Assalamualaikum dan thank you siarkan confession aku, Nama aku K, cerita aku bermula begini…
Aku sudah bernikah hampir 5 tahun, dan masih TTC. Doakan aku semoga tahun ini aku dikurniakan zuriat olehNya.
Walaupun masih belum memiliki zuriat, hubungan aku dan suami sangat bahagia. Dia sangat baik bantu aku soal uruskan rumah. Rajin memasak dan sebagai.
Hidup aku cukup bahagia bersuamikan dia walaupun dia cuma kerja biasa biasa dan kewangan kami stabil cukup untuk hidup berdua.
Tapi segalanya bermula daripada keluarga mentua, sebelum aku bernikah aku memiliki sebuah kereta dan suami aku juga sama.
Apabila sudah bernikah, aku bercadang untuk menjual kereta aku kerana aku tinggal di kawasan Bandar yang memerlukan kos bayaran parking jika memiliki kereta lebih dari satu,
Kerana hanya satu lot parking disediakan bagi sebuah rumah lagipun, kami juga memiliki 2 buah motosikal.
Tempat kerja aku dan suami hanya lebih kurang 10min dari rumah, kami berdua lebih prefer untuk menaiki motor saja disamping mengelakan jammed dan boleh jimat kos.
Bila aku mengutarakan cadangan untuk menjual kereta, bapa mentua aku mengaku untuk menyambung bayar kereta aku, aku berat hati tapi dalam masa yang sama aku ikutkan jua.
Bapa mentua aku tidak ada pendapatan yang tetap memandangkan dia hanya kontraktor biasa selebihnya seperti kalian pernah membaca entri entri sebelum ini..
Segala galanya ditanggung oleh ibu mentua aku bagi mencukupkan keperluan rumah dan selebihnya. Ibu mentua aku berpangkat tinggi dalam jawatan awam.
Bapa mentua aku hanya bayar ansuran bulanan dalam masa setahun sahaja, selebihnya dia main aci ada duit dia bayar jika tidak akulah yang mangsa mengangkat call dari bank, surat sampai ke rumah aku di kampong.
Tiap kali aku balik ke kampong, mak aku menyuarakan mengenai kereta itu, aku diam tidak mampu berkata apa tapi semua adik beradik aku sudah mengetahui hal ini, aku malu dan bingung malah aku terbeban.
Nama aku blacklist, aku tidak boleh membuat sebarangan pinjaman apatah lagi pinjaman untuk pembelian rumah kerana record bayaran yang tidak cantik.
Banyak kali aku cuba bercakap dengan bapa mentua aku tapi katanya ya nanti bapa bayar tapi bila aku semak record bayaran tidak berganjak sedikit pun.
Bila aku berbincang dengan suami, dia diam memikirkan kesian dengan aku dan jugak bapa dia, bapak dia pula dalam process penceraian dengan ibunya kerana berselingkuh dengan ibunya buat kali keberapa aku tidak pasti.
Akhirnya ibunya mengambil keputusan untuk minta fasakh, dan bapanya akan keluar dari rumah sehelai sepinggang. Mungkin ada sebab lain aku tidak pasti, aku langsung tidak ambil pusing.
Yang aku bingung adalah nama aku sudah disenarai hitam kerana record pembayaran. Terima kasih kerana membaca luahan aku kerana aku cukup bingung ketika ini.
Apa harus aku lakukan?
Yang sedang bingung,
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit