Ini adalah sambungan confession, Aku Menantu, (https://iiumc.com/aku-menantu/).
Penatnya menjadi isteri. Aku fikir selepas kahwin hidupku lebih mudah. Lelaki yang memahami, supportive sebelum kahwin dulu entah hilang ke mana.
Makin hari makin aku rapuh. Suami selalu kata aku nipis (sensitif) tiap kali ada krisis. Manakan tidak, aku dididik oleh seorang ibu yang sangat menjaga tutur kata.
Hanya perkataan bodoh dikeluarkan bila dia teramat marah. Dan perkataan tu last bila entah. Mungkin masa 3 4 tahun lepas.
Tadi masa suami keluar beli barang, mak cuba untuk menggunakan air fryer. Niat aku memang nak tolong. Aku basuh braket dia tapi mak letak dalam lapisan bawah yang ada sisa minyak. Aku kata jangan letak dulu ada minyak tu.
Dia terus cakap “Bodoh mak mertua tak pandai guna.” Aku terkedu. Diam seketika. Pastu aku kata aku tak cakap. Dia balas lagi “Bukan ada cakap ke tadi?” Aku terus balas “Setan kot.”
Ya Allah aku rasa berdosa jawab macam tu tapi mak suka trigger darkside aku.
Aku sampai tahap hari tu menjerit sebab stress dengan “gurauan” kasar mak. Bukan sekali, banyak kali. Bila aku diam dia akan buat lagi, macam sengaja nak sakitkan hati aku.
Macam pagi tu, aku tengah mood elok, aku dah niat nak baik dengan mak, lupakan kisah semalam. Aku tanya, mak dah makan?
Dia jawab “Nak makan apa, bukan ada apa pun kat rumah.” dengan gaya memerli. Allahu. Aku terus ajak suami pergi beli makanan.
Sebenarnya banyak aje makanan yang dia biasa makan. Roti, buah, nestum. Kalaupun taknak makan, boleh aje bagitau ajak pergi beli sarapan dengan cara baik.
Oh ya apa apa yang berlaku biasanya memang bukan depan suami aku. Kalau depan suami aku, dia saja yang biasanya counter back mak dia.
Suami pulak beli sarapan untuk dia dan mak dia saja. Dengan alasan aku cakap nak masak. Luluh hati. Dah la tengah lapar alih alih takde makanan.
Diorang makan, aku layan saja perasaan sambil cuci ayam untuk masak. Langsung tak di ajak makan.
Teringat ibu kat rumah. Ibu tiap kali balik pasar, ibu akan mintak kami (anak perempuan) isi perut dulu baru buat kerja. Sebab ibu tahu kerja cuci mencuci ni akan jadi lama.
Diorang lepas dah nak habis makan baru offer makanan. Seperti biasa aku kena habiskan makanan yang mak tak habis makan.
Suami pun lepas habis makan terus ke depan main game. Tinggal aku sendiri makan hati. Pinggan semalam sisa makan tinggal macam tu saja.
Aku tahu mak yang suruh dia tinggal. Dah sedia maklum dari kakak ipar, adik beradik lelaki memang dimanjakan oleh mak. Bab duit dan kerja rumah memang mudah saja.
Sejak kebelakangan ni sabar aku makin kurang. Hari tu orang ada komen kan beruntung mak nak membeli tak payah masak.
Tapi sekarang dah terbukti apa naluri aku cakap betul. Mak buat cerita depan ipar duai aku tentang duit banyak habis sebab membeli makanan.
Padahal aku masak saja hari hari sekarang. Dah jarang sangat membeli. Dia saja yang tak nak makan air tangan aku. Suami aku elok saja menambah nasi tiap kali makan. Pernah la dia makan aku masak tapi dia komen tak cukup itu ini.
Aku dengar saja. Sebab ipar duai aku masak kadangkala bukan sedap mana pun tapi dia puji melambung. Padahal dia sendiri makan sikit saja.
Hari tu kakak ipar datang, mak sound aku depan depan kata ” maafla kat rumah tok tak masak nasi. ” Aku terus sangkal kata ada saja nasi dalam periuk. Dia terus terkulat kulat nak cover malu.
Satu lagi tabiat mak. Simpan makanan lama lama dalam peti. Mak kan suka membeli. Nafsu besar selera kecik. Paling latest dia perli aku ”
Tak pe simpan saja dalam peti, nanti ada la orang rajin buang”
Allahu, mak. Kalau aku tak buang sebulan dalam peti tu tak terusik.
Aku perhati saja, kalau aku tak kemas peti, siapa nak kemas? Harapkan anak jantan dia? Cakap boleh, buatnya tak. Bila aku kemas peti mak duduk depan aku check apa yang aku keluarkan.
Pastu tak habis habis mulut cakap membazirnya.. Nak buang semua ke?
Bab ni kadang suami aku backing aku. Aku diam saja makan hati, suami yang cakap ” orang tak buang benda yang elok. yang tak elok baru buang. ” Dia iyakan dalam keadaan tak puas hati.
Suami cuba tenangkan aku cakap mak dia bergurau. Takde niat nak lukakan hati aku. Ye, setiap kali ayat tu yang dia beri. Bergurau.
Habis bab makanan, bab mengemas pulak. Hmm, kalau aku tak cuci tandas memang berkerak la. Mak dan suami langsung tak sentuh. No wonder la awal kahwin bilik air tu penuh dengan tahi burung. Geli geleman aku masa mula mula datang.
Mak pulak aku perasan jenis buang sampah atas lantai. Tisu penuh tepi bucu kerusi tempat dia makan. Aku faham mak kata tak larat nak buang sampah. Dia letak plastik gantung tepi kerusi aku boleh terima lagi.
Ni atas lantai penuh sampah, apa guna plastik yang tergantung tu. Suami aku pun terikut sama. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.
Aku sempat merasa hidup berdua selama sebulan lebih masa awal kawin. Lepas tu mak duduk sini sampai taknak langsung ke rumah anak lain. Minggu lepas suami ada utarakan tentang planning minggu ni kami akan sibuk.
Dia seolah merajuk bila suami utarakan untuk tinggal mak sebentar di rumah kakak. Suami pulak lepas emaknya balik tinggal sekali lagilah jadi perangai lama. Mak pernah marah aku kejut suami aku tidur petang.
Padahal aku cuba untuk tukar tabiat dia. Asal takde keje, tidur. Aku pun faham juga kalau suami penat takkan aku kejutkan. Mak pun pernah bagitau yang suami aku tak pernah buat kerja dapur sebelum ni.
Dia seolah tak suka suami aku tolong aku di dapur. Tolong tiarap pinggan, masak nasi goreng, benda ringan saja pun. Dan sebulan sekali pun nasib baik lah tu.
Jujur aku cakap bila aku buat kerja sorang sorang, minda aku selalu kata aku ni tak ubah macam bibik. Yelah, aku penat berpanas di dapur, diorang senang lenang tengok phone kat depan.
Mak tu tak kisah sangat sebab dah tua. Suami aku pun sama naik. Tak de empati kat isteri. Common sense nak tanya or bantu isteri tu takde.
Selagi aku tak terasa hati, tak bagitau memang dia akan senyap macam tu jela main game.
Bab duit, paling latest suami terasa hati bila mak jaja kat semua adik beradik dia takde duit sebab kereta sewa mahal masa nak hantar ipar ke airport.
Aku dah cakap kat suami kalau asbab pergi ni kita takde duit, baik kita tak pergi. Daripada kita menyusahkan orang.
Kami pergi pun sebab ada krisis family yang menyebabkan kami terpaksa sewa kereta.
Lepas dah hantar actually boleh saja balik terus tapi mak pulak takut nak balik malam. So drag masa tidur di rumah ipar yang jarak 200km. Kiranya tambah lagi 200km untuk balik ke rumah.
Tambah lagi kos minyak, tol, makan.
Alhamdulillah asbab kejadian ni suami mula baiki kereta yang dia ada. suami pun sekarang decide nak makan rumah dan taknak susahkan mak. Tapi mak pulak asyik tanya nak duit ke tak dan pelik mana suami aku dapat duit.
Hahahhaa lawak pun iya jugak. Kalau guna duit dia, dia duk jaja kat anak anak yang lain yang dia takde duit. Bila tak guna dia pulak susah hati. Sampai tahap sekarang, setiap benda aku borak dengan suami aku dia akan tanya.
Aku ni jenis yang tak suka cakap kuat. Cukup sekadar dengar. Bila aku borak dengan suami dia akan tanya apa? setiap kali. So aku pun decide untuk senyap dan biarkan dia bercakap dengan anaknya.
Oh ya, setiap kali keluar mesti mak ikut. Kalau dia tak ikut, dia akan menganjing aku sebab nak ikut suami padahal dekat saja. Hahaha nak buat macam mana tu saja masa aku tuk bersama suami aku. Lain lain kena bawak mak sekali.
Kadang kadang aku rasa macam aku bermadu pun ya. Bermadu dengan mertua sendiri. Hahaha
Sebelum nikah, suami aku cakap takde orang yang peduli pasal dia. Termasuk mak dia. Masa dia sakit aku yang call situ sini utk CODkan makanan. Masa tukan PKP dan kami LDR.
Sekarang lepas kawin, mak dia plak nak kan perhatian dia. Kakaknya sendiri kata adik dia banyak berubah lepas kawin. Alhamdulillah la kan. Sebelum ni masing masing kata dia tak dengar cakap orang, buat hal sendiri saja. Entah lah.
Aku tahu mak dia tak dapat apa yang suami aku buat kat aku dari ayah. Tapi tu bukan tiket dia untuk sekat suami aku jadi lebih baik.
Kenapa nak cemburu bila anak kita layan perempuan lain baik. Tu kan isteri dia? Bukan ke patut bersyukur yang anak nya tak ikut jejak ayahnya?
Aku hari hari berdoa semoga aku dapat jadi menantu yang baik, isteri yang baik. Yang sabar dengan keadaan sekeliling. Tapi tulah, aku macam sayang diri aku dan taknak peristiwa dulu berulang. Aku taknak orang pijak aku.
Aku selalu cakap kat suami aku, kenapa awak kahwin dengan saya sedangkan awak boleh hidup dengan mak awak?
Kalau aku dibuat seperti tunggul dan sekadar bibik untuk cuci sisa orang dan masak untuk kenyangkan perut, apa guna aku bernikah?
Maaf luahan aku panjang. Doakan aku kuat menghadapi semua ni. Doakan yang terbaik buatku. Terima kasih atas nasihat sebelum ini dan selepas.
– Molly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit