“Indah kan kalau dapat bersama dengan orang yang kita cinta”, pertanyaan ini kerap kali bermain-main di fikiran aku yang dikenali ‘Bunga’ (bukan nama sebenar) dan berusia pertengahan 20an.
Setiap malam aku menangis kerana mengenangkan dugaan yang aku hadapi tanpa pengetahuan orang lain dimana aku telah mencintai seorang wanita, dan beliau ialah kawan baikku.
Perkara ini merupakan rahsia terbesar dalam hidupku dimana aku yang kelihatan normal, lembut, dan sangat disegani oleh orang sekelilingku,
Kerana kata mereka aku sangat positif dan menenangkan apabila diminta pendapat atau nasihat dan mereka mengatakan aku adalah wanita yang cantik dan terlalu memilih untuk dimiliki oleh seorang lelaki.
Tapi malangnya mereka tidak mengetahui apa yang sedang aku lalui disetiap malamku ditemani air mata perasaan pilu apabila perasaan cinta terlarang itu datang.
Izinkan aku bercerita mengenai bagaimana ini berlaku tanpa mengharapkan prejudis daripada anda semua :)
Sebelum itu, aku memohon maaf kerana niat aku hanya ingin berkongsi supaya apa yang di dalam hati aku dapat dilepaskan setelah sekian lama dan biarlah penulisan ini merupakan yang pertama dan terakhir untuk aku memorikan kepada diriku.
Kisah ini bermula pada beberapa tahun yang lepas semasa aku masih belajar di sebuah universiti awam, aku telah mengenali seorang wanita yang berpewatakan boyish tetapi still berpenampilan sebagai seorang wanita.
Pertemuan pertama kami bermula apabila jurulatih hoki team aku mengenali beliau dan memanggil beliau untuk berlatih sekali kerana pada ketika itu team aku mempunyai competition dalam masa terdekat.
Untuk pengetahuan semua, wanita ini bukan orang Malaysia dimana dia merupakan Student International di universiti aku, anak orang kaya di negara asalnya dan aku memanggil dia sebagai Rian.
Entah dari mana, pertama kali aku memandang dia terdetik dalam hati aku,
“Peh! hebatnya perempuan ni main hoki, bestnye kalau dapat jadi kawan dia”, aku sangat teruja melihat dia yang sangat lincah bermain hoki ketika itu tapi aku tidaklah ada perasaan untuk jatuh cinta.
Keadaan ini berakhir begitu sahaja dan aku tidak lagi berjumpa dengan dia selepas itu, cuma aku terdengar kapten hoki aku ada mengajak Rian untuk bermain bersama lagi.
Dan kapten aku memberitahu kepada kami Rian hanya mengingati seorang sahaja dalam team kami iaitu Puteri (bukan nama sebenar). Entah dari mana aku terus cakap “kenapa dia tak acknowledge aku eh?”.
Setahun sudah berlalu, akhirnya aku dapat bermain hoki sekali lagi bersama Rian tapi ketika ini aku tidak lagi teruja melihat dia kerana ketika itu aku masih bersedih di atas kehilangan saudara terdekatku juga kehilangan cinta pertama aku (lelaki).
Pada pertemuan kedua ini aku ada tegur Rian, aku beritahu yang aku suka tengok skills dia bermain hoki tapi jujur, pada masa itu aku tidak teruja melihat Rian lagi.
Secara tiba-tiba, Rian mendekati aku ketika latihan kami tamat, Rian tanya nama aku siapa seolah-olah dia pula yang teruja untuk mengenali aku.
Selepas kejadian itu, Rian mencari number phone aku dan dia kerap whatsaap dan call aku, datang lepak bilik aku, ajak aku makan dan cerita pasal kehidupan dia.
Ketika itu, Rian mempunyai seorang boyfriend di universiti aku dan juga sama negara dengan dia. Rian kerap kali bercerita berkenaan boyfriend dia kepada aku.
Aku jadi rapat dengan Rian setelah itu dan kadangkala aku merasakan Rian ini tidak boleh kalau aku tiada. Paling lama kami tidak whatsaap hanya dua hari dan dalam seminggu Rian mesti nak jumpa aku.
Pada suatu hari, Rian datang lepak bilik aku dan dia bertanya kepada aku adakah aku pernah jadi lesbian, dan Rian mengaku dia pernah dan dia sukakan kedua percintaan pada lelaki dan perempuan.
Ketika itu aku terkejut tapi aku hanya berbuat biasa kerana pada masa itu aku dah develop rasa sayang yang berbeza pada Rian.
Aku akan rasa cemburu yang tersangat apabila Rian bercerita pasal bf dia serta aku akan bertambah sedih apabila Rian disakiti oleh bf dia sehingga mereka putus aku sentiasa ada dengan Rian, bagi kata semangat kepada beliau.
Setiap kali aku beri kata-kata semangat kepada Rian, aku akan menangis secara diam selepas itu.
Entahla aku sepertinya jatuh cinta hardly kepada Rian seolah aku rasa dia special sangat di mata aku, aku rasa kehadiran dia membuatkan aku happy sehingga terlupa kesedihan di atas kehilangan saudara terdekatku pada masa itu.
Akhirnya aku sudah tamat pengajian ijazah aku dan Rian masih belajar di universiti dan aku berharap bahawa ini akan menjadi titik tolak untuk aku berjauhan dengannya dan tidak menyimpan perasaan terhadap Rian.
Rupanya aku salah, aku masih mempunyai perasaan yang sama yang membuat aku derita.
Rian masih keep in contact dengan aku sehingga pada tahun lepas aku mengambil inisiatif untuk menjauhkan diri darinya.
Aku telah buang dia dalam friends list instagram aku dan aku telah deactivated instagram aku, aku tidak mahu lagi melihat dia kerana aku merasakan yang aku tersangat cinta pada dia,
Aku takut dan tiada daya untuk melihat dia bersama kekasih yang baru kerana Rian beritahu aku ada seorang jejaka iaitu bakal pilot yang sedang tackle dia. Ketika ini Rian baru abis belajar dan sudah balik ke negara asal beliau.
Sehingga kini, sudah tiga tahun aku menyimpan perasaan kepada Rian dimana tiada seorang pun yang tahu.
Aku menangis, aku minta kepada Allah SWT untuk buangkanlah rasa cinta ini kerana aku sudah penat dan aku juga mahu bersama seorang jejaka yang aku cintai.
Ketika umur begini, aku hanya mampu menarik nafas panjang apabila melihat rakan-rakanku bersama dengan orang yang mereka cinta.
Dan setiap kali aku melihat mereka aku akan mengatakan beruntungnya mereka dapat bersama dengan orang yang mereka cintai tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam kes aku ini.
Walaubagaimanapun, aku yakin suatu hari nanti aku akan mempunyai cinta yang sebenar cuma aku harap perasaan ini akan cepat hilang.
Terkini Rian sudah jatuh cinta kepada kekasih barunya yang merupakan seorang pilot, tapi aku masih cintakan dia, masih menjadi pendengar setia dia apabila dia mempunyai cerita untuk dikongsikan,
Cuma aku tidaklah sekerap seperti dulu untuk whatsaap dan call kerana since that aku tidak pernah cuba untuk menanya khabar dia,
Setiap conversation yang berlaku mesti bermula dari dia dan dalam masa sebulan Rian pasti akan menanya khabar aku dalam dua kali, Rian tidak pernah lupakan aku walaupun kami tidak sebaik seperti dahulu.
Aku tahu Rian adalah sahabat yang baik cuma aku yang salah kerana telah mencintai kawan baikku.
Aku berharap sangat supaya perasaan ini akan cepat menghilang, setahun aku melangkah untuk menjauh daripada Rian rupanya hati aku masih lagi menyimpan perasaan terlarang ini.
Apabila rakan-rakanku memuji cakap “kau ni cantiklah” aku akan rasa kecewa dan berbisik dihati apa guna cantik tapi mencintai wanita :(
Aku tidak kisah untuk tidak mencintai mana-mana lelaki yang dekat padaku saat ini, cuma concern aku adalah aku harus buang rasa cinta ini dulu.
Tolong doakan aku dan orang-orang seperti aku untuk kuat dalam menempuh dugaan ini dan mempunyai kebahagiaan seperti anda semua.
Aku juga mahu ada perasaan seperti kalian yang normal, aku tidak pernah pun meminta ada perasaan seperti ini, ia seolah-olah seperti datang secara tiba-tiba.
Aku juga pernah mencintai lelaki tapi tidaklah terlalu mendalam seperti ini. Aku harap dengan usaha yang aku lakukan untuk menjauh dengan Rian akan berjaya walaupun aku akan menangis setiap malam dan rindukan dia.
Em takpelah mungkin ini dugaan yang akan membuatkan aku ke syurga jika aku mampu menepisnya. Doakan ya :)
Assalamualaikum.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit