia dengar? Aku kaget! Aku fikir dia sudah menutup pintu hati sepenuhnya. Tapi sangkaan ku silap.
Lalu aku jelaskan satu per satu salah faham yang terjadi beberapa tahun yang lalu. Dia hanya mendengar. Ada ketika dia meminta agar aku melupakan dia kerana dia akan pergi melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh dan lambat lagi dia akan tamatkan pengajian.
Adakala dia mendoakan agar aku akan jumpa seorang wanita yang solehah. Tidak pula dia sebut bahawa dia sudah tiada perasaan atau dia sudah membenciku. Aku bingung.
Dipendekkan cerita, setelah dia "fly" ke tempat pengajiannya, dan atas sebab untuk aku terima apa pun ketentuan jawapan dari istikharah aku tempoh hari. Setelah hampir sebulan menanti, aku bertanyakan lagi soalan yang sama melalui orang tengah (kenalanku yang belajar ditempat yang sama dengan si Dia).
Soalan yang sama ku berikan seperti dulu tapi kali ini aku sedikit tegas demi sebuah jawapan yang jelas. Soalan pertama, aku bertanya sama ada dia membenciku atau pun tidak? Untuk soalan ini, dia memberi jawapan yang jelas. Tiada sekelumit benci pun dalam dirinya pada ku. Kerana mungkin dia sedar dan sudah faham akan salah faham yang pernah berlaku dulu.
Untuk soalan kedua, aku bertanya sama ada dia masih menyimpan perasaan cinta atau tidak?
Tapi menurut kenalanku, si Dia masih tidak memberi apa-apa jawapan untuk soalan ini. Sama ada ya atau pun tidak. Hanya berdiam diri.
Setelah sebulan menanti tanpa sebarang jawapan. Dan kemudian jawapan yang sama juga yang aku terima. Apa mungkin yang aku rasa? Sesak didada tidak jua hilang. Jika dia sudah tidak menyimpan perasaan, mengapa masih berahsia? Jika dia masih menyimpan perasaan, mengapa masih berahsia?
Aku buntu disini. Adakah aku harus menunggu dan memberi nya lebih masa? Tapi, jika dia menolakku kemudian hari. Mungkin remuk hatiku ini. Aku seolah digantung tidak bertali sekarang…walaupun ada wanita lain yang mahu menghulurkan cinta yang baru, aku gelisah atas perasaan aku yang masih kuat untuk si dia. Aku tak mahu wanita yang menghulurkan cinta ini kecewa disebabkan ketidak sempurnaan perasaanku untuk dibalas pada nya.
Pada masa yang sama, aku tidak mahu bermain perasaan dengan wanita lain sebab aku dah tekad dan berdoa..wanita yang akan aku pilih selepas ni adalah calon isteri aku nanti. Oleh sebab itu aku tak mau sewenang-wenangnya pilih wanita yang kurang aku kenali melainkan si Dia yang telah lama aku kenal dulu.
Tolong nasihati aku plis.
#FikiranMelayang
– Samir Nasri