Aku Yang Dalam Masalah Sendiri

Assalamualaikum, salam ramadhan kepada semua pembaca umat Islam. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum ini.

Aku selalu baca iiumc. Lebih kurang sebulan lebih kot? dan kebanyakan darinya cerita oleh orang dewasa, umur 20 lebih, dah kahwin tapi aku tak tahu macam mana aku boleh terjumpa iiumc ni dan berminat nak dengar cerita orang dewasa. Aku pelajar sekolah menengah, hamba allah yang hina di dunia ni.

Aku belajar cara nak bertaubat dengan baca cerita-cerita orang dewasa sebab aku takut nak tempuhi alam dewasa nanti… Tapi sebenarnya bila baca iiumc ni bagi semangat sebab tak sangka, ada juga orang yang alami apa yang aku alami sekarang ni dah dewasa, walaupun tak ramai.

Mula-mula, tak mahu sentuh pasal sesiapa sebab tak nak terbuka aib tapi sebenarnya, aku dalam masalah yang aku sendiri tak tahu apa masalahnya. Semua ni nganggu dan buat kehidupan aku hilang pertimbangan. Tak tahulah kalau ni semua sebab aku mula nak remaja tapi aku dah rasa benda ni sejak sekolah rendah dan bila masuk sekolah menengah, aku rasa yang aku makin teruk. Lagi-lagi dengan kehidupan peribadi yang kurang stabil, buatkan aku tak nak jadi dewasa sebab kadang-kadang terasa gelap sangat. Kerja aku, balik sekolah, duduk atas katil, termenung pandang masa hadapan. Tengah malam bergenang air mata tapi aku tahan.

Tahun ni rasa teruk sangat sampai semua orang rasa yang aku dah berubah. Betul, aku memang dah biasa baca cerita orang dewasa berbanding cerita kanak-kanak sejak aku 12 tahun dan aku banyak belajar tentang hal orang dewasa. Tapi alhamdulillah, walaupun aku tahu tentang benda-benda tu yang tak sesuai dengan umur aku ketika tu, aku bersyukur sebab tak terjebak dalam benda yang tak elok hingga sekarang.

Dari dulu sampai sekarang tertanya, macam mana orang dewasa yang menulis masalah mereka dalam iiumc ni jalani hidupan? Kuatnya diorang. Aku baru permulaan ni, rasa macam nak jatuh.

Dahlah agama pun tunggang-terbalik. Hidup macam tidak bertuhan. Sebut nama Allah tapi susah betul nak lakukan tanggungjawab seorang hamba tu. Aku cuba tapi sebab aku macam ni, aku perlahan-lahan terlupa tanggungjawab aku sebab setiap hari aku penat semacam padahal belajar je. Bukannya Universiti pun.

Rasa sakit sangat. Puasa macam tak puasa sebab duduk dalam bilik, termenung je. Rasa gelap. Aku ada masalah tapi aku tak berani nak bagitahu sesiapa walaupun ibubapa sendiri sebab dari yang aku nampak, ibubapa aku tak macam ibubapa orang lain. Keluarga aku pun tak macam orang lain. Jadi aku tak rasa mereka akan faham dengan masalah aku.

Ibu selalu cakap, “Mak kenal semua anak-anak Mak,” tapi setiap kali dengar kata-kata tu, aku menangis dalam diam dalam bilik seorang diri. Kenapa dia tak kenal aku? Kenapa dia tak pernah tanya aku okay atau tak? Kenapa dia tak pernah cuba rapat dengan aku?

Setiap malam, susah betul nak tidur dan mula bertanya pada Allah, kenapa bagi aku ujian yang macam ni. Mungkin kecil bagi orang lain tapi aku tak kuat. Aku takut sangat. Dan sedar yang apa yang aku rasakan sekarang ni, tak sama dengan remaja lain fikirkan dan rasakan.

Kata hati aku, aku tak perlukan orang tolong aku sebab aku ada diri sendiri untuk pujuk dan bagi semangat. Tapi aku sendiri tak tahu kalau aku masih ada kekuatan tak nak tempuhi semua ni sehingga dewasa…

Salam oleh pelajar cuba selesaikan masalahnya seorang diri.

– Pelajar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *