Assalamualaikum kepada pembaca moga dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa.
Aku sebenarnya nak meluah dekat sini untuk tujuan bagi lega sikit hati aku. Aku seorang penyimpan, terlalu banyak perkara aku simpan yang tiada siapa tahu kecuali Allah.
Maafkan aku jika ayat aku tunggang langgang sebab aku tak reti bercerita.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Ibu bapa ku menjaga ku bagai menatang minyak yang penuh. Aku sayangkan mereka.
Tapi satu kelemahan aku ialah aku naif, aku tak ada sense terhadap keadaan sekeliling dari aku kecil sampai lah aku berusia 20an sekarang.
Aku kerap dibuli ketika masih bersekolah dahulu. Aku balik aku menangis, di face shaming kerana aku tidak cantik dahulu, dan banyak lagi. Aku juga pernah berhadapan dengan cubaan dicabul.
Alhamdulillah segala keadaan tuhan melindungi maruah ku.
Dan sehingga lah aku masuk ke universiti, aku dimalukan oleh roommate aku sendiri dan satu kelas tahu perkara itu. Aku menangis dan sesak nafas. Aku kurang percaya pada perempuan untuk dijadikan sebagai sahabat ketika itu.
Sejak dari itu aku terjebak dengan aplikasi chat yang sedang viral ketika itu. Aku sangat seronok, aku berkenalan dengan ramai lelaki. Semuanya hanya chat biasa dan berbual. Aku merasa hilang bosan.
Sehinggalah datang seorang lelaki yang mempermainkan aku. Tapi aku naif dan tak sedar. Aku keluar bersama dia dan dia memegang aku, aku kaku. Kerana belum pernah tangan ku dipegang oleh mana2 lelaki.
Setelah itu aku berhubung dengan lelaki lain pula. Perkara yang sama terjadi sampai la ada yang melampau terhadap aku tapi masih jugak aku tak sedar.
Cuma aku hanya merasakan itu perbuatan yang salah. Dan aku sedih kerana niat ku hanya ingin mencari teman bual ketika aku sedih.
Aku pun meninggalkan fasa itu. Aku telahpun menjangkau usia 20an tetapi masih lagi aku tidak temui bahagia ku apabila aku juga dipalau oleh rakan sekerja, dan aku juga difitnah serta dipergunakan.
Aku bertukar kerja dalam 3 kali disebabkan perkara ini. Aku menangis lagi.
Aku masih tidak menemui kebahagiaanku, apa dosa aku dahulu nya dicabul, diperguna, difitnah, dibuli dan segala itu telahpun memberi kesan pada diri aku. Aku menjadi seorang yang penakut.
Aku penakut dengan keadaan sekeliling, aku takut untuk pergi ke tempat baru, aku takut untuk ke kedai makan untuk order set di kaunter, aku tiada basic skill. Banyak lagi ketakutan aku.
Aku sangat down kerana aku takut dan lemah. Aku juga pernah berjumpa psychiatry tetapi aku tinggal appointment atas niat aku boleh pulih sendiri. Aku berfikir selalu pergi ke klinik untuk appointment membuktikan aku ni lemah!
Sampai la aku kenal dengan seorang lelaki yang aku namakan dia sebagai Nuh. Aku berkenalan dengan dia. Dia bercerita kisah silam dia yang penuh kejahatan. Dia juga perokok tegar.
Setelah dia ditimpa satu kejadian, dia berubah serta merta. Dia benar2 berubah. Dia mula berhenti merokok, hari2 ke surau, selalu ke majlis agama. Aku bersyukur.
Apa yang aku lagi bersyukur dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diriku dan sentiasa menjaga ikhtilat ketika keluar bersama yang mungkin aku boleh katakan sesi “taaruf”. Entah. Macam tak kena.
Nuh mengajak ku berkahwin dengan dia. Aku setuju. Tetapi Nuh menjaga ibu bapa dia. Ibu bapa dia tiada sakit kronik. Atas alasan jika ibubapa dia meninggal suatu hari nanti rumah itu hanya dia yang jadi penghuni.
Jadi dia mengajakku tinggal bersama di rumah dia dan ibubapa dia setelah menikah. Aku berfikir lama, tapi aku setuju.
Aku tahu banyak cabaran dan ujian jika duduk bersama mertua. Tapi ada yang menjalinkan hubungan yang baik bersama mertua. Aku telah diracuni oleh manusia2 di sosial media yang hendak menakutkan aku.
Satu perkara yang aku nak bagitahu korang sebenarnya dahulu aku sering berdoa bahawa aku mahukan jodohku itu tiada ibu. Seorang anak yatim. Kerana kebimbangan ku sangat tinggi dan aku seorang penakut.
Tetapi ibubapanya mengalu kan aku. Mereka juga tidak sabar hendak berjumpa dengan ku.
Nuh kata dia tak sabar menunggu ku datang menghuni rumah tu yang mungkin boleh membantu mereka melakukan sedikit kerja dan meringankan beban mereka
Kini, masa aku hendak bernikah tinggal hanya setahun. Tahun depan aku bakal melangsungkan perkahwinan ku. Tetapi aku masih lagi takut. Takut dipergunakan. Takut dengan kehidupan baru.
Nuh juga tidak memberi ku wang hantaran tetapi dia menguruskan segala hal majlis. Tetapi masih lagi aku takut. Nuh bekerja sebelum ini tapi dia berhenti kerja kerana solat tidak terjaga. Sekarang dia hanya bercucuk tanam.
Aku risau dan takut kerana waktu masih ada setahun untuk bernikah. Aku risau dia tiada saving setelah kami bernikah kerana dia tidak membenarkan untuk aku bekerja supaya ikhtilat lebih terjaga.
Aku menghormati keputusan dia. Tetapi dia juga seorang yang baran. Dia tidak pernah memukul ku tetapi ada sekali pernah dia meninggikan suara terhadapku tetapi dia meminta maaf padamu.
Dia seorang yang mempunyai trust issue kerana pernah “dibuang” oleh pasangannya ketika itu. Dia sedar perbuatannya salah dia meminta maaf. Tetapi aku masih lagi menerima dia atas sebab banyak kelebihan yang ada pada dia.
Dia seringkali mengajakku melakukan kebaikan, menjaga ku dari perkara tidak baik, menasihati ku. Ini lah yang aku mahu dari seorang lelaki. Seorang yang melindungi.
Tetapi masih lagi aku takut jika aku tidak menemui kebahagiaan setelah aku bernikah dengannya. Tambah pula aku akan hidup bersama ibubapa dia dibawah satu bumbung.
Dia berkata dia membenarkan aku pulang ke rumah aku sekali sekala jika aku mahu. Dia juga pernah menyatakan hasrat untuk mencari duit membeli rumah untuk keselesaan ku.
Tetapi Nuh seorang yang kalut dan seringkali berjanji perkara yang tidak dia tunaikan. Aku terkadang sudah biasa dan lali. Tetapi aku tidak bising.
Dia juga mengatakan aku ini seorang penyabar tapi hakikatnya aku menyimpan segala sakit di hati ku. Kerana aku tidak reti marah. Dah lah penakut, tak reti marah.
Sebelum aku menulis luahan ni aku menangis sepuasnya dengan nasib diriku ini yang sangat susah untuk temui kebahagiaan. Aku bahagian dengan keluarga ku. Tapi aku tidak akan duduk bersama mereka selamanya.
Aku mahukan kebahagiaan ku sendiri untuk jangka masa lama. Aku takut jika aku hidup dalam ketakutan selamanya. Aku takut jika aku akan dipergunakan lagi. Bagaimana harus aku lakukan.
Adakah ini hanyalah overthinking aku yang melampau?
Nuh pernah berkata dia akan tunjuk dunia padaku. Aku masih lagi sedih ketika ini. Aku sedih kerana aku penakut dan masih lagi seorang yang naif yang sesiapa sahaja senang mengambil kesempatan ke atas diriku.
– Bunga (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit