Saya adalah seorang pendidik, ibu tunggal anak 4 berumur awal 50an. Saya mempunyai wajah yang memukau kerana begitu ramai lelaki tergilakan saya.
Saya ada berkenalan dengan suami orang di laman sosial. Sepanjang perkenalan, saya akui saya ada bagi gambar agak ‘nakal’.
Biasalah, lumrah bercinta dan bagi pendapat saya, itu bukan satu kesalahan pun.
Malangnya, baru-baru ini, sewaktu melayari muka buku, saya terbaca komen dari kawan-kawan sekerja saya.
Komennya seakan-akan memerli saya, bermacam-macam gelaran yang mereka gelar dan secara tidak langsung mereka tuju kepada saya.
Mereka tidak langsung sebut nama tapi saya dapat rasakan masing-masing seakan mengejek saya.
Saya akui, kesemua mereka dengki kerana saya memang menjadi rebutan di mana-mana.
Apa yang menjadi kemusykilan, bagaimana mereka tahu kewujudan gambar itu dan benda tersorok saya buat dengan teman lelaki saya.
Saya syak, mereka hack facebook saya kerana hampir semua perbualan saya mereka tahu.
Saya memerlukan pendapat bernas kerana saya sudah buntu sangat.
Patutkah saya ambil tindakan undang-undang? Kalau boleh, apakah caranya supaya mereka tutup mulut terus dan jangan langsung sebut mengenai perkara itu.
Saya takut tiba-tiba nanti gambar saya terpampang jelas di laman sesawang tidak senonoh.
Selain itu, saya takut pihak atasan tahu. Saya sampai jumpa psy kerana mengalami depresi melampau akibat asyik terfikir mengenai masalah ini.
Harap dapat memberi pandangan membina, apa patut saya buat.
– ZBJ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam buat ZBJ. Sy minta awak stop berkawan dgn suami org bagai. Jgn lg buat maksiat dgn dia. Hantar gambar yg bkn2 untuk ‘keseronokan sementara’. Sbgai pendidik, usahakan utk mndidik diri awak jg. Lg2 usia awak yg bkn la muda lg, dah 5 series mcm Angah. Angah harap sgt awak tunjukkn contoh yg baik sebagai pendidik. Samada sikap, perangai, pembawakan diri, cara bersosial, biar kena dgn jawatan, usia, status & penampilan awak. Biar semengah. Start dari tu, Angah yakin rakkan ada yg provoke awak lg. Tak ada yg nk umpat awak pun sb x ada isu yg gempak pun. Satu lg STOP tunjuk kt suami org yg awak brkawan tu, kt mn2 lelaki gambar xsenonkh ke, mesej2 lentok ke kt dorang. Bertaubat je la sebelum trlewat. Kita bkn muda lg. Ingat tu!