Hai Assalamualaikum.
Umur 27, bujang dan berkerjaya. Rupa saya biasa saja. Berpelajaran. Saya ada pertanyaan dan ingin kongsi pengalaman. Ya pasal cinta. Saya pernah putus cinta, first love saya, tiga tahun bercinta semasa zaman belajar di uni, hampir bertunang tapi gagal. Ah muda sangat masa tu, fikiran tak matang lagi.. dalam 5 bulan sudah dapat pengganti.. saya tak pernah fikir utk sekadar bercinta, matlamat bila saya berkenalan dgn lelaki adalah untuk berkahwin.
Saya tertipu lagi, kali ini saya ditipu dgn lelaki yang baru 2 bulan saja kenal, hampir 2500 duit saya lesap kononnya utk dia settlekan ah long. Rupanya dia ada perempuan lain, saya hanya tempat dia lepaskan sunyi. Saya tuntut balik duit yg sy berikan pada dia, habis dimaki hamun saya, gf dia siap jamin kononnya akan bayar balik duit bf yg dipinjam saya siap cakap lepas ni kau boleh mandi dgn duit kau..ah sudah, 5 tahun berlalu, habuk pun takde..saya putuskan utn move on. Mujur, maruah saya je belum tergadai.
Saya move on, saya sibukkan diri. Hiking ke sana ke mari, solat taubat banyak banyak, berkawan dgn ramai orang. Perlahan lahan saya bina hidup kembali. Alhamdulillah saya dapat beli kereta lepas tiga tahun bekerja. Kalau diikutkan, beza pada angka tahun sahaja padahal selang beberapa bulan. Saya mengenali seorang lelaki.
Dia baik, tak pernah sentuh saya. Dia hormat saya, jaga saya sebaiknya mungkin sebab dia ada ramai adik beradik perempuan. Berbeza dengan ex ex saya sebelum ni, suka pegang pegang saya. Salah saya juga sebab membenarkan..Ya Allah tak sanggup nak kenang balik dosa lama. Berbalik pada cerita, hanya 6 bulan perkenalan, dia ajak saya bertunang. Alhamdulillah, sebagai tanda penghargaan, saya tak letak sebarang hantaran. Tapi jauh disudut hati, saya tak mencintai dia, terlalu cepat ajak saya berkahwin. Eh padahal memang matlamat saya ingin berkahwin..
Hati saya berat, hati saya kata bukan dia jodoh saya..kalini, saya ingat Allah hadirkan dia sebagai suami saya..saya terima saja. Saya berpegang pada ayat ‘barangkali kau tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untukmu..’.
Saya berkerjaya di syarikat korporat terkenal, sedangkan dia penjual burger dan runner. Saya tidak ada masalah tentang kerjaya. Saya terima dia seadanya tapi hati saya tetap berat utk menerima dia. Saya hanya terima dia sebagai kawan, masa tu kenapa saya susah utk berkata ‘tidak’ dan menolak lamaran dia? Salah saya juga. Matlamat hidup saya jelas berbeza dengan dia. Saya ada uji dia beberapa soalan, apa matlamat hidup dia? Dia kata nak simpan duit RM50k sahaja utk keluarga. Saya terdiam. Ini bukan jawapan yang saya mahukan.
Selain itu, dia tak bagi saya keluar rumah hari weekend tanpa dia ada dan mesti tinggal di rumah mak dia jika kami berkahwin kelak sedangkan saya jenis kaki jalan dan selalu busy dengan kerja. Ibu dia berpesan pada saya, anak dia panas baran tapi sekarang dia sudah berubah. Hmm saya just abaikan, hal kecil bagi saya kononnya.Akhirnya,saya abaikan dan follow the flow..majlis pertunangan berlangsung, selang beberapa bulan kami putus kerana tak sehaluan. Dia putuskan pertunangan, saya cuba memujuk utk pertahankan tapi gagal..mungkin takut malu? Mungkin takut dimarahi mak ayah saya?
Menangis saya semahunya, walaupun saya tak sayang dia, saya rasa bersalah sebab sakitkan hati dia. Rasa terkilan sebab perancangan tak seperti diharapkan. Tapi selepas kejadian hati saya tersangatlah lapang dan ringan. Saya move on, bina hidup semula. Kalini saya dapat travel ke luar negara dan beli sebuah rumah. Alhamdulillah. Hati saya tertutup dengan lelaki. Tertutup.
Perjalanan hidup kita tiada siapa yang tahu, saya tak boleh salahkan Tuhan dalam hal ini. Entah macam mana, selepas beberapa bulan juga hanya angka tahun saja yang berbeza. Saya berkenalan dengan seorang lelaki. Pada awalnya saya tiada niat utk berkahwin atau bercinta. Hanya berkawan. Dia mengaku dia single, layanan dia terhadap saya cukup baik. Berbeza dgn ex tunang saya yang sangat panas baran. Tapi dia lelaki juga lelaki biasa punya kelemahan dan kelebihan.
Makin lama layanan dia buat saya jatuh sayang. Matlamat hidup dia sama dengan saya. Dia hanya ingin mati dalam iman dan bersama ahli keluarga dia dalam syurga. Saya tergamam, banyak sangat persamaan saya dengan dia. Sehaluan kata orang. Dari segi pemikiran, makanan kesukaan, muzik, kerjaya. Kami sekufu. Tapi sayang, kantoi dia ada gf. Sekali lagi aku ditipu hidup hidup. Dia merayu supaya jangan tinggalkan dia. Saya turutkan.
Saya teruskan berkawan macam biasa, sebab saya dah katakan yang saya hanya ingin berkawan. Waktu demi waktu, saya jatuh cinta dengan dia dan dia juga jatuh sayang pada saya. Ya, saya perampas. Saya tak pernah bayangkan saya akan jadi jahat seperti ini. Saya ingin bahagia tapi saya dah rampas bf orang dalam diam. Tiada dalam kamus hidup saya bahagia atas penderitaan orang lain, tapi kenapa jalan ini yang saya perlu lalui?
Saya tekad utk berterus terang dgn gf dia, saya dan gf dia suruh pilih samaada saya atau gf dia? Lelaki ini pilih gf dia tapi still merayu dgn saya jgn tinggalkan dia. Hati saya lembut. Saya diamkan saja perbuatan dia. Dia selalu bercerita yang gf dia suka itu suka ini. Hati saya terbakar dalam diam. Kadang kadang dia selalu bercerita masalah dia dgn gf dia, saya tetap menangkan gadis itu. Saya pernah beberapa kali block lelaki ini supaya pergi pada gf dia, dia tetap dan masih cari saya. Hingga satu saat, saya tidak tahan menahan cemburu, saya tinggalkan dia walhal hati saya sangat sayangkan dia dan berharap kami dipersatukan suatu hari nanti.
Untuk semua ini, saya pernah lakukan istikaharah dan istisyarah. Kepada ex saya sebelum ini saya selalu bermimpi yang kami tidak akan berjodohan tapi berbeza dengan lelaki terakhir ini. Saya kerap kali bermimpi yang baik tentang dia. Tidaklah saya terlalu berharap pada dia, dan memikirkan tentang dia. Saya kerap bermimpi dia rangkul saya dalam mimpi, mimpi dia datang bertunang dengan saya dan mimpi dia berbual mesra dgn ayah saya.. perlu ke saya percaya pada mimpi?
Dan sejak saya tinggalkan lelaki ini, saya tidak lagi mencari dan menerima lelaki lain dalam hidup saya. Sudah beberapa lama, saya masih sendiri. Saya hanya mendoakan dia dari jauh. Walaupun kerap kali stalk ig dia happy dgn gf dia, saya hanya berdiam diri. Saya cuma katakan, saya masih berharap walaupun saya dah tinggalkan dia. Saya menunggu dia kawin dulu baru saya kawin kalau kami bukan jodoh.
Apa saja yang tak pernah saya lalui saya dah lalui, saya pernah ajak taaruf dengan lelaki utk menikah dan direject mentah mentah pun pernah. Entahlah, hampir saja saya putus asa dengan soal jodoh.
– Q
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit