Salam semua, nama aku Jenab. Sorry kalau aku cerita ni tunggang langgang. Tak pandai mengarang.
Aku nak cerita sekadar meluahkan rasa ‘annoyed’ dengan biras sepupu. Eh panggil biras sepupu ke? Cousin laki aku punya wife?
Okay senang kata nama dia Nani. Nani ni tua dari aku. Aku bukan nak puji sendiri tapi jenis aku macam mana bergaduh salah faham dengan mak atau pun mak mertua aku, aku tak pernah tarik muka.
Konsep aku, dia mak; macam mana pun kita yang anak ni kena mengalah. Tak hari ni, esok, mungkin lusa.
Nak cakap kisah ni pasal mak mertua. Aku ada mak mertua, dan si Nani pun ada mak mertua. Mak mertua dia dengan mak mertua aku adik beradik.
Masa awal kawin Nani duduk dengan mertua dia. Mertua dia kita panggil Mak Lang lah ye.
Jadi lepas dua tiga bulan duduk serumah dengan Mak Lang tu, Nani buat keputusan untuk pindah. Tak nak duduk serumah sebab bergaduh. Tak ada privacy dia kata, dan lantak dia lah.
Long story short, dari awal kahwin Nani dengan Mak Lang ni tak pernah berdamai. Ada saja isu negara antara dorang. Nani ni jenis tunjuk perasaan.Mogok tak balik rumah Mak Lang.
Pernah setahun juga tak balik, raya pun tak jenguk. Dan tak bawak cucu2 Mak Lang jumpa Mak Lang.
Rumah dorang sekangkang kera je. Kadang berselisih kat pasar tapi masih tak tegur. Jadi Mak Lang pun makan hati.
Ada sebab kenapa aku bagi serba sedikit tentang masalah Nani dengan Mak Lang ni.
Tapi biar lah tu isu dalaman dorang kan. Aku tak nak ambil peduli. Janji aku dengan mertua aku, aku tetap bergelak ketawa seperti tak ada apa2 berlaku dan mesra macam biasa.
Cuma sekarang ni yang jadi menyampah. Si Nani ni suka bertenggek menempel dengan mak mertua aku.
Dia lagi kerap datang tak pun keluar berjumpa dengan mak mertua aku banding mak mertua dia sendiri. Ibarat dia lah menantu mertua aku. Yang terpaling sayang terpaling good2.
Aku tak cemburu, sebab bukan jenis aku nak cemburu dengan orang. Tapi jadi menyampah sebab sangat2 try hard nak tunjuk dekat aku yang mertua aku sayang dia.
Perlu ke dia nak mesej aku bagi tahu oh mertua aku bagi dia duit, mertua aku bagi anak dia duit suruh beli susu? Sampaikan mak mertua aku bagi anak dia mcd pun dia mesej aku semata-mata nak cerita.
Sekali dua tak apa. Sekarang dah macam aku ni boss dia tau, setiap apa yang jadi antara dia dengan mertua aku, dia akan hantar minit mesyuarat dekat aku.
Kalau keluar dengan mertua aku, details cerita tu sampaikan parking kereta kat mana pun dia akan cerita.
Beli mainan anak-anak dia harga berapa. Makan apa, total makan berapa ringgit. Mertua aku teman anak dia pergi jamban. SEMUAAAAA NAK CERITA.
Yang terpaling menyampah, sekarang ni dah beberapa tahun si Nani beraya baju dia anak beranak akan sama dengan aku dan family mertua aku.
Kau rasa macam mana? Dia ada keluarga tau. Ada mak bapak abang kakak adik dan ada mertua. Lengkap keluarga dia.
Kalau pun kau tak suka mertua, kau bertema lah dengan keluarga kau sendiri kan? Kenapa mesti sama dengan keluarga mertua aku? Ni bukan kebetulan. Bukan sekali dua. Tapi dah bertahun2.
Dan tema mertua aku bukannya tema warna viral tahunan. Contohnya orang kata lilac kan tahun ni? Kitorang tak pakai lilac. Tapi si menyemak tu tetap sama dengan kitorang.
Tahun sebelum ni, dia dah beli baju raya. Lepas dapat tahu kitorang pakai warna hijau, dia tukar baju raya anak beranak pakai hijau.
Belah suami aku ramai dah perasan. Yang nani akan sama dengan kitorang setiap tahun.
Bukan tu je, birthday anak dia pun nak sambut kat rumah mak mertua aku. Aku balik rumah mak mertua aku, kena hadap pulak kisah dia nak potong cake sambut birthday anak dia yang dah belated kat rumah mak mertua aku.
Normal ke benda ni? Ke aku yang tak normal sebab ada masalah hati? Tapi aku tahu yang nani ni sengaja cerita kat aku nak bagi aku sakit hati kononnya.
Sebab dia pernah cakap kat aku yang dia cerita ‘ke-bff-an’ dia dgn mertua aku dekat Mak Lang. Dengan tujuan saja nak bagi Mak Lang sakit hati.
Jadi aku tahu bila dia cerita kat aku, motif yang sama jugak lah kan?
Okay sekian saja luahan hati perasaan menyampah di petang hari. Thank you sebab baca, ringan sikit hati. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
– Jenab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit