Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-kekurangan/).
Hai. Aku Maya. Terima kasih admin sebab siarkan luahanku yang sebelumnya. Juga kepada para pembaca yang telah sudi membaca. Disini aku nak luah sedikit sebanyak cerita tentang aku buat masa sekarang.
Aku punya Halitosis – keadaan aku semakin teruk dari yang dulu. Semakin kuat mulut aku busuk. Hidung apatah lagi. Tapi aku tak berputus-asa. Aku kuatkan semangat didada dan dikepala hotak aku ni agar sentiasa berusaha dan bersabar.
Aku sekarang ni kalau nak gi mana-mana wajib makan gula-gula getah. Sebab ianya dapat membantu dalam mengurangkan bau mulut busuk aku ni.
Sebelum pi mana-mana, aku wajib berus gigi, sental lidah, membersihkan mulut sebersih-bersihnya dan tidak lupa memakan gula-gula getah.
Akan tetapi, mulutku masih juga busuk. Kalau dalam perkiraan peratus, mungkin dalam 30 peratus ja hilang bau mulut aku yang busuk ni.
Itu pun dengan usaha membersih dan bantuan gula-gula getah. Haihh. Gusi aku dahlah bengkak. Kalau aku berus gigi pon kena perlahan-lahan. Sebab sakit, pedih dan ngilu. Ngilunya teramat.
Satu hal lagi, disebabkan aku kerap memakan gula-gula getah, kadang ada ja tergigit gusi pipi. Ohhhhhh. Sakitnya bukan main.
Lepas berdarah, jadi ulser pulak. Wow. Serius aku susah nak berus gigi. Pedih dia tak leh cakap ah. Dalam seminggu jugak mulut aku akan busuk giler sebab tak bersih ketika membersih.
Penatnya lah aku. Serius aku penat. Aku pon nak jugak jadi macam manusia normal. Semua orang ada mulut normal. Boleh bercakap macam biasa dan normal. Mulut tak busuk. Tapi, aku tak, aku hidup dah ditakdirkan begini.
Mulut aku busuk. Hidung aku busuk. Tengkorokkan aku busuk. Dalam perut aku pon ada gastric yang bergas busuk. Aku busuk. Aku… (tak nak jadi aku, sebab aku manusia yang busuk).
Wahai Halitosis. Aku rasa Halitosis bukanlah penyakit yang serius sampai dikenali ramai pon. Sampai boleh meragut nyawa manusia. Tidak.
Tetapi, hakikat sebenar tentang Halitosis hanya dapat diketahui oleh pesakit yang menghidap penyakit Halitosis. Dan aku tahu bagaimana rasa Halitosis. Rasanya seperti “bagai mayat busuk yang mati, tetapi masih hidup bernyawa”. Inilah yang aku rasa. Inilah… aku.
Halitosis. Sebab kau, aku sakit. Kau lah penyakit yang paling mematikan bagi aku. Aku rasa dah mati dah pon. Sebab kau, aku jadi manusia tak normal. Aku tak dak mulut. Tak dapat nak bercakap.
Padahal, manusia memerlukan mulut untuk melakukan semua perkara. Bernafas. Berkomunikasi. Dan banyak lagi. Aku susah nak buat semua perkara ni.
Aku cemburu. Aku pon nak jadi macam manusia normal gak. Boleh sembang2, senyum2, gelak2, happy2 ngan semua orang. Keluarga, kawan2, guru2, rakan sekerja, dan masyarakat. Paling utama, ibu bapa. Aku… nak… semua ni…
Tapi, tak boleh. Kenapa? Kenapa?… kenapa aku tak boleh?… Aku penat mengeluh. Tak mengubah nasib pon. Takdir tetap takdir. Tapi… aku… (aku nak kehidupan yang baharu? Jadi orang lain ka? Tapi aku adalah aku. Aku malas nak berharap.)
Aku punya Mental Illness – sepanjang hidup aku sakit mental. Bertahun-tahun sampailah sekarang. Aku ada depression. Aku sentiasa murung. Tak senyum langsung. Sebab aku dah lupa macam mana nak senyum. Macam mana rasa bahagia.
Aku ada Insomnia. Aku susah nak tidur. Kadang pulak aku tidur memanjang sampai susah nak bangun. Macam orang mati. Pastu, kekadang aku tidur pagi bangun malam. Tak tidur langsung lah. Rasa nak tidur yang teramat lah. Macam2 lagi lah.
Sampai satu tahap, kalau aku sedang buat sesuatu tetiba mataku terlelap dan aku tertidur terus bermimpi. Dalam beberapa saat? Minit? Tak pastilah. Tapi bahaya kot. Sebagai contoh, time aku mengemas bilik aku pernah terduduk dan terlelap.
Aku bangun2 ja, terus aku rasa pelik apasal bilik aku bersepah. Pastu, baru aku teringat yang aku sedang membersihkan bilik. Sebenarnya benda ni makin teruk. Banyak jugaklah yang berlaku. Aku tak tau la ni penyakit ke apa?
Aku ada Eating Disorder. Aku berbadan kurus. Tetapi sejak kejadian disekolah aku mula melampiaskan apa yang aku rasa, pada makanan.
Aku ada Binge Eating. Aku mula kuat makan. Asyik nak makan ja. Tak henti2. Makan, makan dan makan. Sampailah berut aku buncit.
Sakit. Susah nak bernafas.
Aku ada sembelit. Pernah sampai berak berdarah. Sampai bengkak susah nak duduk, jalan, baring, semualah.
Aku kadang berak, tapi lendir saja keluar. Aku ada buasir. Sampai sekarang aku susuh nak membuang air besar. Selalu terpaksa minum air ubat sembelit. Tu pon bagi kesan sakit pedih kat ulu hati.
Badan aku mula gemuk. Sekarang ni, perut aku buncit. Lemak berlipat2 kat perut. Aku rasa diri aku yang gemuk ni hodoh. Kadang aku pandang cermin pon tak sanggup. Sebab aku akan bandingkan diri aku yang sekarang ni dengan diri aku yang dulu.
Aku mula takut untuk makan. Aku cuba berlapar selama berhari-hari. Tapi kesannya, badan aku lemah. Aku menggeletar. Aku pitam sampai rasa nak pengsan. Aku ada gastric teruk. Perut aku pedih. Sampai satu tahap aku pi emergency kat hospital dan dibagi ubat untuk kelegaan pantas.
Aku mula menjaga pemakanan. Makan mengikut saranan dan nasihat doktor. Dalam dua minggu jugak gastric teruk aku ni sakit. Perut rasa pedih. Muntah. Cirit-birit. Tak dak selera makan. Tapi rasa lapar. Tidur tak tenang. Sakitnya gastric tu, memang sakit. Perit.
Selepas aku sembuh. Aku diganggu kembali oleh self-hatred. Feeling insecure dan hilang keyakinan tahap tinggi. Aku mula Diet. Fasting diet. Water diet. Starve diet. Semualah. Tapi kali ni aku guna cara makan makanan pedas.
Hampir setiap hari aku makan makanan yang pedas. Sakit perut. Sakit ulu hati. Sakit ketika membuang. Sampai satu tahap, aku trauma membuang. Sebab sakitnya tu, hanya aku saja yang tahu dan mengalaminya.
Aku stop makan pedas. Mula menjaga makan. Aku amalkan makanan yang sihat. Akan tetapi, aku hanyalah manusia yang lemah dan cepat berputus-asa?
Aku mula tidak menjaga pemakanan. Aku ambil makanan dan minuman yang tak sihat. Aku makan pedas. Makanan berlemak. Air berkarbonat yang bergas dan gula yang tinggi. Dan macam2 lagi.
Nak dipendekkan cerita la kan. Hehh. Panjang jugak lah cerita pasal masalah makanan aku ni.
Pendek cerita, aku ada masalah hubungan ngan makanan. Kadang makan terlampau banyak, kadang tak makan langsung. Kadang makan makanan sihat, kadang makan makanan tak sihat.
Sampai sini ja cerita luahan ku pada kali ini. Nanti ada masa aku sambung. Aku harap para pembaca boleh jadikan aku sebagai pengajaran.
Jagalah kesihatan baik2. Paling penting sekali, jagalah kebersihan mulut. Kesihatan anggota badan. Jaga pemakanan. Tidur dengan cukup.
Jangan lupa senyum selalu.
Sekian.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit