Aku Wanita Malang

Assalammualaikum pembaca iiumc. Saya Lissa… umur hampir 40 dan seorang ibu kepada anak 1.

Begini ceritanya, saya berkahwin hampir selama 13 tahun. Alhamdullilah rumahtangga bahagia dengan suami yang baik serta dikurniakan rezeki kerja serta kewangan yang agak baik

Bila dah lama berumahtangga mesti nak ada anak kan… masalah saya disini… tentang anak. Hampir 10 tahun berkahwin alhamdullilah saya dikurniakan rezeki seorang anak.

Sebelum tu bermacam2 cara saya dan suami buat untuk kami ada zuriat tapi belum rezeki kami sampai la hampir genap 10 tahun baru kami dikurniakan rezeki anak. Memang sangat2 bersyukur dengan rezeki yang datang masa tu.

Sampai saya pernah bisik pada Allah alhamdullilah dengan rezeki yang satu ini, yang memang kami nanti2 kan sekian lama.

Kalau memang rezeki kami anak seorang kami terima dengan hati yang sangat terbuka yela nak dapatkan satu ini hanya Allah je yang tahu betapa struggle nya saya.

Dipendekkan cerita, semasa umur anak saya hampir masuk 3 tahun kami dikejutkan dengan anak saya itu mengalami sakit tumor. Saya dan suami pun tak tahu dia ada sakit tu.

Sebelum dia jatuh sakit kami perasan yang anak kami tu kurang aktif seperti sebelumnya. Kami bawa ke klinik dan hospital untuk checkup.

Doktor ambik darah semua dan anak saya masa tu didetect kurang zat besi dalam darah. So doktor bagi supplement untuk anak saya dan ada perubahan positif sedikit cuma masih dalam moody dan tak aktif.

Sampai la 2 minggu selepas tu tiba2 anak saya rebah dengan muntah2 tanpa henti terus kami bawa ke hospital dan doktor buat ctscan dan disahkan anak kami ada tumor.

Bagai dihempuk dengan batu berat rasanya bila dapat tahu anak yang ditatang bagai minyak yang penuh ada penyakit yang tidak disangka2.

Tapi itula bahagian kami, sebab tumor tu dah merebak teruk dalam 5 hari lepas anak saya koma, anak saya kembali ke Ramatullah.

Walaupun dah beberapa bulan berlaku tapi sampai ke saat ini air mata ini tetap mengalir. Memang rasa sangat2 down.

Kenapa jadi pada saya? Nak dapat satu pun dah susah tiba2 diduga dengan keadaan seperti ni.

Memang hari2 soalan ni bermain2 difikiran. Hari2 fikirkan anak. Kenapa awak tinggalkan ibu. Kenapa awak yang dipilih untuk terima sakit macam ni.

Bila mana umur dan cecah lebih 40 nak dapatkan lagi satu Allahu susahnya saya rasa. Saya tak senang macam orang lain. Boleh mengandung beranak selalu. Saya tiada kelebihan itu

Cuma usaha saya sekarang untuk dapatkan seorang lagi anak. Dapat lagi satu sangat bersyukur rasa. Moga dapat kurangkan kesedihan dan kepedihan hati kami suami isteri.

Doakan kami dipermudahkan. Aamiin…

– Lissa… (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *