Nama aku Maya. Aku berusia muda. Aku sorang pompuan dan tinggal kat kampung. Aku harap luahan aku ni disiarkan. Sape yang sudi sila la baca.
Macam tajuk diatas, aku nak kongsi cite tentang aku punya kekurangan.
Aku selalu fikir, apa tujuan aku untuk hidup, lahir dan wujud kat dunia ni? Kalau semua tu untuk rasa sengsara, sakit, luka dan sedih ja.
Lebih baik aku m4ti ja. Tak wujud langsung ka. Tak dilahirkan ka. Kalau boleh aku tak nak jadi manusia.
Aku punya Halitosis. Halitosis ni penyakit nafas bau. Benda ni bukan biasa eh, yang kalau ko berus gigi terus hilang bau. Tak. Bukan. Ni luar biasa.
Bau dia, puiii nak mati kalo ko terhidu. Bau dia bukan takat kat mulut aku ja, sekali ngan hidung aku.
Aku ada benda ni sejak sekolah. Aku dibuli, dihina, dicaci, dimaki, dibenci, dipulau dan dikata jijik. Semua orang fikir aku pengotor dan pemalas. Sebab halitosis aku kena hadap semua ni.
Aku susah nak gi sekolah. Sebab kalo aku ada ja dalam kelas, satu kelas busuk sebab bau mulut aku. Aku tutup mulut pon tak guna, bau tu kuar dari hidung aku.
Cikgu mengajar pon tak selesa. Kawan2 dalam kelas lagi lah. Sampai satu tahap tu aku kena maki sebab datang sekolah. Aku pon nak belajar gak. Tapi sebab aku, semua orang tak selesa.
Aku mula kerap tak hadir sekolah. Nama aku masuk disiplin. Aku dapat banyak surat amaran. Aku datang sekolah balik. Lantak la apa, aku hadap ja.
Tapi tak semudah tu. Kali ni, kelas lain pon buli aku. Cikgu mula menyindir ketika mengajar. Kalau aku gi mana2, semua orang jauh2.
Tutup2 hidung. Buat muka jijik kat aku. Caci maki tu memang wajiblah. Orang yang aku tak kenal pon buat kat aku.
Selama aku sekolah, sampai la aku habis sekolah. Ini lah yang aku hadap hari2. Sepanjang ni gak la aku ada lebih banyak lagi kekurangan.
Aku keseorangan. Kawan tak dak. Makan sorang2. Belajar sendiri. Aku ada migrain. Aku ada depression. Aku banyak mental illness. Hilang keyakinan. Aku berubah sepenuhnya.
Satu kampung tahu aku. Satu kampung pulaukan aku. Aku pi mana2 ja. Disindir. Dihina. Aku tak tau lagi nak buat pa dalam hidup ni. Aku penah banyak kali cuba bunuh diri. Tapi aku masih di sini.
Aku tak dak kerja. Aku banyak kali kena reject. Aku jadi orang tak beguna. Sape ja nak pekerja dia busuk macam sampah. Takut mencemarkan udara tempat kerja.
Aku tak nak cakap pasal keluarga. Diorang tak kisah pasal aku.
Aku dari dulu lagi sentiasa usaha. Aku berus gigi kuat sampai gusi berdarah. Sental lidah sampai berdarah. Floss. Ubat kumur. Semua cara aku dah guna. Tak dak hasil.
Aku gi jumpa doktor. Aku rawat gigi. Cabut, tampal, cuci. Segala tak dak gak hasil.
Aku dah penat. Aku putus asa. Aku tak tau apa lagi perlu aku buat tuk mulut aku ni. Semua benda yang kononnya buat mulut wangi aku cuba. Tak dak hasil. Produk tuk wangi mulut pon tak dak hasil.
Aku setiap detik saat berusaha. Aku sentiasa tebal muka kalau gi mana2. Aku nak sambung belajar tapi aku trauma. Aku nak sangat kerja.
Serius aku nakkkkk sangat2. Tapi aku tak di terima. Sebab, aku busuk.
Masih lagi aku ingat nama2 gelaran yang diberi. Tahi, Tahi kucing, sampah, longkang, mayat, Si busuk dan macam2 lagi.
Aku saja ja nak meluah. Sape yang baca ni, aku harap jaga lah kebersihan mulut. Ambil kan aku sebagai contoh. Dalam hidup ni, anggota yang paling utama dan penting adalah mulut.
Tapi aku tak dak mulut. Mulut untuk bercakap. Sebab Halitosis ni Busuk, bau, kalo hidu memang nak mati. Bau dia aku tak leh hidu sangat. Cuma aku rasa air liur aku tak sedap. Pahit.
Leher aku berlendir. Tonsil ada tompok putih. Kalo makan je, mesti macam ada timbul2 kat tonsil macam nanah tapi bukan.
Aku ada buat research. Aku jumpa pasal tonsillilith. Tapi aku cek tak dak pon batu2 tonsil.
Cuma aku dapat tahu satu sebab lain iaitu gastric. Aku ada gastric teruk. Sebab pemakanan aku tak stabil. Kadang makan, kadang tak.
Sampai sini saja kisah aku punya kekurangan. Sebenarnya aku banyak lagi nak cite. Tapi nanti panjang pulak. Ayat dah lah beterabur. Sekian.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hi kak maya,sya pon ada masalah sama huhu contact saya boleh? ws 0179052413
Sama kita
Wasap saya boleh ka?0164389965 sbb aku pon ada masalah sama cm korang
Kalau macam ni bukan jumpa dentist. kalau ada duit atau ada insurans, bolehla cuba ke saluran yang betul. Kalau tonsil tu jumpa pakar ENT, kalau gastric pergi buat endoscope. nak cakap lebih2 pun takpasti juga, cuma yang pasti kena pergi cari saluran treatment yang betul. All the best for your life, harap future will be better for you.