Aku Yang Direndahkan

Assalamualaikum. Aku tak tahu sama ada coretan aku ni akan disiarkan atau tak , tapi bantai je la. Aku kenalkan diri aku dulu, aku seorang gadis berusia 27 tahun dan dah dua tahun tamat belajar degree.

selepas aku tamat belajar, rezeki aku murah sebab aku terus dapat kerja di syarikat swasta dengan gaji yang cukup-cukup makan la bagi orang bujang macam aku. Setahun aku berkerja makan gaji tapi semakin hari hidup aku macam zombi rasanya, pergi & balik kerja ditambah pula stress kat tempat kerja.

Sampai satu tahap aku mula kerap ambil MC sebab tak sanggup nak hadap bos aku. Sepanjang kerja , aku cuba hadam ayat-ayat orang bagi kat aku supaya tak berhenti kerja. Orang selalu je cakap kat aku, buat je kerja ofis tak payah pikir apa-apa, hujung bulan amik gaji. Tapi 3/4 hari aku dihabiskan di pejabat jadi sangat-sangat tertekan bila aku tak suka kerja aku.

Kerja tu mungkin tak sesuai dengan aku, sebab aku dah tak boleh nak serasi lagi dah dengan kerja situ sampai tengok pagar company tu pun aku rasa nak menangis.

Pendek cerita, selepas setahun aku dah buat keputusan untuk mula berkerja sendiri dengan menggunakan duit simpanan aku waktu berkerja dulu untuk dijadikan modal.
Aku berhenti kerja dan merancang sebaik-baiknya perniagaan aku iaitu dalam bidang makanan sebab aku memang minat berniaga makanan sejak dari sekolah.

Aku gunakan sepenuhnya modal sendiri tanpa pinjaman sebab perkara utama aku belajar, jangan berhutang untuk perniagaan pertama. Jadi aku mula berniaga dengan modal yang kecil sahaja. Aku tentukan produk jualan & lokasi perniagaan. Hari-hari aku lebih gembira dan bermakna.

Setelah aku memulakan fasa baru dalam hidup aku. Alhamdulillah, Perniagaan makanan aku semakin baik & hasilnya memberangsangkan. Hingga menjadi viral di facebook.

Pada masa yang sama, aku tak boleh lari dari mulut-mulut orang sekeliling yang memandang rendah pada aku. Malah ada yang mengatakan aku susah mendapat kerja yang baik sehingga tepaksa berniaga. Tak kurang jugak yang menyuruh aku berhenti berniaga kerana tak punya masa depan yang cerah. Paling menyedihkan apabila kenalan ibu bapa aku merendah-rendahkan aku di depan ibu bapa aku bila tahu aku bekerja sendiri. Sering kali aku meminta ibu bapa aku untuk kuat dan percaya pada rezeki yang allah beri.

Aku simpan dan pendam sendiri kata-kata mereka yang memandang rendah pada aku. setelah hampir setahun berniaga, aku di uji apabila tempat aku berniaga mengusir aku ( aku penyewa) kerana dia tiba-tiba ingin berniaga di situ , aku tak punya tempat baru untuk berniaga hingga aku terpaksa beroperasi di rumah & pastinya pendapatan semakin Merosot. Kadang kala hingga tiada gaji langsung dalam sebulan.

Aku dalam proses mengumpul dana yang cukup bagi membuka kedai sendiri dan terus bertahan dalam jalan yang aku pilih.
Jalan untuk berjaya memang tak mudah. Aku percaya aku di Uji untuk berjaya di kemudian hari.

– Peniaga jalanan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit