Hai semua. Aku Kentang. Seorang perempuan. Umur dah tak muda. Tahun depan dah nak masuk 38 tahun. Masih belum berumah tangga. Maaf kalau apa yang aku nak luahkan ni nampak sangat cliche tapi itulah. Aku nak luahkan juga.
Aku jenis yang tak bercerita dengan orang sangat. Jadi, platform macam ni aku rasa bagus untuk bercerita dan meluah. Kalau nanti kena kecam pun, bukan orang kenal aku.
Sepanjang aku hidup, dua kali aku betul-betul jatuh cinta. Itu pun saat-saat umur aku dah 30-an. Dua-dua aku kenal online.
Aku tak mahu cerita perihal yang pertama. Sebab yang pertama tu aku dah padam dari hidup aku umpama aku tak pernah kenal, tak pernah sayang dan tak pernah hadir dalam hidup aku.
Yang aku nak cerita tentang orang kedua yang aku pernah sayang dan masih sayang. Aku kenalkan dia sebagai Lobak. Aku kenal dia online. Platform yang mana, tak perlulah aku sebutkan. Asalnya aku join platform tu untuk habiskan masa yang ada je.
Masa tu aku tak ada kerja tetap, cuma buat freelance dan kerja dari rumah. Jadi, aku nak ada kawan-kawan berbual. Kawan-kawan yang ada sekarang dah tak berapa nak berbual sebab masing-masing dah ada kehidupan sendiri.
Jadi, aku join lah platform ni. Jumpalah ramai kawan. Jumpa tu maksudnya, dapatlah buat kawan yang boleh tahan ramai. Bukan jumpa depan-depan. Dari situ, aku dengar dia orang berbual, macam-macam cerita, macam-macam nasihat.
Aku awalnya cuma dengar, dan dia orang belum pernah dengar aku bercakap. Sampailah masa dia orang minta aku cakap sikit. Bila dengar aku cakap, dia orang macam tak percaya umur aku dah 36.
Masa tu, umur aku 36. Dia orang ingat aku masih 20-an. Dia orang ni tak tahu ke aku ni dan macam makcik kentang.
Dalam ramai-ramai yang aku dengar asyik bercakap, aku berkenan sungguh dengan sorang lelaki ni. Lobaklah orangnya. Aku jatuh hati dengan dengar suara dia je. Dan macam mana dia layan aku baik. Berbual baik, nasihat baik.
Tapi aku tak adalah nak bilang dia aku suka dia. Lagi pun tak kenal. Maksudnya, kita tak kenal di dunia nyata pun.
Mula-mula Lobak tanya aku, kalau ada orang suka kat aku dalam platform ni, aku terima tak? Aku cakap tak la kot. Aku nak tenang-tenang dulu dari hubungan yang lepas.
Kami berkawanlah seperti biasa. Berbual seperti biasa. Lobak pernah tolong aku jauhkan dari orang-orang yang bermati-matian cakap nak kahwin dengan aku padahal aku kenal pun tidak. Paksa weh aku kahwin dengan dia. Ada juga ya orang macam tu. Nasib baik Lobak ada.
Lobak ni, kalau aku ada masalah dia akan tanya aku. Dia boleh tahu kalau aku ada masalah atau tak. Memanglah dia boleh tahu sebab aku kalau ada masalah aku tak banyak cakap. Diam memanjang.
Lobak ni, dalam diam dia, dia macam ada nak try aku. Kawan-kawan lain ramai yang perasan. Tapi aku buat biasa je. Aku tak nak beria. Tak nak berharap.
Satu hari, Lobak ajak aku jumpa. Aku okay je. Walaupun jumpa kat kedai mamak je. Aku kira dia gentleman la. Sebab ajak jumpa kan.
Tapi sebelum tu aku tahu dia pun ada jumpa perempuan lain sebelum aku. Aku tak kisah pun sebab aku nak kawan je kan. Aku pun ada je encourage dia, kenl & jumpa la orang lain. Lagi pun dia masih muda. Oh, lupa nak bilang dia muda jauh sangat dari aku. Dia baru 28 tahun.
Lama-lama, kami bawa hubungan kawan ni ke dunia nyata. Dia minta setiap malam nak ada sleep call. Aku okay je. Memang sleep call. Lima minit berbual jap lagi dia dah berdengkur.
Ada satu hari tu dia bilang aku, dia mimpi kejar aku. Dia naik basikal, aku pun sama. Dia kata aku laju sangat sampai dia da tak dapat kejar, hilang.
Lepas mimpi tu la dia confess kat aku kata dia suka aku. Rasa macam, orang yang kita suka, suka kita balik. Aku pun bilang dia, aku pun suka dia.
Mungkin inilah silap aku. Lobak kata sayang, aku pun sayang. Awal-awal dia panggil aku love. Lepas tu sayang. Siapa tak berbunga. Lama-lama dah tak ada gelaran tu. Awak saya je. Aku dah nampak ni red flag. Tapi aku dah sayang.
Aku pernah tanya, kenapa tak pernah up pasal aku kat sosial media? Dia kata tak perlu. Tak perlu nak semua orang tahu. Aku okaykan je. Dia pun kata dia dah lupa semua password facebook & Instagram dia. Yang dia ada tiktok je. Aku pun okay je.
Sampailah satu hari, aku bosan kat office, aku search kat Google nama dia. Aku jumpa Instagram dia. Private profile. Tapi bio dia tulis My Fiancee Capsicum. Freeze sekejap aku. Aku tekan nama Capsicum. My Fiancee Lobak. Ya Allah. Patah hati aku.
Malam tu aku tanya dia pasal apa yang aku jumpa. Aku nangis. Lobak kata, itu bukan betul-betul. Aku tak percaya. Aku tanya dia lagi. Dia kata, dia nak bagitahu aku tapi dia takut aku hilang pertimbangan. Aku tak gila lagi la. Paling bodoh aku nangis je.
Kawan aku pernah bagitahu aku dia nampak story Whatsapp Lobak sambut birthday dengan sorang perempuan. Tapi story tu aku tak nampak. Dia hide dari aku. Masa aku voice call dengan dia, tiba-tiba dia ada another incoming call, aku dengar dia borak dengan perempuan lain.
Dia lupa nak end call aku. Dia cakap mak dia call. Suara mak, dengan suara perempuan lain sangatlah lain. Mak dia selalu tempik dia pagi-pagi bangun Subuh. Aku kenal sangat. Dan, kalau korang nak tahu, kita orang selalu on call tapi mak dia tak tahu pun pasal aku.
Setiap kali dia balik kampung, dia tak bagi aku call dia. Sebab dia kata dengan mak dia. Dia pernah cakap, mak dia tak akan restu hubungan aku dengan dia sebab aku tua. Aku kerja jauh. Itulah alasan dia.
Aku teruskan berhubung dengan dia macam biasa, sleep call hari-hari macam biasa walaupun aku tahu dia dah ada orang punya. Cara dia pun tak macam di tu tunang orang sebab kalau dia orang punya, kenapa setiap malam sleep call dengan aku? Sebab itulah aku teruskan. Aku kan sayang dia.
Sampailah satu hari di bulan November tahun 2024, masa tengah sleep call dia cakap dia ada benda nak bilang aku. Tapi sebab aku dah mengantuk sangat, dia kata esok je la dia bilang aku.
Aku walaupun dah mengantuk, aku dapat agak apa yang dia nak sampaikan kat aku. Esoknya aku sangat sibuk, dia call aku pun aku angkat tapi minta masa nanti aku call semula bila aku dah lapang.
Aku free, aku call dia aku terus tanya, bila tarikhnya. Dia terus minta maaf kat aku. Aku tanya lagi, bila tarikhnya. Aku dengar tak dengar je. Dengar macam seminggu lagi, dengar macam dua minggu lagi. Tapi sebenarnya dia bilang aku tu sehari atau dua hari sebelum dia nikah.
Entahlah.. Aku sedih tapi masa dia bilang aku tu, setitis air mata pun tak jauh. Tapi masa taip ni aku nangis. Lobak banyak kali tanya aku, aku okay ke tidak. Dia pesan aku jangan nangis.
Alasan yang sama dia bilang aku, mak dia tak akan restu. Aku terlalu tua untuk dia. Aku kena lepaskan dia. Dia milik orang. Itu fakta yang aku dah tahu. Aku yang beria kan? Dah tahu dia milik orang, masih mahu. Aku ikhlas, aku masih sayang dia.
Dan aku dapat tengok gambar kahwin dia, aku tahu dia masih update instagram dia dah tukar bio. Taken by Capsicum. Walaupun dia hide, block semua dari aku. Aku cuba move on, let time to heal everything. Tapi kadang-kadang aku kalah.
Maaflah panjang sangat aku taip. Kalau boring bilang ye. Kalau nak kecam pun apa aku boleh buat kan. Minta maaf pada diri aku sendiri sebab dah sakitkan hati sendiri. Doakan aku..
– Kentang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit