Aku tahu 100% memang salah aku dalam hal ni. Tapi entah la.. Aku tak tahu macam mana nak ubah diri aku.
Nama aku Ketupat (nama samaran) umur 28 tahun. Aku ni jenis sangat pemalu terutamanya dalam bab ###.
Even dengan orang perempuan pun aku sangat malu nak cakap soal tu mahupun soal dalaman wanita.
Aku jenis tak belajar tinggi sangat. Takat ada sijil kemahiran ja. Secara tak langsung aku berkenalan dengan suami.
Sebab aku pernah kerja dekat satu tempat ni macam bakery. Kat situ la kami kenal. Suami memang cinta pertama aku..
Suami jenis peramah, happy go lucky, sentiasa ketawa dan tersenyum.. Berbeza dengan aku jenis nak keluar suara pun susah.. Tapi aku tahu aku ada rupa. Selalu kawan2 cakap aku manis.
Dulu kat sekolah selalu aku dapat surat cinta. Tapi aku abaikan sebab takut dengan family.
Aku kan tak pernah kawan dengan lelaki, awalnya aku kurang selesa dengan suami.
Lepas tu dia pandai buat aku selesa. Lama jugak dia ayat aku sebenarnya sampai aku serius dengan dia.
Dalam rumah aku dikawal agar tak mudah mesra dengan lelaki walaupun dengan adik beradik lelaki. Kerana family aku agak islamic.
Oleh kerana itu kami bercinta tak lama, ayah aku suruh segerakan kalau betul2 serius.
Alhamdulillah suami memang serius, majlis kami berlangsung dengan cepat.
Tapi tak sangka, lepas berkahwin pun aku rasa sangat kekok dengan suami. Suami tua aku 2 tahun.
Sebelum2 ni masa kami bercinta, suami tak pernah cakap benda2 lucah. Tapi dekat2 nak kahwin. Dia mula cakap pasal malam pertama. Psal imaginasi dia
Aku jadi tak selesa, terus aku marah dia. Dia cuma cakap kita kan nak kahwin dah. Aku cuma cakap ye, tapi belum lagi.
Aku kan jenis serius dan pemalu, tapi suami jenis happening suka menyakat.
Aku tak pasti dia ambil hati ke tak, tapi cepat saja dia tukar ke topik lain bila aku tak selesa. Tapi tu sebelum kahwin la kan.
Lepas kahwin, dia mula ajar aku benda bukan2. Tapi benda tu bukan la haram dalam agama.
Aku tanya dia, dia tengok p*rn ke. Kenapa otak dia banyak sangat idea dalam bab2 tu. Dia kata dulu2 tengok sekarang tak de dah. Entah la nak percaya ke tak.
Sebenarnya, tak tahu la nak sampaikan macam mana point aku ni.
Actually aku ok ja kalau dia nak hubungan tu secara normal. Aku tak pernah tolak tangungjawab aku pada suami.
Tapi dia mintak itu dan ini,aku jadi tak selesa.
Aku dah suarakan aku ni bukan macam perempuan sosial yang dia pernah jumpa. Aku sangat zero bab2 tu.
Tapi dia kata sebab tu dia ajar. Sebelum kahwin dia macam faham aku..
Lepas kahwin lebih kepada memaksa, langsung tak nak cuba faham aku..
Aku sayang dia. Bukan tak sayang.. Cuma aku tak selesa dan perlukan masa.
Walaupun dia suami aku yang sah, dah pernah tengok aku. Tapi aku masih ada rasa malu nak berkemban depan dia.
Inikan pulak dia mintak yang bukan2 dari aku. Lagi la aku malu dan tak selesa. Berjuta kali dah aku cakap kat dia.
Dia hanya cakap, dah kahwin malu apa. Susah betul nak bagi orang lelaki faham.
Kerja suami kerap outstation.. Dalam sebulan akan ada seminggu 2 kali atau 3 kali dia pergi tempat lain.
Contoh hari isnin dia pergi jb, hari rabu dia akn balik. Tapi kan dia akan video call aku.
Vc mesti nak ajak buat bukan2.. Bukan nak tanya aku sihat ke apa ke. Mukadimah dia ja mesti ke arah tu.
Aku cakap tunggu ja la balik nanti.. Tapi dia beriya nak masa tu jugak.
Suruh aku buka baju la, kena layan apa imaginasi dalam otak dia tu. Most of time aku tak pernah layan pun.
Aku akan elak dan tanya benda lain. Sebab aku rasa macam aku ni hamba s*x dia ke. Kadang aku period, dia suruh aku tengok dia buat sendiri.
Kadang2 rasa down jugak. Apa pemahaman dia tentang perkahwinan. Adakah untuk itu semata2.
Aku ni tak kerja. Kami tinggal berdua ja. So kerja2 rumah memang tak de la dia bantu ke apa. Aku pun tak nak dia bantu.
Sebab dia jenis gatal. Pantang suruh apa2 mesti benda tu jugak dia mintak. Setiap perkara yang dia tengok, mesti kaitkan dengan benda tu..
Even benda makan pun sama, mesti dia akan selit benda macam tu.
Ibarat 24jam otak dia fikir tu ja. Tapi aku la tak selesa.
Hari tu aku demam, tapi tak de la teruk. Memang la dia teman ambik cuti. Aku kata tak payah cuti pun. Aku ok ja.
Tapi dia beriya nak jaga aku.. Rupanya nak benda tu. Aku kata aku tak larat la. Dia suruh aku guna cara tu.
Entah la. Aku tak tahu la nak cakap apa dah.. Aku tak tahu nak bincang dengan sapa pasal hal ni.
Mungkin masalah tu pada aku. Bincang dengan dia tak de solution pun.. Sebab dia bukan nak dengar apa pun aku cakap.
Bila kita ada hal nak bincang, dia dengar ke tak tak pasti la.
Tapi mesti tangan dia ligat sana sini. Kadang duduk saja2 tengok tv pun, mesti dia suruh aku sentuh dia.
Sampaikan sekarang ni malas dah aku nak luah apa2 kat dia. Sebab dia bukan dengar pun.
Hari tu dia kena covid. Tapi tak serius la. Demam biasa ja. Malam tu dia mintak. Aku kata kan demam, rehat la. Dia cakap dia dah ok..
Tapi aku tengah uzur.. Dia mula la mintak cara lain. Aku tak selesa cara dia mintak tu. Aku rasa nak muntah.
Tapi dia bukan peduli pun.. Asal dia puas ja. Pernah ja aku menangis sebab rasa stress sangat.
Boleh pulak dia cakap kalau awal2 rasa tak boleh, rasa tak biasa,kenapa nak kahwin dengan dia.
Dia ingat aku ni pelacur ka yang tahu semua benda pasal tu.
Aku tahu ke in future aku akan hadapi benda macam ni? Kalau tahu senang la aku tak perlu susah2 kahwin.
Aku ni tak pernah tengok2 p*rn semua. Dia suruh aku tengok semua tu untuk belajar.
Tah ap2 ja. Aku memang tak nak. Aku cakap berdosa tengok aurat orang lain.
Tapi dia tak akan puas hati la. Dia cakap buat rugi ja kahwin kalau tak enjoy benda macam ni.
Aku hanya mampu mintak maaf ja kat dia.. Aku tahu aku dah banyak siksa batin dia.. Aku tak mampu nak jadi macam pelakon dewasa. Buat aksi itu ini.
Aku nak dia faham aku ni isteri dia. Bukan pelacur yang banyak pengalaman.
Dulu masa bercinta, beriya dia cakap aku tak sama macam perempuan. Aku ni different.
Jenis perempuan susah dapat, sebab tu dia nak kahwin dengan aku. Dia akan rasa istimewa kalau kahwin dengan aku.
Adakah lepas kahwin, aku dah tak istimewa di mata dia? Adakah aku sekarang perempuan murahan kat mata dia.
Sebab dia cakap mustahil perempuan zaman sekarang tak de tengok p*rn la apa semua.
Banyak benda aku pendam tak mampu luah sebenarnya. Sebab kalau aku luah, awal2 dia macam nak pujuk, tapi at the end, memang itu ja yang dia nak.
Tapi oleh kerana sayang pada dia, tak nak berterusan berdosa pada dia, aku cakap kat dia cari la perempuan lain.
Lepaskan aku pun tak pe. Asalkan dia bahagia dengan apa dia nak. Dia pun ada rupa, kerja bagus. Pasti ramai ja nak dia.
Tapi dia marah aku. Katanya kalau tahu begini, memang dia pun tak akan kahwin. Sebab rugi duit dia banyak buat majlis semua.
Dia soal aku apa susah sangat layan apa dia nak. Tu tanggungjawab aku katanya.
Ye aku tahu. Aku pun tak pernah tolak pun kecuali pada benda yang aku tak selesa.
Tapi dia cuma cakap selagi permintaan dia tak salah, selagi tu aku wajib layan pada dia.
Dia cakap jangan bagi alasan tak tahu, tak selesa. Dia suruh aku fikir cara macam mana nak buat supaya aku mampu buat.
Entah la terasa hina sangat diri ini…
– Ketupat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam sis,
Saya tak nak bercakap tentang seks dahulu, itu ibadah dalam rumahtangga, saya nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang yang tak wujud dalam diri sis, jadi sis tak boleh untuk berkongsi dengan suami, sebab sis pun tak ada benda tuh. Mungkin sebab strict parent atau sifat sis yang suka sabotaj diri sendiri. Kini dah bersuami, dengan suami sekali sis sabotaj.
Tajuk diatas sis mengaku salah, tapi isi isi dalam luahan nih penuh dengan herdikan dan aib aib suami sis, dia macam kita nampak gula dalam bekas kaca, tulisannya sugar tapi rupanya garam dalam tuh. Mengelirukan, cuba mengelirukan orang yang melihat, begitu juga tulisan luahan nih cuba mengelirukan, memesong kan panah pada suami sebenarnya panah tuh sis tala ke muka sendiri, sis memang ada masalah dalam diri.
Sis kata ingat sis nih pelacur ke perempuan murahan ke, itu teori yang sis wujudkan dalam otak sis sahaja, benda yang suami tak pernah kata dan anggap, perempuan yang gagal layani suami dengan baik, tempatnya neraka sis, jadi sis lebih upgrade dari pelacur. Jangan compare dengan pelacur tapi dah sekapal dengan isteri Nabi Nuh a.s, dalam Group WhatsApp isteri isteri macam tuh tempat sis.
Sis, isteri yang sayang pada suami tak akan mengabaikan suami, selalu cari cara yang terbaik, bila suami diabaikan itu tanda, sis sendiri tahu, bila bernikah isteri faham dia dan suami adalah satu, bukan dua individu. Isteri yang cekap dalam rumahtangga bila dia memasak, suami balik, suami surprise, eh awak masak ayam masak lemak, abang tadi masa isi minyak kat Shell, hati teringin nak makan lauk nih lah, ini salah satu tanda isteri sayang suami, dah menyatu elok. Dia tahu nih jantan yang kahwin dia, nih jantan yang bagi dia duit, bagi pelindungan, bagi perhatian.
Sis juga ada kata suruh dia kahwin lain, suami hensem ada kerjaya, sis tak payah suruh sis, ramai jer nak suami sis, tapi suami sis bodoh tetap nak sis, setiap kali dia ajak buat ibadah sis sabotaj, kata itu ini, tak ada pun nak bincang style apa yang sis suka, cara apa yang sis suka, padahal suami boleh jer ikut sis, sebab suami bodoh kan, dia sayang sis. Lelaki sayang perempuan dia mesti ikut. Jelas sis berbincang tanpa cinta dan kasih sayang lebih pada nak menang jer. Jangan tunggu sampai dia dah tak sayang, perempuan lain dah miliki hati dia. Tau tau 7 tahun suami tak sentuh sis, wujud yer perkahwinan begini, lelaki bila jahat, dia tak nak sentuh isteri tapi masih ikat isteri.
Jadi bagi mengelakkan suami sis jadi lelaki jahat, dia mulai mencintai orang lain, minta layanan dari perempuan lain, mula pisah bilik dengan sis, ada baik sis berhenti sabotaj rumahtangga sis, beli buku tentang seks, dalam islam benda nih penting untuk rumahtangga, bukan benda kotor, yang kotor tuh pemikiran sis, jangan wujudkan ideologi sampah sis masuk dalam rumahtangga. Ini bahaya.
Kalau dalam islam kata seks sesama suami tuh ibadah, besar pahala, fokus ke situ, suami ajak enjoy sis tak habis habis nak sabotaj, jangan ajar akal tuh fokus ke benda yang tak penting, kalau sis fikir bagi layanan hebat tahu serba serbi umpama diri pelacur pada sis, sis pelacur sekali main Rm500, seminggu main 3x, Rm1500, sebulan main 4 minggu, Rm6k. Setahun 12 bulan, Rm72K. Dalam account sis ada Rm72K ke. Pelacur pun gelak sis kalau gini peel bini orang, duit tak ada, skill hauk, duduk rumah tau complain jer.
Belajar selesaikan masalah sis dengan diri sendiri dulu, jangan libatkan suami, berhenti main tarik tali dengan suami, ini bukan game, seks kotor itu ini geli, nak muntah amende sis, rasa macam hamba seks, pelacur, perempuan murahan, amende sis, seks dengan suami itu ibadah, jelas sis tak pandang benda tuh ibadah, sis nak pancing murka siapa nih, murka suami ke, Rasul ke, Allah SWT. Ke tiga tiga sekali.
Tutup salam.
Wehhh agak2 la ko ni. Ada ke patut suami tu suruh bini tengok porn. Nak taat pun, biarlah berpada2. Nasihat org bukan main pjg. Seks je ke yg ko nampak boleh happykan org?
Lelaki normal mmg mcm tu sis. Setiap masa akan fikir psl seks. Itu la motivation kami untuk hidup. Kalau x de nafsu seks, kami pun x sanggup nk susah2 kawin, pening kepala kerja siang malam bagi nafkah kt anak isteri. Kami ni ada macam2 fantasi dan fetish. Hanya iman sahaja yang kawal nafsu kami dari buat zina, cabul dan jenayah seks yang lain.
Kami lelaki normal kalau lama x dpt seks, boleh miong kepala kami. Ada lelaki yg pandai masturbate, mungkin boleh legakan tension tu. Tp kalau jenis yg x pandai masturbate, tu yg mula la cari skandal, layan porn sampai addict. Ya, most lelaki mmg akan tgok porn. Tp sis x perlu ambik port, tu dosa antara kami dgn Tuhan.
Mungkin sbb sis x bergaul dengan lelaki, sis tak faham hakikat ni. Tp part husb sis terus usik psl seks bila outstation tu, tu mmg x patut la…tp mungkin husb sis dh lama geram kt sis, tu yg dia dh kurang waras.
Cuba la sis layan apa yang husb nak. Buang perasaan malu tu. Buang mentaliti rsa mcm pelacur, sex object dan sebagainya. Explore body sendiri, identify action seks yang buat sis rasa seronok. Banyakkan membaca tentang seks. Kalau dlm masa setahun dua sis rsa x boleh go jgk, mungkin cerai la kot, kesian husb u menderita batin dia
Dh cerai nnti, sis kena cari husb yg gay atau yg ada sakit. Biasa lelaki mcm ni mmg kurang berminat dengan seks. Good luck sis.
untung husben mintak dari hg sis. kalau dia makan luar, dah apa hg nak jawab time tu? kalau dia nak nikah lagu satu, hg izinkan tak untuk dia cari org yg boleh penuhi keinginan dia? kdg dlm IIUM confession ni, ada yg laki xnak sentuh, nak disentuh. dah ajak untuk bersentuhan, dah mcm ni pulak jadinya.
mmg lepas kawen, hg expect laki hg akan letak hg dlm bekas kaca…lepas tu tgk gitu jer buat sedap mata? kata didikan dari family islamik. nabi pun berjimak sis. Aminah isteri nabi tu lebih faham agama dari kita, boleh dia layan nabi, elok jer ha pun. ker sis pikir kalau islamik ni….kena terlentang gitu aja tunggu suami habis main?
pernah dengar hadis isteri ni ibarat kebun? suami boleh datangi kebun dengan cara yg dia sukai (kecuali melalui lubang belakang). kata family islamik….mesti pernah dengar kan?
Aminah itu bonda kepada Nabi Muhammad SAW
Wife aku dlu mcm ni la. Nk buat posisi tu x nk, buat ni geli lah, jijik. Suruh pakai baju tu x nk, malas. Kalau seks tu cuma nk duduk bawah je, tak nk posisi lain. Jenis lazy nk bergerak byk padahal badan slim je. Keje housewife je, x de nk hadap stress keje. Keje rumah, urus anak aku byk tolong. Aku ok jer mkn luar kalau dia malas masak.
Dh la layan seks 1-2 kali sebulan. Kalau minta lebih2, nnti mula la berdrama, dia rsa mcm pelacur atau hamba seks. Sama perangai mcm confessor ni.
5 tahun bertahan, aku cerai kan dia. Tau pulak mengamuk, tuduh aku ada skandal, ketagih porn. Siap rempoh kete dinding rumah dgn kete aku. Kopak aku nk repair. Tp bagus jgk rumah aku kena rempuh, mak bapak dia x boleh kata apa bila aku nk cerai anak dia
Skrng aku dh kawin baru. Alhamdulillah wife aku skrng hebat. Mula2 mmg dia ckp geli, x pandai..tp dia buat jgk demi nk puaskan aku. Ibadah kata dia :-). Skrng sex life kitaorg sgt awesome. Wife kreatif and willing to explore more pleasure.
Exwife pun dh kawin baru. Tp aku dgr dh cerai baru2 ni. Aku expect cerai sbb masalah seks jgk tu haha.
For me kan actlly masalah kat sini adalah suami awk jarang tnya ttg benda lain selain benda tu, klau dy kerap nk s*k tu saya rasa xde masalah sgt sbb dgn isteri sendiri cuma klau suami awk lebih fikir utk tnya dan berpada pada sikit, terutama selitkan juga ttg perasaan, ckp pasal kehidupan selain fizikal touch, mungkin awk akn rasa lebih baik or sedikit ok nak layan suami sbb awk rasa dihargai sebagai manusia yg ada perasaan dan perlukan keselesaan mental. Tpi tu pendapat saya je. Suami minta byk kali xde prob sgt klau suami turut selitkan pasal hubungan emosi dan bahagian awk adalah awk jenis pendam. Awk mmg perlu bincang dan luahkan juga, dan suami perlu memahami dan cuba slow ii. Org sini yg ckp tu mmg lumrah la apala, lumrah juga utk org puan rasa selesa dan selamat secara emosi. Yg lain saya xdpt nk ckp sgt sbb xtahu.
Dan mmg betul salah awk, awk terlalu pendam dan tak luahkan apa patut. Awk dah xboleh buat camtu kalau nak berubah.
adoi si confessor ni satu pun. dah kawin normal la laki mintak mcm2. xkn nk mintak kt org lain kot? kalau rasa geli atau komplen itu ini better awk hidup single jela. jgnla seksa batin laki awk. kalau islamic sgt bagi laki awk kawin lagi satu. win-win situation.
Pelik la suami siap suruh isteri tgk porno niat untuk belajar ,boleh ke macam tu?
Lelaki kalau biasa tgk porno,imaginasi memang tinggi,lepas tu minta isteri buat itu ini,,,actually benda tu memang halal tapi Tak boleh paksa isteri buat perkara yg dia tak suka .hormatla sikit
Puan,rujuk ja kaunselor pejabat agama,,,Tak semestinya kena bawa suami terus ..sekadar untuk pemahaman,setakat mana boleh berkreativiti,,takkan terus abaikan perasaan isteri? Nabi ada paksa2 isteri macam tu ke?
Apa benda la kau ni.nanti kalau laki kau dah makan luar , jangan persoalkan pula.
Eh kalau dah sampai ke ofis pon nak video call buat benda tu, cemana dengan solat? Tak mandi wajib ke?