Assalamualaikum, terima kasih admin kerana siarkan confession ni. Aku isya berumur 28thn dan sudah berkahwin. Bekerja di selatan tanah air, dalam bidang yang hampir sama masa belajar di universiti. Boleh katakan gajiku agak setaraf dgn pendidikan. Berpewatakan agak menarik. Aku mintak maaf kalau confession ni berbelit belit.
Ya aku isteri kedua berkahwin tanpa restu keluarga, dan sampai sekarang keluarga tidak mengetahui cerita kami. Kalau pembaca rasa nak kecam, tolong la aku perlukan pendapat bukan kecaman. Aku tahu dan sedar kesalahanku menjadi perampas, perosak rumah tangga. Tapi aku juga manusia biasa, dan aku juga telah bertaubat dan cuba mendekatkan diri kepada Allah. Mungkin juga kifarah atas dosa2 aku sebelum ni, setelah berkahwin aku tidak bahagia .
Air mata selalu menjadi peneman setia. Untuk pengetahuan pembaca, kami kahwin di selatan thai, dan tidak lama selepas itu aku pun mengandung. Aku cuba positif bersangka baik, anak mungkin membawa seribu rahmat buat ku walaupun aku tidak bersedia. Aku sayangkan kerjaya ku. Tapi aku terima anak dalam kandungan bahkan tidak sabar untuk melihatnya lahir ke dunia.
Berbalik kepada suami ku, dia menganggap anak ini sebagai beban kepadanya memandangkn dia sudah mempunyai anak lelaki berusia baru 4 bulan. Ya aku tahu salah aku sebab kahwin dengan suami orang tapi aku tak kuatkan diri untuk menjauh dari dia setelah mengetahui dia telah berkahwin. Malah aku mengenali dia sewaktu dia menjadi tunangan orang dan dia melayan aku macam orang bujang. Selepas dia berkahwin, aku berjaya move on dengan jayanya. Segalanya bermula selepas dia menghubungi aku semula.
Berbalik kepada suami ku setelah mengetahui aku mengandung, suami ku memaksa aku mengugurkan kandungan. Allah tergamak dia, terasa berat dunia ku, tidakkah ada kasih sayang kepada anak yang tidak berdosa ini. Aku berkali kali menangis merayu supaya dia tidak memaksa aku gugurkan anak, aku berjanji kepada suami untuk tidak mbebankan dia. Aku tiada tempat untuk mengadu, untuk berkongsi masalah ku. Kadang kadang aku terpikir untuk menamatkan riwayat ku. Astagfirullah, ya aku putus asa dalam hidup.
Alasan suami ku untuk mgugurkan kandungan kerana kami tidak mempunyai surah nikah Malaysia, ini akan menyulitkan lagi urusan pendaftaran siji lahir untuk anak. Tapi bagi aku, itu bukan alasan untuk membunuh bayi yang tak berdosa. Betapa luluhnya hati aku. Kepada Allah aku memohon kekuatan. Mengenai kandunganku, aku mengajak suami ke klinik untuk check up, dia hanya hantar kemudian ambil selepas selesai urusan klinik. Tiada riak risau di wajahnya saat aku mberitahu kandungan ku bermasalah. Aku perlu buat beberapa ujian darah, ujian jantung.
Doktor pesan jangan stress sebab kesian kat baby. Tapi aku banyak stress, aku banyak menangis. Bila doktor tanya suami mcm mana, aku cakap suami support. Air mata hampir menitik di depan doktor, tapi aku tahan. Biarlah aku tanggung seorang diri. Aku berusaha jadi isteri yang terbaik untuk suami, aku gagahkan diri untuk masak walaupun tak larat. Yela kalau aku tak masak macam mana nak makan, macam mana anak aku nak membesar.
Kebanyakannya aku yang menanggung keperluan barang dapur, aku yang keluarkan duit kalau aku ajak suami makan di kedai. Konsep siapa ajak, dia yang bayar. Aku masak tapi kadang2 tekak nak makan kat luar juga. Kalau pembaca tanya kenapa aku kahwin dengan suami, aku pun tak da jawapan, yang aku tahu aku sayangkan dia. Kadang kadang timbul rasa menyesal.
Oh ya mengenai maduku, dia berada di kampung kerana berpantang dan menunggu masa untuk balik ke selatan tanah air, rumah suamiku. Ya pembaca sekalian, aku tahu salah ku berkahwin dgn suami orang. Kadang kadang terbit rasa menyesal, aku tak nak bersangka buruk kepada Allah, aku bukan salahkan takdir, ini salahku. Semoga Allah ampunkan dosa2 ku. Allahumma aminn.
Setelah mengetahui suaminya kahwin lain, maduku menghubungi ku untuk memaksa aku mengugurkan kandungan. Ya suami ku yang bagi no aku kepada madu. Aku tahu dia menghadapi tekanan setelah mengetahui suami sudah berkahwin dan aku sedang mengandung. Aku meminta izin untuk lahirkan anak ini, dan aku akan tinggalkan suamiku setelah bersalin.
Dia mengatakan anak aku ini akan jadi penyebab untuk dia dan suami tidak bahagia. Dia mengatakan setelah anak aku lahir, aku akan guna alasan anak untuk berjumpa dengan suami. Wahai pembaca sekalian apa yang patut aku buat? Aku sayang anak aku, aku sayang suami aku. Aku selalu menangis memikirkan suami akan tinggalkan aku selepas isteri dia kembali.
Aku tidak kuat untuk hidup sendiri tanpa kawan kawan untuk mengadu. Aku juga sering mengelak kalau kawan kawan ajak aku keluar, aku takut kawan kawan aku perasan aku tak happy, muka aku pucat. Kalau keluar, aku selalu balik awal sebab tak nak suami tertunggu2 padahal suami ku sikit pun tak heran.
Oh ya alahan aku agak kuat sampai aku terpaksa berhenti kerja memandangkan aku bekerja jauh dengan rumah dan berulang alik dengan menaiki motosikal. Selepas berhenti kerja aku mempunyai banyak masa untuk risaukan Masa depan aku dengan anak ku. Macam Mana aku nak sara hidup anakku selepas ini, aku tak nak bergantung kepada suami kerana dia pun sememangnya taknak anak ini lahir. Aku ada isi hari hari ku pergi kuliah muslimat, kelas mengaji. Itu adalah cara untuk aku tak nak bersedih. Pembaca doakan aku dapat kerja walaupun aku tahu tak da majikan nak ambik perempuan mengandung bekerja .
Semasa confession ni ditulis, aku belum makan tengahari. Walaupun dalam keadaan mengandung, sedikit pun suami tidak risaukan aku dan kandungan. Semalam aku mberitahu suami lauk basah sudah habis, hari ni aku ingat dia akan beli nasi bungkus untuk aku, tapi setelah balik dia cakap tak lapar dia dah makan, kalau aku lapar dia suruh aku goreng nasi.
Allah sedihnya aku, aku tak larat sebab baru lepas basuh baju dua baldi guna tangan, makan biskut je, dia pulak suruh aku goreng nasi sendiri, dan dia tidur. Orang mengandung disayangi, tapi ini yang aku dapat. Oh ya, esok hari lahirku, aku harap aku tak menangis sebab hari lahir ku tahun2 lepas ada kawan kawan yang selalu buat surprised, ada kawan yg buat aku happy.
Aku mula teringat akan kawan yg pernah ajak aku berkahwin, mesti aku tengah bahagia sekarang dgn dia. Dua minggu lepas suami mengungkit pasal gugurkan anak sebab dapat paksaan dgn madu. Aku meraung, merayu bagi peluang aku lahirkan anak. Aku harap anak ni dapat bagi kekuatan, anak ni alasan untuk aku teruskan hidup. Ya pembaca aku tahu salah aku berkahwin dgn suami orang.
Allah Maha Baik, di saat aku lemah memikirkan tempat untuk bersalin, berpantang Allah hantar mak angkat kepada ku. Kepada dia la aku mengadu, dia sanggup menjaga aku ketika dalam pantang dan sanggup menjaga anakku. Dia suruh aku lupakan suami, pergi belajar luar negara, dia suruh aku berkorban demi kebahagian suami.
Allah aku tidak kuat memikirkan cara untuk lupakan suami. Aku selalu berdoa, semoga Allah mberi rezeki untuk aku menjaga sendiri anak ku. Pembaca tolong doakan aku cepat move on. Doakan aku kuat untuk jaga anak aku sorang. Kalau aku bertahan dengan suami aku tidak bahagia, hidupku bertemankan air mata. Mungkin ini kifarah sebab mbelakangi orang tua di kampung.
Aku risaukan hidupku selepas suami aku tinggalkan aku, aku tidak berkerja, perutku semakin membesar, aku takut hidup dalam stress dan membahayakan anakku. Aku sangat sayangkan suami, aku rasa tak boleh hidup tanpa dia. Di mata aku dia sangat baik, tidak pernah naik tangan, tidak pernah tenking.
Ada ke pembaca nak ajak aku bekerja di luar negara, aku perlu berhijrah untuk lupakan dia. Aku dah penat menangis, hari hari aku isi hariku dengan menangis. Adakah ada sinar bahagia untuk aku pada masa depan? Tolong jangan kecam sebab tak kuat, aku perlukan kata kata positif utk aku jaga anak aku pada masa depan.
– Isya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit