Aku Vaginismus Fighter

Salam buat semua pembaca. Baru baru ini aku ada terbaca luahan dari page ni berkenaan vaginismus. So aku rasa aku nak cerita kisah vaginismus aku dan macam mana aku boleh sembuh.

Harap perkongsian aku dapat membantu TT tersebut dan ramai lagi yang mungkin mengalami nasib yang sama tapi tidak menemui jalan keluar.

Aku berkahwin 5 tahun yang lalu ketika berusia pertengahan 20an.

Ketika pertama kali ingin melakukan s*ks bersama suami aku tiba tiba rasa seperti ngeri ngilu takut yang amat sangat sampai berlaku muscle spasm pada vag*na sedangkan aku juga mempunyai nafsu seperti orang lain.

Cuma apabila melibatkan penetration aku seakan akan turn off. Memang akan berakhir dengan kekecewaan dan air mata pada setiap attempt untuk penetrate.

Suami aku terima aku seadanya dia tidak pernah marah dia cuma cakap mungkin aku masih belum bersedia dia akan tunggu hingga aku bersedia.

Dua bulan setelah berkahwin aku masih tidak menjalani kehidupan normal sebagai suami isteri. Tipulah kalau tak sedih, aku hanya mampu berdoa semoga Allah buka jalan untuk aku sembuh.

Tak lama lepas tu, aku ternampak confession dari sini jugak dan aku terdetik nak baca. Baru lah aku tahu rupanya ada jugak orang lain yang senasib dengan aku dan penyakit ini dipanggil vaginismus.

Aku self-diagnosed saja. Aku pada masa tu tak rasa nak pergi klinik atau hospital sebab malu. Memang masalah ni bukan dibuat buat bukan suka suka tapi memang berlaku involuntarily.

Selepas tahu mengenai term vaginismus ni aku pon mula la buat research untuk cari solution dan melalui pembacaan di comment section blog yang aku baca ada orang tinggalkan nombor telefon penjual dilator.

Walaupun pada masa itu aku dalam dilema takut membazir, aku nekad membeli dilator tersebut setelah mengumpul wang selama 2 bulan. Dan pada masa aku contact penjual tersebut dia masukkan aku dalam support group vaginismus.

Masa aku masuk tak ramai lagi baru puluhan orang sekarang dah cecah ratusan orang dah. Dalam group tu lah berkongsi rasa, progress, sharing tips, good news dan sebagainya. Perjuangan aku tak mudah. Makan masa 8 bulan sebelum aku berjaya melakukan penetration.

Kenapa lama? Sebab ada masa aku give up aku stop dilate. Tapi sampai bila aku nak give up aku dah berazam aku nak mengandung aku nak bahagiakan suami aku yang setia tunggu aku tu.

Masa aku start dilate tu musim PKP so banyak WFH, badan tak letih sangat berbanding kalau kena travel pergi kerja. Nak dilate ni pon kena ada mood sama macam kita nak buat s*ks bagi aku. Kalau tak susah sikit nak dilate.

Perkara yang menjadi turning point aku betul betul nak sembuh apabila ada orang cakap aku mandul. Disebabkan itu aku mula jaga pemakanan, aku bersenam, aku start consume folic acid dan cari masa selang sehari untuk dilate.

Tak senang proses dilate sebab benda ni melibatkan perasaan dan mental kita. Aku perbanyakkan baca doa sembuhkan penyakit dan selawat tafrijiyah setiap kali ada waktu terluang. Aku consistently dilate selama 3 bulan tanpa kenal erti letih dan putus asa.

Pada satu malam nisfu syaaban aku menangis teresak esak atas sejadah aku berdoa agar allah berikan aku kesembuhan dan kurniakan aku zuriat.

Bila tulis ni pon aku menangis mengenangkan perjuangan aku yang dulu. Tak mudah. Aku hanya ada Allah tempat aku bergantung harap.

Sepertinya Allah dengar doa aku rintihan aku. Dalam masa beberapa minggu lepas tu aku sembuh dan mampu melakukan penetration tanpa bergantung dengan dilator lagi. Dan paling aku terharu dan sebak, aku umpama bunting pelamin.

Aku mengandung dengan hanya sekali percubaan sedangkan ramai orang yang TTC tapi masih belum berjaya. Ya Allah masa tu aku speechless besar sungguh kuasa Mu ya Allah. Nikmat apa lagi yang engkau dustakan..

Alhamdulillah pada tahun itu jugak aku dikurniakan seorang puteri yang sihat dan comel. Sekarang dah nak masuk 3 tahun anak aku..

Tips dari aku,

1) Join vagnismus support group. Di situ ada saudari ika dia akan beri guidance dan aku beli dilator dari dia.

2) Beli dilator. Dilator ni ada 6 size. Boleh refer dengan penjual. Yang penting kena consistent jangan give up terlalu lama macam aku.

3) Usaha persediaan untuk hamil bagi yang nak hamil. Sambil tunggu masa untuk sembuh sepenuhnya boleh dah start jaga pemakanan, bersenam dan consume folic acid sebab ada yang sembuh dalam masa beberapa minggu ada yang makan bulan ada yang bertahun bergantung kepada individu.

Oh ya kalau nak hamil boleh cari lubricant yang sperm friendly di shoppee. Contoh Pre-seed, Conceive Plus.

4) Doa. Banyak amalkan doa sembuh penyakit dan pembuka rezeki. Boleh berdoa pada waktu2 mustajab berdoa seperti hari hujan lebat, hari arafah dan sebagainya. Luahkan semuanya pada Allah.

Jangan luah pada manusia sebab tak semua faham. I’ve been there mostly tak faham including orang paling kau percaya.

5) Be kind to everyone. Our journey is such a bumpy ride. Jadi kalau boleh maintain good relationship dengan semua orang. Taknak ada masalah tambahan yang menganggu fikiran nak tenang tenang je.

Sekian tips dari aku. Dipendekkan cerita selepas aku bersalin aku trauma kena seluk kena jahit dan aku jadi secondary vaginismus. And again aku berjaya sembuh. Aku dilate baru boleh penetrate.

Lastly good luck untuk semua vaginismus fighter! Ingat dunia ni tempat ujian, yang penting adalah cara kita menghadapinya. Usaha sebaik mungkin. Tiada yang mampu ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri.

Aku doakan semoga semua vaginismus fighter diberikan kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit dan dipermudahkan segala urusan.

Thanks semua.

– Ex vaginismus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *