Assalamualaikum pembaca semua. Jika luahan ini disiarkan, terima kasih admin. Lama jugak Saya terfikir nak luah atau tak. Tapi sebab baru-baru ni terdengar kisah dia, Saya jadi teringat balik.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki ni. Nama dia Potato (nama samaran). Awal perkenalan, Potato ni yang approach saya dulu cakap nak kenal. Tak lama dalam masa seminggu dua dia cakap “kita tunang tahun depan eh”.
Sejujurnya, saya terkedu masa tu. Kalau dari segi umur memang umur yang tepat untuk kami mendirikan rumah tangga.
Kami satu tempat kerja dan saya tahu dia seorang lelaki yang baik walaupun kadang ada la hal yang saya tak berkenan dekat dia. Salah satunya pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kadang selamba jer tepuk tampar. Tapi saya nampak perempuan yang tepuk-tepuk bahu dia. Dia mengelak macam gitu jer.
Jadi lepas dia bagitahu tu saya fikir saya boleh dan nak terima dia. Saya suka usaha dia dalam hubungan. Dia yang selalu beria dan dia yang selalu plan untuk keluar date.
Saya ikut jer sebab kerja dia sibuk sikit nak bandingkan dengan saya, saya lebih mudah dapat cuti. Lagi pun saya kategori perempuan yang bukan high demand. Saya ikut sahaja asalkan baik urusannya.
Dipendekkan cerita, selepas sebulan perkenalan dengan tiba-tiba dari dia yang selalu telefon, dia jadi manusia yang paling susah nak angkat telefon. Saya pelik…
Ya, memang kadang kalau dia telefon lambat saya marah tapi sekejap jer dan saya marah sebab bagi saya dia dah lapang tapi kenapa telefon lambat lepas tuu nanti cakap sikit dah ngantuk.
Satu lagi yang sakit hati, masa tengah telefon dia akan cakap sambil tengok tik tok/ Whatsapp chat. Mana saya tahu? dia akan tiba-tiba cakap “sayang, abang tengok dekat mall tuu ada promo kasut la.”
Bila saya tanya “ohh yeke, mana abang tahu?” dia jawab “ni abang tengok. kejap abang hantar.” atau pun tengah telefon dia bebel pasal pekerja dia buat itu ini hasil dari group whatsapp. Saya sabar jer. Nak bercakap pun susah. Tapi saya tak der laa bring up isu ni. Saya diam jer.
Dekat tempat kerja kami memang tak bercakap sangat sebab hubungan dirahsiakan. Depan orang kami hanya sekadar rakan sekerja.
Perkara ni mula-mula saya yang minta sebab pernah ada pengalaman yang tak best dan nak tetap menjadi professional dalam bekerja.
Tapi bila dia tiba-tiba berubah saya pun tak tahu punca dari mana. Saya telefon dia hampir 100 kali, whatsapp call, call nombor, whatsapp chat, dia diam dan bahkan dia block whatsapp saya.
Saya tak pernah call lelaki banyak macam tuu. Saya menangis. Dalam otak ni cuma ada satu soalan “kenapa?”. Hati saya rasa hancur sangat sampai saya fikir mungkin dia sebenarnya bet dengan kawan kot untuk dapatkan saya.
Saya pernah jumpa dia dekat tempat kerja tanya kenapa dia senyap. Dia jawab “busy, semalam pun tak balik.” Saya tanya kenapa tak jawab telefon. Dia mengelak jawab dan main games di telefon. Dia beli telefon baru dan mula berubah lepas beli tu.
Saya pergi. Saya tak suka dilayan macam tu. Saya mula keraskan hati walaupun dekat tempat kerja kena mengadap muka dia. Sakit sebab nampak dia hari-hari.
Saya pernah tanya dia masa awal perkenalan dia ajak tunang. Saya cakap “bukan ke abang dengan mimi?” Dia cakap “itu kawan jer. Salah ke kawan?” aku cakap “iya, saya tanya jer.”
Tak lama lepas tu, semasa kami sedang difasa silent treatment tu masa tengah berbual dengan seorang rakan kerja dia tiba-tiba bercerita pasal Potato. Dia cakap macam ni “mimi cakap dulu Potato tu suka dekat dia. Tapi mimi tak nak. Mimi dah selesa kawan.”
Masa tuu jantung saya lajunya. Saya senyum jer. Saya balas “ohh yeke. kenapa dia tak nak? Potato tu kan ok?” Kawan saya balas “Mimi tu dah selesa kawan jer”.
Dan Mimi tuu laa wanita yang saya nampak tepuk bahu dia. Mimi tu jika saya perhatikan memang tidak menjaga batas pergaulan. Tak apa laa. Sayu hati saya masa dengar tu.
Lepas dua minggu silent treatment, saya terserempak dengan dia masa dia nak balik dan saya jeling dia. Tiba-tiba selepas dua jam, dapat chat dari dia. Dia chat “Teddy bear, aku rasa kita kawan saja la ya. Sebab aku pun sibuk kerja.”
Saya balas “Aku tak pernah pun persoalkan pasal kerja kau. Tak pernah sekali aku marah kalau kau sibuk. Tak nak putus”
Masa ni saya masih ditempat kerja dan saya menangis. Hati saya remuk. Dari saya yang gembira nak bertunang dah tahun depan. Kami dah plan tarikh, tempat, hantaran, nak duduk mana lepas kawin dan macam-macam lagi. Semua dia yang ajak plan. Dia yang beria.
Kemudian dia balas “tak apa la aku rasa kita sesuai kawan”. Saya balas “kenapa kau dah ada perempuan lain ke?” Dia cakap “Demi Allah abang mana ada orang lain”
Kemudian saya balas chat yang cakap nak kawan tuu, saya balas “ok, kalau ada apa-apa yang aku hutang atau kena bayar masa kita keluar sama bagitahu la”.
Dia jawab “mana ada, jangan la marah.” Saya tak balas dah. Balik kerja saya menangis. Saya mengadu kat Allah “ya Allah, tolong janji gantikan yang jauh lebih baik. hamba tunggu.” Dia telefon saya, saya tak jawab. Dia chat mintak saya jawab.
Saya jawab dan dia masih gelarkan abang, sayang. Saya tak banyak cakap kami bercakap pun hanya 15 min. Apa yang dia cakap bukan pasal hubungan kami tapi pasal daily routine atau apa yang jadi pada hari tu. Selepas daripada itu, saya cuba move on. Sedih saya, sampai saya hampir terkena anxiety.
Saya seorang wanita kuat bukan macam ini. Bukan wanita yang menangisi lelaki. Tapi sebab saya tak nampak red flag dia, saya susah nak move on.
Setiap kali drive saya menangis semahunya. Pergi kerja, balik kerja. Rasa sakit sangat, apetah lagi bila seminggu kemudian dia post gambar gf baru dia distatus whatsapp.
Sungguh saya sedih. Hancur hati. Saya menangis bila baca caption dia digambar wanita tersebut. Dengan lagu yang dia letak. Nampak sangat bahagia.
Saya tak pernah balas. Saya terus mendiamkan diri. Kalau ada hal berkaitan kerja, saya professional. Saya fikir panjang nak pindah tempat kerja. Tapi masih belum dapat peluang lain. Lagi pun di syarikat ini, saya lebih senior dari dia. Saya masih bertahan.
Alhamdulillah, Allah bantu. Saya dah tak anxiety. Saya belajar untuk tak mudah percaya ayat lelaki dan saya belajar untuk fikir betul-betul soal kawin. Saya tak nak serkap jarang dah.
Dah dekat setahun semua ni jadi dan saya dan dia masih di syarikat yang sama. Kami masih sama. Tak bertegur. Hanya bercakap soal kerja. Raya puasa hari tu saya dengar dia nak bertunang.
3 hari lepas ada yang sampaikan dia dah pun bertunang. Hati ni Allah saja yang tahu. Saya redho dan yakin, Allah nak bagi yang lebih baik.
Pembaca yang baik hati, doakan saya ya :) Doakan jodoh saya adahalah lelaki yang takkan pernah khianati saya dan lelaki yang cintakan saya sepenuh jiwanya. Lelaki yang baik dan tak kejam terhadap saya, Aamiin :’)
– Teddy Bear (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku tau sebab apa dia tinggalkan ko dan selesa berkawan je. Meh aku nak bitau. Sebab ko ada ciri2 red flag. Ko sendiri mengaku kalau call lambat, ko marah2 kan? Walaupun ko kata sekejap je marah, tetap la benda tu tak betul. Ko kena ingat setiap orang ada kehidupan sendiri lagi2 yang belum berkahwin. Ko tak boleh decide sendiri yang waktu ni dia lapang, dia kena call ko on time setiap hari. Itu dia belum jadi laki kau lagi dah camtu, kalau dah kawain mungkin macam neraka hidup laki tu. Trust me I know. Kalau aku jadi lelaki tu pon aku cau. Serius. Memang ada ciri2 narcissistic women. Bila on call marah2 sebab lambat call, kena update buat apa2. Harap2 mild je, bukan full blown narc.