Bismillahhirrahmannirrahim. Terima kasih admin kerana menyiarkan pengalaman saya ini sempena hari ini adalah hari kesedaran kanser wanita.
Sebuah tulisan yang saya harapkan dapat menyuntik semangat dan kekuatan buat wanita yang senasib dengan saya, dan juga buat wanita2 yang membaca agar sentiasa membuat pemeriksaan reproduktif dan buat pap smear secara berkala.
Lahir sebagai wanita normal, berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Kisah bermula bila putaran haid jadi tidak teratur dan datang bulan tanpa henti. Asal2nya bila buat pemeriksaan, hanya ada cyst sahaja. Tapi bila buat test, cancer marker saya tinggi.
Hampir 6 bulan keadaan tersebut berterusan, dari hospital kerajaan, berubat secara homopati sampailah ke hospital swasta, masalah period saya tak dapat diselesaikan. Dan akhirnya membawa kepada hysterectomy radikal atau dalam bahasa singkatnya TAHBSO.
Alhamdulillah. semakin hari semakin sihat lepas buat TAHBSO 18 March 2021. Dan bermulalah kisah hidup saya, wanita tanpa rahim, dan kedua2 ovari.
Sebelum2 ni pon even ada endometrisis saya tak melalui pengalaman kesakitan melampau. Even senggugut pon tak ada.
Jadi saya tak perasan pon saya ada cyst yang semakin membesar. Sampailah saya bleeding teruk non stop pada haid bulan sept 2020. Berterusan sampailah saya buat operation pada march 2021.
Sebelum tu 3 kali appointment dengan GH, makan ubat still pendarahan tak berhenti. Operation asyik tunda. Jadi saya ambik keputusan ke hospital swasta. Dari hospital swasta tu saya dirujuk pada sebuah hospital universiti.
Masa ni kebetulan ada saudara terdekat yang disahkan ada kanser rahim stage 4, simptomnya sama macam saya. Bleeding non stop. Tuhan saja yang tahu. Risaunya saya.
Bila saya baca cerita kawan2 yang sakit akibat penyakit kita ni. Saya kira kategori beruntung sebab tak pernah sakit walaupon cyst saya 10cm dan endometrisis saya sebenarnya dah stage 4. Masa bleeding pon tak de rasa sakit.
Dan alhamdulillah. Allah berikan saya 2 cahayamata. Pernah 1 kali keguguran. Ini pembedahan utama pertama buat saya. Hampir ditolak keluar dari dewan bedah sebab BP naik teruk akibat nervous terlampau!
Ramai orang tanya… apa rasa sekarang. Bila tak ada rahim dan dua2 ovari?
Jujur saya cakap. Bila tengok rakan2 menambah zuriat, tengok baby memang ada rasa kekurangan. Dah tak boleh beranak lagi, sedangkan. Selepas anak no 2 umur 8 tahun kami memang teringin sangat nak ada anak lagi. Rindu nak bau baby.
Kadang2 saya macam tak percaya, mudah sangat2 saya ambik keputusan ni. Mungkin sebab saya tak dapat banyak info tentang tahbso ni, coz sebelum procedure ni saya cuma ada dua minggu untuk buat keputusan yang besar.
Yang saya cuma tahu , operation saja jalan penyelesaiaannya, tak diberitahu langsung tentang visanne or rawatan yang boleh saya dapat tanpa pembedahan, + MRI saya tak cantik. Doktor takut kanser. Ni salah satu sebab juga saya tak banyak fikir sangat kot.
Bila saya fikir2 balik… Allah sangat permudahkan urusan saya. Tak tunggu lama untuk tarikh operation. Jumpa orang baik2. Dari doktor sampailah nurse dan kakitangan hospital GH, dihospital swasta sampailah di Hospital universiti.
Dan kebetulan masa saya operate pkp 1 dah difasa 4. So suami siap boleh jaga lagi diwad.
Andai saya tangguhkan pembedahan tersebut hanya kerana hendak ambil masa lebih lagi untuk buat keputusan, tak tahulah apa akan jadi dalam keadaan sekarang.
Terima kasih Allah, saya hanya rancang nak buang cyst saja bila ke hospital swasta. Dari situ buat MRI. If masih tunggu di GH belum tentu MRI dapat dibuat secepat tu.
Dari situ juga saya dapat tempat untuk buat pembedahan di Hospital Universiti, atas bantuan doktor di swasta. Dia sendiri yang akan buat operation.
Dan saya yang asalnya nak guna insuran diswasta, tak perlu bayar apa2 pon di Hospital universiti sebab guna GL suami. Allahhuakbar bila ingat sekarang sebak rasa.
Ya Allah, kau berikanlah sebaik2 ganjaran dan kebaikan dunia akhirat buat semua doktor2 serta petugas kesihatan di seluruh dunia. Aamiin. Besar jasa mereka merawat pesakit.
Sebagai orang yang dah buat pembedahan ni. Ingin saya nyatakan kat sini, ianya ok saja walaupon ada juga kekurangannya. Hubungan suami isteri ok2 saja.
Cuma kena guna bantuan gel, sebab bila kita dah tak de ovari, macam saya servik pon dah buang. Akan jadi kekeringan, tapi awal2 saja. bila dah start pil hormon. insyaAllah ok2 saja but still kena guna gel.
So jangan perkara ini menjadi ketakutan buat para wanita diluar sana. Kena yakin. Jodoh ajal maut ditangan Allah.
Kata2 doktor panel saya walaupon dia non muslim, buat saya tenang dan redho. Masih saya ingat waktu saya jumpa dia saya menangis sungguh2,
Saya ceritakan semua apa yang terbuku dalam hati saya, coz selepas saya tahu keputusan MRI dan saranan doktor pakar sakit puan dan onkologi di hospital swasta, saya memang buntu.
Mak ayah dah tak ada, so hanya suami dan google saja rujukan saya. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati saya untuk rujuk pada dr panel yang merawat saya sejak saya bujang lagi sampailah sekarang anak2 dah besar pon still pergi panel ni.
Antara kata2 dan nasihat dia. Tak ada rahim you mungkin boleh selamatkan nyawa you, berbanding you simpan dan mengancam nyawa serta kualiti kehidupan harian. Sakit, tak bermaya, bleeding you ingat you boleh layan suami you dengan baik?, lihat anak2 you membesar?
Mungkin suami akan tak suka (ni bila saya cakap pada dia, maybe kualiti hubungan s3x suami isteri tu terjejas). But at least you kena ada hidup yang berkualiti untuk lihat anak2 you membesar. Suami boleh ada ganti, tapi kesihatan dan diri you kena sihat.
Betul2 buat saya buka mata, yang kehidupan kita ni sebagai wanita. Walaupon rahim dan aksesori organ wanita tu adalah kebanggaan kita, tapi sampai masa kita kena korbankan demi meneruskan perjuangan yang lebih penting. Anak2 dan kesihatan.
Sekurang2nya walaupon kita tak de zuriat. Kualiti kehidupan kita lebih baik. Boleh buat apa kita suka tanpa ada gangguan kesihatan.
Dari segi kesan pada tubuh. Mudah letih. Sendi2 mula rasa sakit, ini kerana bila ovari dah dibuang, pesakit akan terdedah pada ancaman penyakit reput tulang, dan serangan jantung akibat kekurangan hormon estrogen yang dihasilkan oleh kilang telur.
Macam saya tak de hot flush yang mana ini adalah salah satu simptom yang akan dihadapi oleh orang2 yang buat procedure buang rahim dan kedua2 ovari (surgical menoupose). Emosi tu kadang2 saja weng. Bukan setiap masa. Tapi start saya ambik ocepedem sebagai supllemet.
Nampak dah berkurang dah. Saya ambik juga menapul. Yang lain2 tu saya tak ambik port sangat. Hakikatnya tak operation pon memang saya dah berumur 43 tahun. Jadi kena terima. Kita memang dah tua dan badan kita memang dah tak bertenaga macam orang muda2.
Nasihat saya, yang sudah punya anak, yang umur dah 45 keatas. Yang hari2 sakit sampai hilang kualiti hidup. Yang kena telan pil tahan sakit hari2 tu. Mungkin anda kena buat keputusan ikut cakap doktor anda.
If perlu buang rahim ikutlah. Dalam usia2 begini rahim tu dah tak menjamin apa2 lagi untuk kita. Kecuali untuk mengandung saja. Tak berbaloi nak tahan sakit hanya kerana nak mempertahankan rahim. Kecuali anda masih belum punya anak.
Memang buang rahim ni ada kesan sampingan. Tapi masih ada solution untuk kita selesaikan. Lagi satu. Jika dibiar risau akan jadi kanser pula. + banyak sangat makan ubat tahan sakit boleh efek buah pinggang.
Ye endometrisis sangat menyakitkan bagi sesetengah penghidapnya. Ada yang bukan setakat sakit ketika waktu datang bulan sahaja.
Yang tak nak buang dan masih nak bertahan , jagalah pemakanan. Ambiklah supplement. Ikutlah apa2 saranan doktor. Jangan asyik berharap pada ubat tahan sakit saja. Kena aktifkan diri supaya kita boleh lupa sekejap sakit kita tu.
Buatlah apa2 yang kita minat. Kadang2 sakit ni bila kita asyik fikir saja dia akan jadi lagi teruk. Ni terjadi kat saya masa start saya tahu ada cyst sampailah saya buat keputusan buat pembedahan.
Sekarang hidup saya dah tenang. Period dah tak de, bleeding dah tak ada. Saya ikut saja panduan doktor bagi, ambik supplement dan bersenam.
Nak solat dan buat apa2 ibadah ke, nak layan suami ke tak de masalah lagi. Bila2 boleh *on*. Nak bekerja dan beraktiviti pon dah selesa.
Ya anda kena makan pil hormon selagi hayat dikandung badan2. Tapi nikmat sihat tu mengatasi segalanya. Kita usaha. Selebihnya kita tawakal. Setiap ujian Allah beri pasti ada hikmahnya.
Maaf jika tulisan panjang saya ada menyinggung mana2 pihak. Maaf juga andai tersalah ejaan untuk term2 perubatan dan nama penyakit.
Sekadar berkongsi pengalaman. Moga ada kebaikan dan manfaat buat semua yang membaca. Yang baik2 dari Allah. Kekurangan hanyalah dari saya insan yang tiada apa2 lagi lemah.
Jangan pernah rasa diri kita tak berguna hanya kerana kita sudah tidak sempurna sebagai wanita akibat tiada rahim.
Sesungguhnya amalan2 baik kita, dan keyakinan kita pada setiap qada’ dan qadar Allah Sajalah yang jadi bekalan kita disana nanti. Moga berkumpul kita semua dalam syurgamu Ya Allah. Aamiin.
– Bukan rahimah tanpa rahim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit